Monday, December 16, 2013

Rangkuman Peristiwa: Banjir dan Salji

 Banjir di Pantai Timur
Antara berita sedih ialah sepanjang blog saya terganggu ialah banjir yang melanda Pantai Timur khususnya di Pahang dan Kemaman pada awal Ogos 2013.

Banjir luar biasa di Pahang tahun 2013
Dengan mangsa banjir mencecah 50,000 di Pahang dan Kemaman dan kemusnahan hartabenda yg mencecah jutaan ringgit.

Air mencecah paras bumbung
Ramai kawan2 saya yg terkena banjir di Kuantan dan Kemamam dan termasuk anak sulong saya dan menantu yang bekerja di Petronas Kerteh turut terjejas terutamanya terputus bekalan air kerana loji rawatan air tenggelam. Alhamdulillah, saya mengikuti berita dan sekarang dikhabarkan sudah pun pulih cuma dibimbangi dgn gelombang kedua yang mungkin tiba.
Salji di Egypt
Antara fenomena ajaib juga ialah salji luar biasa di Egypt yg kali terakhir turun ialah 112 tahun dulu atau tahun 1901. Salji juga turut turun di Lebanon, Palestine (termasuk israel) dan Syria.
Sphnx (kawasan pelancungan utama) yang diseliputi salji)
Semua ini adalah tanda-tanda kebesaran Allah SWT yang kita baca dalam al-Fatihah, ayat pertama, "segala puji bagi Allah, Rabb (Penguasa) sekelian alam. SEsuatu yg tidak bisa diramal oleh ahli kaji cuaca dan mereka yg mengendalikan satelit. SubhanaLlah..wa ilaliqo'

Blog kena malware

Hampir dua minggu blog saya tak dapat di update kerana gara2 NB saya terkena Malware, adware, spyware dan Virus. Selepas kena format dan clean serta install anti malware, barulah Blog dapat dibuka semula. Mulanya saya ingatkan blog ni kena hack...Namun sekarang rasa lega...