Monday, December 16, 2013

Rangkuman Peristiwa: Banjir dan Salji

 Banjir di Pantai Timur
Antara berita sedih ialah sepanjang blog saya terganggu ialah banjir yang melanda Pantai Timur khususnya di Pahang dan Kemaman pada awal Ogos 2013.

Banjir luar biasa di Pahang tahun 2013
Dengan mangsa banjir mencecah 50,000 di Pahang dan Kemaman dan kemusnahan hartabenda yg mencecah jutaan ringgit.

Air mencecah paras bumbung
Ramai kawan2 saya yg terkena banjir di Kuantan dan Kemamam dan termasuk anak sulong saya dan menantu yang bekerja di Petronas Kerteh turut terjejas terutamanya terputus bekalan air kerana loji rawatan air tenggelam. Alhamdulillah, saya mengikuti berita dan sekarang dikhabarkan sudah pun pulih cuma dibimbangi dgn gelombang kedua yang mungkin tiba.
Salji di Egypt
Antara fenomena ajaib juga ialah salji luar biasa di Egypt yg kali terakhir turun ialah 112 tahun dulu atau tahun 1901. Salji juga turut turun di Lebanon, Palestine (termasuk israel) dan Syria.
Sphnx (kawasan pelancungan utama) yang diseliputi salji)
Semua ini adalah tanda-tanda kebesaran Allah SWT yang kita baca dalam al-Fatihah, ayat pertama, "segala puji bagi Allah, Rabb (Penguasa) sekelian alam. SEsuatu yg tidak bisa diramal oleh ahli kaji cuaca dan mereka yg mengendalikan satelit. SubhanaLlah..wa ilaliqo'

Blog kena malware

Hampir dua minggu blog saya tak dapat di update kerana gara2 NB saya terkena Malware, adware, spyware dan Virus. Selepas kena format dan clean serta install anti malware, barulah Blog dapat dibuka semula. Mulanya saya ingatkan blog ni kena hack...Namun sekarang rasa lega...

Wednesday, November 27, 2013

La Tahzan 190-2:Awas akan Empat Perkara [إياك وأربعاً ]

Ada Empat perkara yang menjadi punca kesedihan manusia:

الثانيةُ : الوقوعُ في المعاصي بلا توبةٍ
terj:: Perkara kedua ialah Terjerumus dalam melakukan maksiat tanpa bertaubat.
Firman Allah:

قُلْ هُوَ مِنْ عِندِ أَنْفُسِكُمْ
terj: AQS 3, Aali Imraan, 3:165 [Katakanlah: hal itu adalah akibat sikap dari kalian]
Nota: Kata Ibn Kathir rh: "Ia mengenai kekalahan dan kematian yang menimpa tentera Islam di mana 70 orang telah syahid termasuk Hamza bin Abdul Muttalib ra. Ia adalah akibat dari sikap sebahagian sahabat yang tidak menurut perintah RasuluLlah saw dalam perang Uhud." Tafsir Ibn Kathir, ayat 165.
Firman-Nya lagi:

فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ
terj: AQS asy-Syuura, 42:30 [Semua itu adalah akibat perbuatan tangan kalian]
Nota dari Tafsir Jalalyn: Maksud tangan manusia ialah dunia pekerjaaannya dan banyak dosa dilakukan di tempat kerjaya, maka di sebabkan dosa dilakukan di tempat kerjaya, manusia banyak ditimpa musibah.

Thursday, November 21, 2013

Travelog KSA #78: Banjir besar melanda KSA

Hujan melanda hampir seluruh Saudi Arabia sejak Isnin (18 Nov), yang paling teruk ialah ibukota Riyadh, Jeddah, Dammam,, Jubail, dan al-Qassim. Kebanyakan sekolah di kawasan terbabit di tutup sampai sekarang. Kini tiba giliran Jazan, hujan turun dgn lebat bermula subuh hari ni (20 Nov), bekalan elektrik juga terputus, kebanyakan sekolah di Jizan juga ditutup dan saya juga lewat ke ofis kerana kesesakan lalu lintas yg teruk di bandaraya Jazan.
Keadaan di Riyadh
Oleh kerana Saudi tidak ada sistem perparitan, longkang dan saliran, maka hujan akan mendatangkan musibah yg besar kpd negara padang pasir ini.
Keadaan banjir di Riyadh
Setakat ini 1,400 dipindahkan, 4 mati dan 10 masih hilang, juga banyak haiwan ternakan yg mati spt kambing, biri-biri dan unta.
Jentolak digunakan untuk membuat lumpur
Keadaan di Jizan tidaklah seburuk di Riyadh, tiada kematian, atau mangsa banjir yang dipindahkan. Fenomena hujan yang luar biasa di saudi adalah suatu kepelikan menurut kebanyakan penduduk tempatan di sini. Saya rasa ini adalah fenomena "global warming" (kepanasan global) yang dialami dunia ketika ini dan telah merobah cuaca di seluruh dunia. Dikatakan dalam hadis, akan tanda-tanda akhir zaman, ialah bumi Hijaz (saudi sekarang) akan mengalami kehijauan semula, yakni ia akan bertukar dari padang pasir kepada kehijauan pokok-pokok kerana mungkin taburan hujan yang semakin meningkat di Saudi. Wallahu a'lam.

Wednesday, November 13, 2013

Travelog KSA #77: Ops PATI di Saudi

Sejak 1 Muharam, Pihak berkuasa Arab Saudi melancarkan Ops Pemutihan PATI (Pendatang Tanpa Izin) termasuk memastikan semua jamaah Haji dari seluruh dunia pulang ke negara asal masing-masing. Ops Pemutihan ini antara lain ialah proses Biometrik semua pekerja asing, di mana warga asing dikehendaki hadir ke pejabat Dalam Negeri (Ministry of Interior (MOI) untuk proses pengambilan cap jari dan foto. Inilah lapuran akhbar mengenai Ops Pati yg sedang beroperasi scara besar-besaran di seluruh KSA.

Ops PATI di Jazan
Ops Pati di Jazan menyaksikan majoriti warga asing yg ditangkap ialah warga Yaman kerana Jizan hanya 250 KM sahaja bersempadan dgn Yaman. Kebanyakan restoren, teksi prebet sapu, tempat2 pembinaan dan premis kerja kebanyakannya ditutup kerana ramai warga asing tidak berani keluar buat seketika sehingga ops ini reda.
Ops Pati menyaksikan 2 terbunih setakat ini, warga Ethiopia
Saya berulang alik 3 kali ke pejabat Kementerian Dalam Negeri Jazan untuk tujuan pendaftaran Biometrik dan alhamdulillah selesai semalam. Ini kerana ramai sekali warga asing yg mengerumuni kaunter kementerian, terpaksa berbaris panjang dalam cuaca yg panas dan sistem kerja yg perlahan di sini. Namun, apapun saya merasa lega sebaik saja ia berjaya dilakukan.

Sunday, November 3, 2013

La Tahzan 190-1: Awas akan Empat Perkara [إياك وأربعاً ]



أربعٌ تُورثُ ضنْكَ المعيشةِ وكَدَرَ الخاطرِ وضيِقَ الصَّدْرِ :


الأولى : التَّسخُّطُ من قضاءِ اللهِ وقدرِه ، وعَدَمُ الرِّضا بهِ
terj: Ada empat (4) perkara yang menyebabkan dada anda menjadi sesak:
 Pertama: Benci akan ketentuan Allah (qadha' dan qadarNya) dan enggan redha menerimanya (takdir).
Nota: Nasihat Luqman al-Haakim kpd anaknya:


  وَاصْبِرْ عَلَى مَا أَصَابَكَ إِنَّ ذَلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ
AQS Luqman, 31:17 [dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu.
Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah)]. 
Tanda redha kita akan qadha' dan kadar ialah segera menyebut ungkapan yg masyhur, lafaz istirja':
الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ


AQS alBaqarah, 2:156 [(yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun"] 
Nota: Kalimah istirja' ini adalah suatu rawatan hati yg amat mujarab sebaik saja kita di timpa musibah dan sesak nafas yg kita alami akan terkawal.