View dari tingkat apartment Abdullah Tobeigi |
Selepas sebulan, ini antara produk-produk di sini yang sering dibeli secara rutin baik dari pasaraya atau kedai runcit berdekatan:
air Zam-zam dari Mecca |
air Mineral dari lembah Najran, KSA |
antara air mineral terbaik KSA ialah yang di ambil di lembah Najran, sebotol 3.78 liter berharga SR 5.00
Jus Tanpa Gula Tropicana |
susu segar al-Marai |
Laban atau susu masam Nadec |
Susu masam atau Laban juga minuman penting di Jazan, harganya amat murah, sebotol fresh Laban 0.5 liter cuma SR 1.00. kebaikan Laban ialah mencernakan penghadhaman.
Secara keseluruhan harga bahan makanan di Jazan amat murah terutama roti semuanya berharga sekitar SR 1.00 utk satu bungkus. Maka rakyat miskin pun boleh hidup di sini kerana harga makanan terutama roti terlalu murah. Manakala beras amat mahal sebab semuanya beras basmathi yg diimpot dari India, Pakistan dan Mesir. Manakala harga ayam dan daging lebih mahal dari Malaysia. harga ayam proses di Jazan ialah SR 12.00 sekilo. Manakala ikan selar dan kembung sama dengan Malaysia, tetapi ikan besar seperti tenggiri dan nyok-nyok, jauh lebih mahal di Jazan dari Malaysia. Kemungkinan stok ikan di Laut merah semakin pupus.
Esok dgn lapuran mesyuarat dengan wakil NCAAA Riyadh (IA).
No comments:
Post a Comment