Saturday, May 12, 2012

La Tahzan 166-2/akhir: Bahkan Orang Kafir pun ada Tingkatannya , حتى الكُفَّارُ درجاتٌ


Tingkatan di kalangan kesesatan dan kekafiran
وذكَّرني هذا بمقالةٍ لشيخِ الإسلامِ ابنِ تيمية ، وهو يتحدَّثُ عن أحدِ البطائحيةِ ( الفرقِ الضالًّةِ الصوفيةِ المنحرفةِ ) . يقولُ هذا البطائحيُّ لابنِ تيمية : ما لكمْ يا ابن تيمية إذا جئْنا إليكمْ - يعني أهل السنةِ - بارتْ كرامتُنا وبطلتْ ، وإذا ذهبْنا إلى التتِر المغولِ الكفارِ ظهرتْ كرامتُنا؟ قال ابنُ تيمية : أتدري ما مثلُنا ومثلُكُم ومثَلُ التتارِ ؟ أما نحنُ فخيولٌ بيضٌ ، وأنتم بُلْقٌ ، والتترُ سُودٌ ، فالأبلقُ إذا دخل بين السودِ أصبح أبيض ، وإذا خالط البض أصبح أسود ، فأنتمْ عندكمْ بقيةٌ منْ نورٍ ، إذا دخلتمْ مع أهلِ الكفرِ ظَهَرَ هذا النورُ وإذا أتيتُم إلينا ونحنُ أهل النورِ الأعظمِ والسنة ، ظهر ظلامُكم وسوادُكم ، فهذا مثلكُم ومثلُنا ومثلُ التتارِ

Kisah Syaikhul Islam Ibn Taymiyah ketika dia berdialog dgn salah seorang pengamal Tareqat al-Batha'ihiyyah (sebuah aliran sufi yang sesat*). Ahli tareqat tersebut berkata kpd Ibn Taymiyah," apa yang pada kamu, Ya Ibn Taymiyah, apabila setiap kali kami datang kepada kamu (yakni geng sunnah), kehebatan kami akan lenyap, tapi kami pergi kepada kaum Tartar Monggol yang kafir, kehebatan kami akan terserlah?"Jawab Ibn Taymiyah: "Kamu tahu ke ibarat kami (puak sunnah), kamu (puak sufi) dan puak Tartar itu? Kami ni ibarat kuda putih, kalian macam kuda belang (zebra) dan puak Tartar pulak macam kuda hitam. Jika kuda belang masuk dalam kumpulan kuda hitam, maka nampaklah keputihan kamu itu..jika kamu si kuda belang masuk dalam kumpulan kuda putih, maka kamu akan nampaklah kehitaman kamu itu. Kamu masih memiliki sedikit cahaya, maka jika kalian masuk ke tengah-tengah puak kafir, maka terserlah cahaya kamu itu. Akan tetapi jika kamu datang kepada kami yang memiliki cahaya terkuat dan cahaya sunnah, maka nampaklah jelas warna hitam yang ada pada kalian. Maka demikianlah perbandingan antara kami, anda dan kaum Tartar."
Nota: Maka puak tareqat ni memang nampak hebat bila mereka membawa cahaya mereka yang sedikit itu kepada orang jahil dan orang kafir, tetapi bila mereka datang kepada kelompok sunnah, datang untuk berhujah, maka cahaya mereka akan kalah dengan kehebatan ilmu yg dimiliki oleh kelompok sunnah. Maka dengan sebab itulah kaum sufi yang sesat memang tidak suka dengan keujudan kaum sunnah ini.
وَأَمَّا الَّذِينَ ابْيَضَّتْ وُجُوهُهُمْ فَفِي رَحْمَةِ اللّهِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
AQS Ali Imraan,3:107 [Adapun orang-orang yang putih berseri mukanya, maka mereka berada dalam rahmat Allah (surga); mereka kekal di dalamnya]

-----------------------------
*Tareqat al-Batha'ihiyyah,  diasaskan oleh Abu al-`Abbas Ahmad bin Abi al-Hussin al-Rifa`iy (أبو العباس أحمد بن أبي الحسين الرفاعي  ) w. 512 Basrah, adapun nama tareqat al-Batha'ihiyyah itu adalah sempena nama bapa saudaranya, Mansur al-Batha'ihii (  منصور البطائحي)

No comments: