Wednesday, November 13, 2013

Travelog KSA #77: Ops PATI di Saudi

Sejak 1 Muharam, Pihak berkuasa Arab Saudi melancarkan Ops Pemutihan PATI (Pendatang Tanpa Izin) termasuk memastikan semua jamaah Haji dari seluruh dunia pulang ke negara asal masing-masing. Ops Pemutihan ini antara lain ialah proses Biometrik semua pekerja asing, di mana warga asing dikehendaki hadir ke pejabat Dalam Negeri (Ministry of Interior (MOI) untuk proses pengambilan cap jari dan foto. Inilah lapuran akhbar mengenai Ops Pati yg sedang beroperasi scara besar-besaran di seluruh KSA.

Ops PATI di Jazan
Ops Pati di Jazan menyaksikan majoriti warga asing yg ditangkap ialah warga Yaman kerana Jizan hanya 250 KM sahaja bersempadan dgn Yaman. Kebanyakan restoren, teksi prebet sapu, tempat2 pembinaan dan premis kerja kebanyakannya ditutup kerana ramai warga asing tidak berani keluar buat seketika sehingga ops ini reda.
Ops Pati menyaksikan 2 terbunih setakat ini, warga Ethiopia
Saya berulang alik 3 kali ke pejabat Kementerian Dalam Negeri Jazan untuk tujuan pendaftaran Biometrik dan alhamdulillah selesai semalam. Ini kerana ramai sekali warga asing yg mengerumuni kaunter kementerian, terpaksa berbaris panjang dalam cuaca yg panas dan sistem kerja yg perlahan di sini. Namun, apapun saya merasa lega sebaik saja ia berjaya dilakukan.

No comments: