Saturday, June 8, 2013

Blog Bicara thtl Offline Mulai jam 1200 Saudi Time 08 June 2013

Gizan City-Jeddah-KLIA dgn Saudia Airlines
Salam,
Blog Bicara tergendala sebentar (Offline mode) mulai jam 12:00 waktu Saudi (08 Jun) kerana saya dalam proses penerbangan pulang ke Malaysia laluan Gizan City jam 5:50 waktu saudi ke Jeddah King Abdul Aziz International dan KLIA. Di jangka tiba di Malaysia petang besok..Jumlah penerbangan mengambil masa 10 jam.
Hingga ketemu lagi...

Friday, June 7, 2013

Cuti Musim Panas (Summer (العطلة الصيفية)) KSA bermula

Cuti Musim Panas Saudi bermula 3 Jun
Yang menarik ialah musim Cuti di Saudi Arabia ialah serentak bagi semua tadika, sekolah rendah, menengah, kolej dan IPT ialah semua cuti serentak pada musim panas selama 3 bulan. Ia merangkumi bulan sya'ban, Ramadhan dan Syawal. Kesempatan ini akan diambil oleh warga Saudi utk melancung ke seeberang laut dgn tumpuan utama ialah Turki, Egypt, Malaysia dan Thailand. Dijangka warga Saudi akan berbelanja SR40 bilion dalam tempoh tiga bulan ini. Semua IPT sudah ditutup bermula 03 Jun dan Jazan Universiti ditutup mulai 5 Jun. Saya akan bertolak pulang pada 08 Jun. Maka blog ini tidak akan aktif beberapa hari bermula 08 Jun 2013. Saya akan berada di Malaysia selama tiga bulan bersama keluarga, berpuasa dan bersyawal. Alhamdulillah dgn sistem cuti arab saudi yg memudahkan.

Monday, June 3, 2013

Hizbut Tahrir semakin khayal dgn Khalifah

Dasar kebebasan Indo membuka ruang  kpd HT berkembang
Hizbut-Tahrir (HT)* yg sudah berusia 60 tahun yang tumbuh di bumi Palestine oleh anak jati Palestine, Syaikh Taqiyudin Nabhani, dari kabilah arab Palestin, Nabhan. Partai Politik ini menjadikan tema "Khalifah" sebagai tarikan utama utk menarik pemuda-pemuda yang digelarkan syabab HT menyertainya. Memang menarik kerana HT menjadikan Khalifah sebagai suatu doktrin politik, suatu institusi kudus, jika dilaksanakan maka lenyaplah segala permasalahan umat Islam. Khalifah yang dimaksudkan oleh HT ialah sistem pentadbiran Islam yang bermula dgn pentadbiran Abu Bakar dan berakhir dgn kesultanan Turki pada tahun 1924. 13 Maret (mac) 1924 merupakan tahun yg disambut besar-besaran oleh HT sebagai tahun malapetaka, tahun tamatnya khalifah dan bermulalah kekufuran melanda umat Islam oleh Mustafa Kamal hingga ke seluruh pelusuk watan Islam.
Kumpulan ini malangnya tidak diterima di tanah Arab, maka mereka membawa HT ke Eropah dan di Eropahlah HT dapat berkembang pesat kerana dasar terbuka dan liberal komuniti Eropah, khususnya UK dan dgn kemajuan internet, menjadikan HT antara gerakan politik Islam moden yg mendapat sambutan meluas khusus golongan muda profesional. Di Indonesia, selepas meletusnya reformasi politik di Indo, maka situasi ini diambil oleh HT utk mengembangkan sayapnya ke Indonesia dan selepas itu ia mengekspotnya ke Malaysia.
Kenapa golongan profesional muda tertarik dgn HT?  Pertamanya, mereka jahil akan ajaran agama dan keduanya, mereka melihat proses demokrasi yg ada memiliki banyak kelemahan dan kerajaan Islam tulin amat sukar didirikan melalui proses demokrasi yang sering memihak kpd aliran sekuler-liberal yg disokong oleh Barat. ketiga, HT akhirnya mengharamkan demokrasi dan meletakkan semua umat Islam dalam keadaan berdosa jika mereka tidak mendirikan kerajaan khalifah. Maka kebanyakan anggota HT tidak terlibat dalam proses demokrasi dan yang menjadi tandatanya dan penuh misteri ialah "bagaimana HT akan mendirikan khalifah tanpa melibatkan diri dalam proses demokrasi atau cara yang dibenarkan oleh peraturan sesebuah negara?

Isu besar yang perlu dijawab oleh HT ialah: apakah mereka pernah melakukan aktiviti ini...
Pertama: 5W+1H
5W=Who,What, Where,When, Why (Siapa, Apa, Di mana, Bila, Kenapa)
1H=How (bagaimana)
Kedua:  SLOB Analysis (juga dikenali dgn SWOT analysis)
S=strength (kekuatan)
L=Limitation  (himpitan)
O=Opprtunities (peluang)
B=Barrier (penghalang)
*Kedua ini adalah latihan dalam kelas2 pengurusan MBA: strategic planning process
Ketiga: Jika HT mengandaikan sistem Politik yg didirikan dari era Abu Bakar -hingga kerajaan Uthmaniah sbg sistem Khalifah Islamiah, maka bagaimana dgn kedudukan Yazid bin Muawiyah dan Khalifah al-Makmum dari khilafah Abasiyah yg keluar dari ASWJ dan menganut Muktazilah? Bahkan ramai dalam sistem khalifah itu ujudnya sultan dan khalifah yg kejam. Apakah HT rela duduk dalam kerajaan al-Makmum yg berakidah Muktazilah, asalkan dia menggunakan sistem khalifah?
Keempat: Mendirikan Khalifah menurut HT ialah mengambil alih kuasa politik dari pemerintah2 kufur. Proses mengambil alih kuasa ini tidak jelas dalam doktrin politik HT. Jika syiah jelas dalam doktrin Imam Khumaini ialah dilakukan secara revolusi rakyat. Namun, apakah metod HT? 
Kelima: Sudah 60 tahun usia HT menzahirkan seruan mendirikan khalifah. apa yg sudah dicapai setakat ini? apakah road-mapnya, apa short-term victories (kejayaan jangkapendek) yg telah dicapai setakat ini? Apa kejayaan Syaikh Taqiyudin (khalifah pertama, Abd Qadir Zallum, khalifah kedua dan Ata Abu Rashta, khalifah ke2)?

Keenam: Oleh kerana HT tidak mahu bekerjasama dgn semua parti politik Islam dan gerakan2 Islam yang lain, bagaimana dia ingin mendirikan khalifah hanya dengan syabab sahaja? Sedangkan tugas mendirikan  khalifah adalah berat.
Epilog:
Islam tidak pernah mengatakan sistem khalifah lebih baik dari sistem beraja (monarki), tiada nas yg mendokongnya, yang Islam tekankan ialah justice/keadilan, kesamarataan, pengagihan harta dan kekayaan, ketelusan, dan menjaga agama. Islam bebas memakai apa jua sistem, baik monarki yg diamalkan sekarang di saudi, republik yg diamalkan di Egypt atau Raja berpelembagaan yang diamalkan di Malaysia. apa guna sistem khalifah, jika khalifah itu sendiri zalim, kaki perempuan dan berakidah Muktazilah?
Wahai syabab...khalifah adalah alat, maka janganlah anda menjadikan ia destinasi. jika umat Islam nak pakai sistem Perdana Menteri atau Presiden atau Khadam dua Tanah Suci...semuanya harus..Khalifah bukan akidah! Akidah ialah Allah, Rasul, Kitab, Malaikat, Akhirat dan Qadar. Tanpa khalifah, Islam tiada masalah, asalkan islam ada pemimpin yg adil walaupun ia bergelar sultan atau khadam dua tanah suci. menobatkan pemimpin yg adil dan parti yg menjaga hak rakyat itulah perjuangan Islam yg betul. Khalifah hanyalah nama. yang Islam hendak ialah Pemimpin yg adil dan amanah. TGNA memerinta Kelantan selama 20 tahun, itu juga sistem khalifah.
Rumusan:
Tinggalkanlah perjuangan yang mengkhayalkan ini. hiduplah dalam kerangka hari ini, khalifah telahpun berlalu. Imam Mahdi dan Jesus al-Masih AS yg akan turun di akhir zaman  nanti tidak mendirikan sistem khalifah, mereka mendirikan sebuah kerajaan yg adil. 
Kembalilah kpd Palestine, kamu dilahirkan di Palestine, tapi yg berjuang di Palestine ialah Hamas, dari gerakan Ikhwan. Kenapa kamu tidak mahu bersama mereka? 

-------------------------
*Hizbut Tahrir (Partai Pembebasan), ditubuhkan di Palestine pada tahun 1952/3 oleh TG Taqiyudin an-Nabhani, alumni al-Azhar yang dilahirkan di Haifa, Palestine pada tahun 1909 dan wafat pada tahun 1977 di Beirut Lubnan. Buat masa ini HT dipimpin ileh Ir Ata Abu Rashta, 70 tahun, juga kelahiran Palestine.

Syria: Hizbullah adalah parti Setan-DYQ

Imam al-Qaradhawi menyeru perang jihad terhadap Nasrallah, Hizbullah dan Assad di Syria.
Prof Dr al-Imam Yusof al-Qaradhawi, YDP Persatuan Ulama Sedunia dari Qatar hari Sabtu lepas menyeru umat Islam berjihad memerangi Hizbullah, regim Assad dan Iran yang mula menghantar tentera mereka untuk membantu regim al-Assad yang semakin goyah. Umum mengetahui regim al-Assad adalah juga beraliran Alawiyah Syiah dan tindakan Hizbullah yang berpengkalan di Lebanon menghantar militannya ke Syria adalah bukti Hizbullah adalah musuh ASWJ. Dr al-Qaradhawi mengakui kesilapannya sejak tahun 2006 yg memuji dan mendokong Hizbullah kerana memerangi Israel di selatan Lebanon namun akhirnya siapa sebenar Hizbullah terbongkar jua. Beliau menyifatkan Hizbullah adalah parti Syaitan (Hizbullah=parti Allah). Menurut al-Qardhawi lagi, jelas sekarang Hizbullah memerangi rakyat Syria dari aliran Sunni.
Ulasan: Ramai juga peminat Hizbullah dan Hassan Nasrallah di Malaysia, maka ikutilah saranan DYQ bahawa kumpulan syiah mmg tidak boleh diharap, di mana matlamat akhir mereka ialah memerangi dan membunuh sunni.