Thursday, January 12, 2012

Hantar Ibubapa ke rumah penjagaan orang Tua

Terdapat satu perbincangan di laman web jiran sebelah yang menarik perhatian saya dan menjadi bahan radd saya minggu ni.
-------------------------------------------open quote:
Persoalan yang boleh kita rungkaikan dari kacamata Islam :
1. Adakah boleh menghaNTAR ibubapa ke rumah jagaan orang tua ?
p/s: Dari saya dengar juga, ada dua jenis rumah orang tua. Yang pertama, adalah rumah kebajikan. RUmah ini khas untuk orang tua yang terbiar. Yan kedua, memang rumah penjagaan orang tua macam juga rumah didikan anak kecil untuk ibubapa yang bekerja hantarkan.
2. Apakah budaya ini dapat diterima dalam Islam ?

3. Mengapa fenomena orang tua INGIN sukarela dihantar ke rumah orang tua terjadi ? Bincangkan faktor yang mungkin terjadi.
4. Apakah solusi kepada kes di atas khususnya dan umumnya ?

--------------------------------------end quote (thread starter: cyber shut jejaka bujang senang sarawak) 
Yang saya terkezut ada jawapan macam ni:
---------------------------------open quote:
Pada pandangan saya, menghantar ibu atau bapa ke rumah orang tua termasuk dalam maksud berbuat baik kepada ibubapa yang ditekankan oleh Islam.

Di rumah orang tua tersebut, ibu atau bapa akan bergaul dengan orang yang sebaya dengan mereka. Tidak timbu masalah "tak sama frekuensi" antara ibubapa yang sudah tua dan anak-anak yang masih muda.

Di rumah orang tua, ibubapa akan mendapat penjagaan sepatutnya, meski pun bukan first class service. Berbeza dengan ibubapa yang tinggal keseorangan di rumah dengan anak-anak yang keluar ke pejabat dari awal pagi hingga lewat maghrib.

-------------------------------------------end quote (penerbang terkenal tanahair)
dan macam ni pun ada: 
---------------------------------------open quote:
Pengalaman saya semasa ke Pusat Jagaan Harian di Kg Cheras Baru di bulan syawal hari tu...tak nampak kesedihan , mereka gembira dengan "geng" memasing.

Macam tadika untuk orang dewasa pula

-----------------------------------------------end quote (madamme terkenal)
Radd atas pemikiran anih.
Pertama: 
Layanan org Islam terhadap parents disebut dalam AQ dengan jelas,
AQT 17:23 [Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia]
ayat seterusnya:
AQT 17:24 [Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil"]
Dua: Dalil hadith 
Hadith pertama: celaka sang anak
(HR Muslim, no.4627) : Telah menceritakan kepada kami Syaiban bin Farrukh; Telah menceritakan kepada kami Abu 'Awanah dari Suhail dari Bapaknya dari Abu Hurairah dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam beliau bersabda: "Dia celaka! Dia celaka! Dia celaka!" lalu beliau ditanya; "Siapakah yang celaka, ya Rasulullah?" Jawab Nabi shallallahu 'alaihi wasallam: "Barang Siapa yang mendapati kedua orang tuanya (dalam usia lanjut), atau salah satu dari keduanya, tetapi dia tidak berusaha masuk surga (dengan berusaha berbakti kepadanya dengan sebaik-baiknya)."
 Hadith #2: jika engkau mendidik anak soleh
(HR Muslim, no.3084) : Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Ayyub dan Qutaibah -yaitu Ibnu Sa'id- dan Ibnu Hujr mereka berkata; telah menceritakan kepada kami Isma'il -yaitu Ibnu Ja'far- dari Al 'Ala' dari Ayahnya dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Apabila salah seorang manusia meninggal dunia, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariyah, ilmu yang bermanfa'at baginya dan anak shalih yang selalu mendoakannya."
Maka jika sang ayah dan ibu terlantar di rumah orang tua ada dua kemungkinan, dia melahirkan anak yg celaka, kedua, dia melahirkan ana yg tidak soleh
Dr Zakir Naik kata, dari dalil2 ini, Old Homes mmg tidak sepatutnya ujud dalam masyarakat Islam utk ibubapa mereka. jika ujud, kita telah mengikuti tradisi kaum Barat yang meremehkan hubungan antara anak dan parentnya..
Rumusan: jika anak2 orang Islam mengorak langkah menghantar ibubapa mereka ke rumah orang tua, itu petanda kecelakaan dan kesolehan yang sudah semakin pupus dalam masyarakat kita. Jika anda tidak ingin dihantar oleh anak2 anda sendiri ke rumah Old Homes, maka giatkan mentarbiah anak2 anda mulai sekarang.

7 comments:

Mohd. Ikram said...

Antara kerja dan ibu bapa.. Macam mana nak handle? Dulu masa kecik, mak ayah hantar anak2 ke pusat jagaan anak-anak sebab depa kerja atau ambil orang gaji..

Atuk saya akhamdulillah masih strong lagi, walau dah nak masuk 80 tahun boleh pi toreh getah lagi.. So tak jadi masalah untuk ayah saya..

THTL said...

maka, oleh parent kita hantar kita kat nursery, maka sekarang aku nak balas dendam dgn hantar mereka kat Old Homes..gitu ker?
adik beradik kena mesyuaratlaa...kalau parents kecik hati, hangpa semua tak masuk syurga...

'Abdullah said...

.......... sodaqta

Amir Yugi said...

Hohoho, baru nak tanya pasal justification kalo ibu bapa saya pun hantar saya ke nurseri. Tapi mereka yg penah pegi nurseri tau ler pro and con pegi nurseri. Tapi, kalo semua anak bekerja, sapa yg boleh jaga ibu bapa? Boleh biar sendiri2 ker?

THTL said...

Yugi,
itu semua bergantung kpd creativity anak-anak dan sejauh mana hubungan antara anak-anak dgn ibubapa dan hubungan sesama adik beradik. Jika mereka ada hubungan yg kuat, ada manhaj dan fikrah, ada basic human morality, insyaAllah mesti ada jalan keluar. Mesti tengok case by case basis. jika semua cara sudah exhausted, maka barulah diharuskan

Amir Yugi said...

Alright :D

oney_chan9 said...

Alhamdulillah mak ayah dok dengan saya.Kesihatan mak ayah memang terjaga.
Anak-anak mestilah wajib berkorban demi ibu bapa sebagaimana ibubapa berkorban jaga kita masa kecil hingga dewasa.

Dakyah non-muslim memang kuat.solusinya semua dalm AlQuran. jika keluarga jauh dari al Quran, memang susah nak faham apa yang Allah suruh buat.