Tuesday, September 9, 2014

Tiba di saudi untuk akademik kalendar yg baru

Salam, 
Saya sudah menamatkan percutian musim panas dari 15 jun-02 September 2014. Kalendar baru IPTA Saudi bermula 1 Sept 2014 sampai 5 Jun 2015. Dijangka ini adalah kontrak terakhir saya dgn KSA sebagai juruperunding akademik kecuali mereka membuat tawaran baru yg sukar untuk saya tolak. Saya tiba dgn penerbangan saudia SV838 dari KLIA 2 september 2014 dan sudah bekerja seperti biasa. Cuaca di Jizan city masih panas, suhu zuhur sekitar 38-39 darjah selsus. Ribut pasir juga masih kerap melanda. Sepanjang cuti, saya sempat menyempurnakan perkahwinan putri kesayangan saya (pada 30 Ogos 2014), Asma' (dengan pasangannya Khairie) dgn suksesnya di PutraJaya. Ramai sekali kawan2 lama yang datang termasuk Tuan Haji Kamin dari al-Ahkam.net.
Saya dijangka pulang semula ke Malaysia untuk cuti Aidil Adhha dgn pesawat Saudia pada 26 Sep 2014.

Thursday, June 12, 2014

Pulang bercuti utk Cuti panjang Musim Panas 2014

Saudia Airlines
Saya akan berlepas pulang ke Malaysia pada petang ini Khamis, 12 June menggunakan pesawat Saudia melalui laluan Gizan city>Jeddah King Abd Aziz International > KLIA pada waktu 5:40 waktu tempatan (insyaAllah). Saya akan bercuti agak lama dari June-Julai-Ogos-awal September. Ini kelebihan bekerja di sektur IPTA Saudi Arabia, anda menikmati cuti 5 bulan setahun. Hingga ketemu di lain siaran.

Wednesday, May 14, 2014

Cuti Summer 2014 sebulan lagi

suasana kampus Jaami'ah Jazan
Kalendar akademik Jazan U akan berakhir pada 12 Jun 2014 dan bermulalah cuti panjang hingga penghujung Ogos 2014. Sebulan sebelum universiti ditutup, maka saya terpaksa berhempas pulas menyiapkan pelbagai lapuran tahunan universiti dan tidak dapat menulis utk blog ini. Saya akan berlepas pulang dgn pesawat Saudia pada 12 Jun nanti laluan Jeddah dan KLIA. Harap bersabar sehingga saya kelapangan, insya_Allah.

Monday, April 28, 2014

Travelog #84: Umrah bersama Isteri 05

Dataran Mataf (tawaf) yang terus berputar tanpa henti 24/7
Sabtu, 5 April
Selepas subuh dan kami tunggu waktu Dhuha, dan selepas itu kami singgah sarapan di kafeteria al-Safa Tower, saya makan roti canai telur dan isteri saya makan nasi kerabu di Malaysian cafe dan shopping sedikit lagi. Hari ni kami akan pulang semula ke Jazan, flight jam 9:30 mlm di Jeddah. Waktu check-out hotel kami dapat sampai jam 3:00 ptg sahaja.. Selepas zuhur, isteri saya kena buat tawaf wida' kerana bukan warga tempatan (saya tidak melakukan tawaf wida' atau tawaf selamat tinggal Kaabah kerana bermukim di Saudi). Saya hanya menunggu isteri di Safa tower sambil menempah lunch yakni shawarma ayam dari sebuah restoren mamak Bangla. Lebih kurang jam 2:15 ptg, isteri saya selesai mengerjakan tawaf wida' dan agak keletihan kerana tawaf ketika matahari di atas kepala.. Selepas lunch kami bergegas pulang ke hotel utk packing dan bersedia utk check-out. Tepat jam 3:00 ptg kami sudah ada di lobi utk beredar pulang. 
Isu utama ialah bagaimana mencari teksi ke bandaraya Jeddah kerana hotel ni jauh dari stesen teksi sapu di Darul Tawheed, agak 1 KM kalau nak jalan kaki. Kebetulan kami keluar ada sebuah teksi parking di tepi hotel dan saya tanya drebarnya boleh tak hantar kami ke stesen teksi Daru Tawhid. Dia mahu SAR 30, saya bersetuju. Ujian menimpa kami, ketika dia ingin masuk ke jalan daru Tawhid, jalan telah ditutup oleh Polis Saudi. Drebar teksi bertanya saya, hanya ada satu pilihan, yakni stesen teksi luar bandar Mekah dan saya kena tambah SR20 lagi, jadi SR 50. Saya tiada pilihan lain melainkan bersetuju sajala.
Gua Thuur di pinggir Mekkah
Drebar teksi ni baik orangnya dan banyak bersembang dgn pelbagai isu dgnnya (dlm bahasa arab). Kami juga melewati gua Thur tempat Nabi saw bersembunyi ketika hijrah dalam perjalanan ke stesen teksi luar bandar. Sampai di stesen teksi, ada sebuah Innova MPV sedang menunggu penumpang dan kami bertolak serta merta ke Jeddah dgn hanya SR 15.00 seorang. Sampai di bandaraya Jeddah, 45 minit kemudian dan sampai sahaja di stesen teksi, kami ambil teksi perebet sapu ke airport dgn hanya SR50 sebuah, toyota camry. Drebarnya peramah dan saya banyak bersembang dengannya. Teksi sapu masih berleluasa di saudi arabia, seperti Malaysia 30 tahun yang lalu. Kami selamat sampai di Gizan aiport dan drebar saya Asim Beig setia menunggu sekitar jam 10:30 malam. Family saya dijangka datang lagi untuk umrah seterusnya pada Januari 2015 insyaAllah utk kuota baru kerajaan arab saudi kpd family saya, kali ni dijangka beberapa org anak akan bersama. Tamat

Aku bersyukur kerana dipenghujung usiaku, Allah memilihku utk hampir dengan-Nya.

Sunday, April 27, 2014

Travelog KSA #83: Umrah bersama Isteri 04

4 April 2014 Jumaat di Mekkah al-Mukarramah
Sebelah pagi kami bersarapan di Restoren D'saji milik Felda di Safa Tower, nasi lemak sebab saya dah lama tak makan nasi lemak. Kami juga berborak dgn sorang engineer Malaysia yang bekerja di komplek petrolium di Yanbu, kira2 200 KM dari Madinah. Dia juga berasalkan dari wakaf baru kelantan. Selepas itu kami ronda2 window shopping dalam mall di kompleks tsb. Jam 10:15 kami berdua sudah bergerak ke Mesjidil Haram kerana kami risau tak dapat tempat memandangkan crowd begitu besar sekali. semua tempat yg nampak Kaabah sudah penuh maka saya terpaksalah duduk di kawasan yang tidak dapat melihat Kaabah. Kami bernasih baik kerana Imam dan khatib ialah Syaikh Sa'ud Ibrahim al-Shuraim, Imam no 1, khutbah beliau bertajuk menjaga hati supaya sentiasa di atas hidayah, iman dan dalam Islam. Ini kerana hati adalah sifatnya berbolak balik setiap masa. Tips menjaga hati kata beliau ialah banyak beribadah, mengamalkan sunnah dan menjauhi maksiat. Masuk waktu Zuhur di Mekah ialah jam 12:23 tghari. Bacaan Syaikh Shuraim juga merdu dan menusuk hati. Selepas Zuhr kami membeli nasi Pakistan dan ayam bakar yang kedainya berdekatan dgn hotel kami Amjad House yang merupakan kawasan penempatan warga Pakistan dan makan dalam bilik hotel.
Selfie: suasana selepas Jumaat di Gate King Abdul Aziz
Aktiviti malam, kami duduk dalam mesjid dari Maghrib hingga Isya' dan saya memilih suasana rooftop kerana kenyamanan suasana malam. Imam Maghrib dan Isya' ialah seorang Imam yg tidak dikenali, dari suaranya dia masih muda, macam pelajar tahfiz. Suaranya merdu dan kemas bacaannya.
suasana di atas rooftop ((tingkat 3) mesjidil haram)
Selepas solat Isya', kami dinner ringan di Safa Tower dan selepas tu membawa isteri shopping utk balik Malaysia, terutamanya abaya (jubah wanita arab saudi). Shopping ni mmg ujian sungguh bagi mereka yg datang Mekkah dan Madinah..hehehe. Namun itulah doa Nabi Ibrahim as, Nabi Ismail as dan Nabi Muhammad saw agar Allah sentiasa memakmurkan penduduk dua kota suci ini. Maka siapa yang datang ke sini akan merasa ringan tangan untuk shopping dan menhidupkan ekonomi dua kota yang berkat dan karamah.Antara adab dan sunnah membeli belah di dua kota suci ialah anda janganlah tawar menawar yang berat, bermudah-mudahlah dengan jurujual di sini dan tawar menawar yang berpatutatan.
Kompleks zam-zam, hilton dan al-safa, syurga shopping

Saturday, April 26, 2014

Travelog KSA #82: Umrah bersama Isteri 03

Kaabah yang sentiasa menggamit kita
Kami memulakan Umrah pada sekitar jam 12:00 tgh malam. Kami masuk melalui Pintu utama, Gate no 1: King Abdul Aziz. Suasana di dataran Mataf (Tawaf) agak sesak, namun lancar. Perbedzaan ketara kali ini ialah di atas kepala kita sudah siap laluan tawaf dua tingkat khusus.  Oleh kerana diameternya agak besar, masih ramai yang memilih untuk tawaf di dataran asal Mataf. Juga kelihatan puluhan kren yang bekerja hampir 24 jam untuk menyiapkan pembesaran Mesjid. Selepas satu jam, sempurnalah tawaf, kami solat di belakang Maqam Ibrahim tapi tidak sedekat dulu kerana kesempitan ruang. Kami juga minum air zam-zam di laluan baru ke terowong Sa'iy. Kemudian kami bergerak utk rukun kedua yakni Sa'iy dan agak mencabar kerana ia juga padat dengan orang ramai dan memakan masa sejam 30 minit dan kami kerap berhenti utk minum air zam-zam. Sekitar jam 2:30 pg kami bergerak pulang ke hotel dan saya perlu mencari kedai gunting utk menyempurnakan umrah. Ada sebuah kedai gunting dekat dgn hotel saya, tapi telah tutup. Selepas menghantar isteri ke hotel, saya mundar mandir mencari kedai gunting di sekitar jalan2 berdekatan, akhirnya jumpalah sebuah kedai dan saya hanya bergunting pendek dan dikenakan caj SAR10. Alhamdulillah selesailah umrah kerana Allah...Kami tidor sekitar jam 3 pagi dgn kepuasan dan kesyukuran.
Solat diatas rooftop Mesjidil Haram dan kren2 yg berselerak

 Zam-zam clock Tower pada waktu malam

Thursday, April 24, 2014

Travelog KSA #81: Umrah Bersama Isteri 02

Khamis 03 Apr
Sebelah pagi saya bergegas ke pejabat Imigresen KSA utk membuat Kad Iqamah (Kad Residen mastautin) isteri bersama Anwar Qatrawi dari Jordania (rakan sepejabat). Kerana tiada papan tanda, saya beratur di kaunter umum, bila sampai giliran saya pegawai imigresen berkata urusan Iqamah isteri kena pergi bangunan lain dlm kompleks tsb. Inilah asam garam di KSA...Bila sampai di bangunan tsb, kebetulan hanya ada 4-5 orang pelanggan sahaja dan urusan tsb hanya memakan masa 15 minit. Maka selesai dan isteri saya dengan resminya dah dapat kad Iqamah Saudi dan boleh berulang alik ke saudi arabia tanpa had dan tanpa perlu cop visa di kedutaan arab saudi di Kuala Lumpur.
Sebelah petang, jam 5:40 adalah flight kami ke Jeddah dgn syarikat Saudia utk umrah. Kali terakhir saya umrah ialah June 2013. Kami dihantar oleh drebar Asim Beig dan penerbangan lancar ke Jeddah hanya 1 jam 15 minit.kami niat umrah sebaik saja pesawat melintasi mesjid Yalamlam, kira2 10 minit lagi mendarat di airport dan kami bertalbiah secara perlahan. Tiba di King Abd Aziz airport Jeddah, masuk waktu maghrib dan kami solat maghrib dan isya' di musyalla airport Jeddah. Kemudian saya mencari teksi ke Mekkah dan agak mengejutkan harga teksi naik mendadak, kalau dulu cuma SR 130 satu teksi, sekarang rata2 SR200. Ini kerana hari khamis hujung minggu di sini, amat ramai penumpang ingin ke Mekah, maka saya tiada pilihan, maka dapatlah sebuat teksi sapu dgn harga SR180. Ia adalah corolla Altis model terbaru. Kalau nak murah, kita kena ambil teksi ke Jeddah grand taxi station dan dari stesen Teksi jeddah ke Mekah, dalam SR 15 seorang. Tapi kalau bawa isteri agak berisiko. Perjalanan lebuhraya Jedah ke Mekah lancar dan kami tiba sekitar jam jam 10:00 malam, namun kerana banyak jalan ditutup ke msjidil Haram, teksi tidak dapat masuk ke hotel dan kami terpaksa berjalan kaki mencari hotel. Mujurlah bagasi kami tidak berat. teksi berhenti di terowong Zam-zam tower dan hotel yg kami tempah katanya di belakang zam-zam tower. Kami menempah hotel melalui Booking.com, namanya Amjad House Hotel, 300 meter dari Haram.  300 meter di belakang Zam2 Tower, namun terdapat dua tiga hotel lain bernama Amjad juga. Kebetulan saya nampak ada mutawif umrah berbangsa Melayu kita yang ada di kawasan tsb dan dia menunjukkan arah Hotel Amjad House yang dimaksudkan, nun di atas bukit dan 500 meter dari Haram bukannya 300 meter. Ini yang kita kena jangkakan di saudi, iklan tak semestinya betul. Pendakiannya agak sukar dan akhirnya kami sampai ke lobi hotel Amjad, tercungap-cungap juga 200 meter naik cerun. harganya SR300 satu malam single room. Inilah dugaan pertama di tanah Haram. kita kena sentiasa positif dgn ujian2 di sini. Selepas check-in, saya mandi sekejap sebagai persiapan utk umrah, dan bergerak menuju Mesjid al-Haram utk umrah. Ramai sekali orang ramai bagaikan musim haji dan malam ni malam Jumaat.
Pemandangan gate King Abd Aziz dari al-Safa Tower
Kami singgah sekejap di al-Safa Tower utk makan ringan kerana kami perlukan banyak tenaga utk tawaf dan sa'iy. Kami makan martabat Mekah dan selepas itu bergerak menuju pintu mesji melalui Gate no 1, Gate King Abd Aziz.
Restoren Malaysia milik DSaji Felda di al-Safa Tower

Tuesday, April 22, 2014

Travelog KSA #80: Umrah bersama Isteri 1.0

Sebenarnya kerajaan Arab Saudi (KSA) membiayai famili expatriate setahun sekali untuk datang ke KSA atas Visa Iqamah. Visa Iqamah maksudnya dapat menetap di saudi bertaraf residen tetap. Selepas 2 tahun saya tidak mengambil kesempatan tsb kerana saya tidak gemar berurusan dgn pihak pentadbiran universiti yang agak lembab dan birokratik. Namun akhirnya saya terpaksa juga kerana atas nasihat dari kawan2 sepejabat terutamanya sdr Anwar Qatrawi dari Jordan. Dia membantu saya dari A sampai Z cara untuk membawa famili termasuk mengisi borang, menterjermah sijil nikah, sijil kelahiran dan paspot Malaysia ahli keluarga saya. Borang tsb perlu dihantar ke Kementerian dalam negeri KSA di Jeddah dan makan masa satu bulan. Penterjemahan dokumen dari BM ke bahasa Arab dilakukan oleh Prof Mahmud Solah dari Mesir juga rakan setugas saya.
Alhamdulillah, akhirnya permohonan membawa famili saya di luluskan dan langkah seterusnya ialah memohon tiket penerbangan saudia dari jabatan kewangan Jazan University. ia juga lulus dalam masa satu minggu untuk isteri dan anak perempuan saya. Tiket yang dibooking ialah pada 29 Mac 2014 dari KLIA kebetulan dgn berakhirnya cuti pendek saya di Malaysia. Namun, hanya isteri saya sahaja yang free, manakala anak-anak yang lain tidak dapat kerana sesi pengajian IPTA yg sedang berjalan. Maka keputusannya, pemergian family yang lain ditangguhkan pada Dis 2014 atau jan 2015 akan datang. 
Kegembiraan jelas terbayang di wajah isteri saya kerana impian beliau utk mengerjakan umrah sudah tercapai akhirnya. Kali terakhir kami bersama di tanah suci ialah Jan 2007 (yakni 7 tahun yang lalu). kami terbang dgn pesawat Saudia airlines Boeing 777-200 series terus ke jeddah, connecting flight ke Jizan city dan tiba di Jizan jam 12:00 malam tarikh yg sama. Di jazan, isteri saya terpaksa membuat proses biometrik dan kad Iqamah. ia delay 4 hari dari 30 Mac sampai 2 April kerana Boss saya bercuti di USA, namun akhirnya pada 3 April semua dokumen siap dan kami bersedia untuk mengerjakan umrah pada 4 April dgn pesawat Saudia.
Bersama isteri di perkampungan tradisi Jizan
Next: Umrah

Tuesday, March 18, 2014

Kembali ke Malaysia mulai 20 Mac

Boeing 777-200 milik Saudia Airlines
Insya Allah jika tiada aral melintang saya akan pulang ke Tanah air pada 20 Mac ini cuti selama 10 hari untuk urusan rutin keluarga menggunakan syarikat pnerbangan Saudia Airlines laluan Gizan city-Riyadh King Khaled International dan KLIA.

La Tahzan 190-4/Akhir: Awas akan Empat Perkara [إياك وأربعاً ]


الرابعةُ : الإعراضُ عنْ ذكرِ اللهِ
Empat Perkara yg membuat anda sengsara, N0 4: Berpaling dari Peringatan Allah SWT
Firman Allah SWT:

وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكاً
Terj: AQS Thaahaa, 20: 124 [Maka sesiapa yang berpaling dari peringatan-Ku, maka sungguhnya baginya penghidupan yang sempit]
Tafsir Ibn Katsier: Maksud berpaling dari peringatan Allah ialah menentang perintah Allah, menetang sunnah dan mengambil petunjuk selain petunjuk Nabi saw. Maksud penghidupan yang sempit ialah sempit di dunia dan tiada ketenangan hidup walaupun secara zahir nampak lepas bebas. Kata Ibn Abbas, hidup sengsara, kata ad-Dahhak, perbuatan jahat dan rezki yang buruk, dan kata Abu Hurayrah, maksudnya siksa kubur.

Sunday, March 9, 2014

MH370 - 227 penumpang -12 anak kapal

Berita sedih dengan kehilangan pesawat MAS, syarikat GLC kebanggan rakyat Malaysia yang dilapurkan hilang di ruang udara Vietnam tanpa sebarang hubungan dgn pusat kawalan udara Malaysia, China atau Vietnam. Sesuatu yang amat luar biasa
Reaksi sedih dan marah kaum keluarga
Hampir semua laman FB, Twitter dan WA dipnuhi dgn pelbagai cerita dan khabar angin mengenai kehilangan pesawat tsb.

Pesawat Boeing yg hilang adalah model 777 Dreamliner yg dipacu oleh injin Rolls Royce dari England, berusia 11 tahun dan ini antara pesawat generasi baru Boeing yang tidak ada sebarang masalah sebelum ini.
Inna illahi wa inna ilaihiraaji'un...apa pun itu semua takdir dan kita berdoa akan Allah memberi keampunan dan rahmat kpd pilot, anak2 kapal dan penumpang yg beragama Islam tsb. Ini kerana kita sudah yakin kehilangan ini akan berakhir dengan tragedi..yang akan mencemarkan imej cemerlang MAS sejak 1977.

KSA isytihar Pergerakan Ikhwan sebagai Teroris

atau 
Lapuran al-Arabiya Online
Riyadh, 8 Mac, 7 J'Awal
Kerajaan Arab Saudi (KSA) melalui Kementerian Dalam Negeri (Wizarat al-Dakhiliyah) hari ini mengisytiharkan pergerakan Ikhwan Muslimin (Muslim Brotherhood) yang berpengkalan di Egypt sebagai pertubuhan 'Teroris' atau "Irhabiah". IM yang memenangi PRU Egypt 2012 dengan PM Morsi menjadi PM Parti Islam pertama dalam sejarah Egypt digulingkan oleh Militeri hingga kini. Jurucakap Pergerakan tsb di Cairo melahirkan rasa terkejut dengan tindakan KSA kerana KSA selama ini banyak membantu.
*pergerakan Ikhwan ditubuhkan di Ismaliliya, Egypt pada tahun 1928 oleh syaikh Hasan al-Banna rh dan mencetuskan fenomena kebangkitan harakah Islam dan kesedaran Islam diseluruh dunia, khususnya Timur Tengah. Ketuanya sekarang ialah Syaikh Muhammad Badi' sejak 2010 yang ditahan tanpa bicara.
Lapuran Arab News Online
Pengwartaan Brotherhood sebagai teroris menimbulkan ketegangan dalam kerjasama negara Teluk, atau GCC khususnya Qatar yang memberi perlindungan politik kpd tokoh Brotherhood, Dr Yusof Abdallah al-Qardhawi yang popular di Qatar. ia terbukti pada hari Jumaat yg lepas, 7 Mac, Dr Qardhawi tidak dibenarkan menyampai khutbah seperti biasa di mesjid Doha. Turut diwartakan sebagai pertubuhan teroris ialah al-Nusra Front (Jabhah al-Nusrah utk pembebasan Syria dan Lubnan), Islamic State of Iraq and Levant (Syria) atau ISIL atau (Da`isy, داعش). KSA juga turut melarang warganya berjihad di Iraq dan Syria dan memerintahkan mereka pulang serta merta atau bakal di penjara selama minima 20 tahun.  Setakat ini KSA, Bahrain dan UAE yang mewartakan, namun Kuwait, Qatar dan Oman masih belum berbuat demikian kerana keujudan ramai tokoh IM di negara tsb khususnya Dr Qardhawi di Qatar, dan Dr Tareq Shweidan di Kuwait.
Ulasan:
Kita akan memerhatikan apakah impak dan kritikan yg bakal diterima dari warga arab di kawasan teluk dan seluruh Timur Tengah dengan pengwartaan ini..akan di update..

Tuesday, March 4, 2014

La Tahzan 190-3: Awas akan Empat Perkara [إياك وأربعاً ]


الثالثةُ : الحقدُ على الناسِ ، وحُبُّ الانتقامِ منهمْ ، وحَسَدُهم على ما آتاهُمُ اللهُ منْ فضلِه
terj: 
Awas akan 4 perkara yang jika dilakukan akan menyebankan kesempitan hidup: Yang ke tiga ialah Dengki (al-Haqd) kepada manusia, suka membalas dendam, dan irihati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sesorang. Firman Allah SWT
أَمْ يَحْسُدُونَ النَّاسَ عَلَى مَا آتَاهُمُ اللّهُ مِن فَضْلِهِ
AQS an-Nisaa', 4:54 [apakah mereka irihati kepada orang yang diberi kurniaan Allah?]
Tafsir: Kata Ibn Abbas, yang dimaksudkan oieh dengkinya bangsa Arab sendiri kepada kerasulan nabi Muhammad saw, bukan orang lain pun (Tafsir Ibn Katsier)
قَالَ الأَحْنَفُ بْنُ قَيْسٍ: لا رَاحَةَ لِحَسُودٍ

terj: "Berkata al-Ahnaf bin Qis: "Tidak ada ketenangan kpd si pedengki" HR al-Baihaqi, Syu'ab al-Iman, no. 6123, Tahqiq:hadith Maqtu' (sejenis hadith dhaif, sampai kpd Tabi'ien sahaja).