Terdapat permintaan dari seorang sahabat lama, beliau meminta thtl memulai sebuah siri baru, Fiqh al-Awza`iy, w. 157H, salah satu fiqh salaf yg telah pupus di Syria. Bila thtl selongkar dalam personal library, mmg tak ada sebuah pun kitab fiqh Awza`iy secara khusus. Ini kerana fiqh Awza`iy ni ujud secara terpecar-pecar dalam kitab2 fiqh Muqaran atau perbandingan. Thtl pernah terlihat kitab Fiqh al-Awza`iy semasa KLIBF 2011, di Booth Darussalam, tapi kerana saya sudah kehabisan cash, maka saya ingin datang semula keesokan harinya, bila saya datang balik, didapati kitab tsb sudah kehabisan. Bila saya browse internet, mencari e-book ttg Fiqh Awza`iy, mmg tak jumpa setakat ni. Kitabnya mmg ada, tapi tak ada sapa lagi yg up-load jadi e-book. Maka agak sulit untuk memulakan siri fiqh taysir dari madzhab Awza`iy jika tidak ada kitab. Maka sehigga saya menemui kitab yg khusus menghimpunkan fiqh awza`iy, insyaAllah, ana akan mulakan siri fiqh Awza`iy di blog ni. Mohon maaf ya akhi.
ini contoh kitab fiqh awza`iy:
7 comments:
Molek Syeikh..anta telaah kitab al-Muhalla,bidayah almujtahid,al-mughni..banyak jugak ambil fiqh al-auzai sebagai bandingan..
syukran tuan syaikh Tamar Jalis..hehehe. tapi ana sedang usahakan utk mendapatkan kitab mausuah fiqh al-awza`iy ni yang sudah dikompilasikan (terlebih dulu), manakala kitab2 yg tuan syaikh syorkan tu sebagai kitab2 sokongan
salam, syaikhuna THTL.
Mungkin kitab ini dapat membantu: "Mazhab al-Imam al-Auzaiy", oleh Syaikh AbdulMuhsin al-Suwaigh, professor Univ Malik Sa'ud.
download disini:
http://faculty.ksu.edu.sa/6858/DocLib3/%D9%85%D8%B0%D9%87%D8%A8%20%D8%A7%D9%84%D8%A5%D9%85%D8%A7%D9%85%20%D8%A7%D9%84%D8%A3%D9%88%D8%B2%D8%A7%D8%B9%D9%8A.pdf
...
doc F,
perbetulkan link tu, anak x leh download laa...
shaikhuna THTL,
cuba download di link ini:
http://ordinaryguy92.files.wordpress.com/2012/01/mazhab-imam-auzaie.pdf
syukran OG92, ana dah d/load, ia cuma 81 ms je mengenai asal-usul Fiqh auza'iy, ciri2 keunikan madzhab auza`iy..yang ana nak ialah isi madzhab auza`iy yang merangkumi akidah beliau, fiqh dan fatwa-fatwa auza`iy.
Post a Comment