Saturday, August 11, 2012

aktiviti Blog Ditangguhkan sempena 10 terakhir Ramadhan dan cuti Raya


Salam pengunjung yg dikasihi,
Oleh kerana kita dah masuk fasa 10 terakhir Ramadhan, maka blog Bicara akan berehat seketika utk penumpuan kpd ibadah pada penghujung Ramadhan.


Hingga jumpa lagi di lain siaran

Monday, August 6, 2012

La Tahzan 174-2: Banyakkan Membaca & Merenung, أكْثِرْ من الاطِّلاعِ والتَّأمُّلِ

Renungi dan Muhasabah dirimu sendiri
يقولُ أحد مفكَّري الغربِ: لي ملفٌّ كبيرٌ في درجِ مكتبي، مكتوبٌ عليه: حماقاتٌ ارتكبتُها، أكتبُه لكلِّ سقطاتِ وتوافه وعثراتٍ أُزاولُها في يومي وليلتي، لأتخلَّص منها.
قلت : سبقك علماءُ سلفِ هذه الأُمَّةِ بالمُحاسبةِ الدقيقةِ والتَّنْقيبِ المُضني لأنفسِهم
terj: Seorang tokoh pemikir Barat berkata: "aku memiliki catatan harian tebal yang tersimpan dalam laci pejabatku. Ia di beri jodol," Kebodohan-kebodohan yang telah aku lakukan" di mana aku tuliskan semua kesalahan, ketelanjuran dan hal-hal remeh saban hari dan malam, agar aku dapat mengoreksi diriku sendiri."
Komentar al-Qarni: "Kamu bukanlah orang pertama yang melakukan demikian. Para ulama salaf dari umat ini telah berbuat demikian dengan muhasabah yang mendalam dan mendisiplinkan diri mereka dengan ketat." Firman Allah:

وَلَا أُقْسِمُ بِالنَّفْسِ اللَّوَّامَةِ
AQS al-Qiyamah, 75:02 [dan aku bersumpah dengan jiwa yang amat menyesali (dirinya sendiri)]
قال الحسنُ البصريُّ: المسلمُ لنفسِهِ أشدُّ مُحاسَبَةً من الشريكِ لشريكِهِ
terj: Berlata al-Hasan al-Basri (tabi`in Basrah, w.110H):" seorang Muslim lebih teliti mengaudit  (muhasabah) dirinya lebih dari ahli perniagaan yang menaudit syarikatnya."
وكان الربيعُ بنُ خُثيْمٍ يكتُبُ كلامهُ من الجمعةِ  إلى الجمعةِ، فإنْ وَجَدَ حسنةً حمِد الله، وإنْ وَجَدَ سيِّئةً استغفر
terj: Berkata al-Rabi` bin Khuthaim (tabi`in Basrah, murid Ibn Mas`ud) menulis kata-katanya dari Jumaat ke hari Jumaat berikutnya; jika terdapat kebaikan pada kata-katanya, dia akan memuji Allah dan jika terdapat keburukan, dia akan beristighfar.
وقال أحدُ السلفِ: لي ذنبٌ منْ أربعين سنةً، وأنا أسألُ الله أنْ يغفرهُ لي، ولا زلتُ أُلحُّ في طلبِ المغفرةِ
terj: Berkata sorang ulama salaf," aku pernah melakukan dosa 40 tahun yang lampau yang masih menghantuiku hingga ke saat ini, justru itu aku terus memohon ampun dari Allah  agar mengampuni dosa tsb." Inilah maksud firman Allah:
وَالَّذِينَ يُؤْتُونَ مَا آتَوا وَّقُلُوبُهُمْ وَجِلَةٌ 
AQS al-Mukminun, 23:60 [Dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan, dengan hati yang takut, (karena mereka tahu bahwa) sesungguhnya mereka akan kembali kepada Tuhan mereka].