Tuesday, May 29, 2012

La Tahzan 170-3: Jom Buat Kerja yg Berguna, انغمسْ في العملِ النافعِ

كان عمرُ دؤوباً في عمله ليلاً ونهاراً، قليل النوم. فقال أهلُه: ألا تنامُ ؟ قال: لو نمتُ في اللّيلِ ضاعتْ نفْسِي، ولو نمتُ في النهارِ ضاعتْ رعيَّتِي

terj: Khalifah Umar al-Khattab ra adalah workaholic (giat bekerja siang dan malam), bahkan sedikit sekali waktu tidurnya. Lantas keluarganya menegur beliau: "apakah amir al-mukminin tidak tidur?" Umar menjawab:" jika aku tidur di malam hari, aku telah mensia-siakan diriku dan jika aku tidur di siang hari pulak, aku telah mensia-siakan rakyatku."
Nota: Begitulah kuatnya budaya kerja Umar Faruq. Jadi budaya kerja kuat yg sinonim dengan bangsa Jepun dan Korea ni adalah tidak betul, tetapi sudah ada dalam budaya kaum salaf dan Umar telah menunjukkan contohnya hingga dia dikatakan tidak ada waktu tidur.
في مذكراتِ الهالكِ ( موشى ديان ) بعنوان ( السيفُ والحكمُ ) : كان يطيرُ من دولةٍ إلى دولةٍ ، ومنْ مدينةٍ إلى مدينةٍ ، نهاراً وليلاً ، سرّاً وجهراً ، ويحضرُ الاجتماعاتِ ، ويعقدُ المؤتمراتِ ، وينسِّقُ الصَّفقاتِ ، والمعاهدات ، ويكتبُ المذكّراتِ . فقلتُ : واحسرتاهُ ، هذا جَلَدُ إخوانِ القردةِ والخنازيرِ ، وذاك عَجْزُ كثيرٍ من المسلمين ، ولكنْ هذا جلدُ الفاجرِ وعَجْزُ الثقةِ
terj: Gen Moshe Dayan (panglima Angkatan tentera Israel, m. 1981) dalam bukunya, Shall the Sword Devour Forever (Jerusalem: Edanim, 1981) mencatat kegigihan beliau bekerja tanpa mengira tempat, malam atau siang, rahsia dan terang-terangan, menghadiri pelbagai mesyuarat, persidangan, perundingan, mengatur pelbagai MOU dan perjanjian serta masih mampu menulis biografinya. Sayang seribu kali sayang, musuh Islam dapat menunjukkan contoh kegigihan sedangkan kebanyakan kaum muslimin (khususnya umat Arab di sekitar Israel) menunjukkan kemalasan mereka. Ini satu lagi maksud kenyataan Umar, kegigihan si durjana dan kelemahan orang yang kita percayai.

3 comments:

Ibn Hussin said...

"Begitulah kuatnya budaya kerja Umar Faruq. Jadi budaya kerja kuat yg sinonim dengan bangsa Jepun dan Korea ni adalah tidak betul, tetapi sudah ada dalam budaya kaum salaf dan Umar telah menunjukkan contohnya hingga dia dikatakan tidak ada waktu tidur"

Like 1000x. Very powerful observation indeed.

Ibn Hussin said...

saya share kat facebook boleh ye :)

THTL said...

COO,

kat sini semua x der copyright...

lagipun itu extract dari kitab famous "La Tahzan"

so credit goes to Dr Aidh