Hujan melanda hampir seluruh Saudi Arabia sejak Isnin (18 Nov), yang paling teruk ialah ibukota Riyadh, Jeddah, Dammam,, Jubail, dan al-Qassim. Kebanyakan sekolah di kawasan terbabit di tutup sampai sekarang. Kini tiba giliran Jazan, hujan turun dgn lebat bermula subuh hari ni (20 Nov), bekalan elektrik juga terputus, kebanyakan sekolah di Jizan juga ditutup dan saya juga lewat ke ofis kerana kesesakan lalu lintas yg teruk di bandaraya Jazan.
Keadaan di Riyadh |
Oleh kerana Saudi tidak ada sistem perparitan, longkang dan saliran, maka hujan akan mendatangkan musibah yg besar kpd negara padang pasir ini.
Keadaan banjir di Riyadh |
Jentolak digunakan untuk membuat lumpur |
Keadaan di Jizan tidaklah seburuk di Riyadh, tiada kematian, atau mangsa banjir yang dipindahkan. Fenomena hujan yang luar biasa di saudi adalah suatu kepelikan menurut kebanyakan penduduk tempatan di sini. Saya rasa ini adalah fenomena "global warming" (kepanasan global) yang dialami dunia ketika ini dan telah merobah cuaca di seluruh dunia. Dikatakan dalam hadis, akan tanda-tanda akhir zaman, ialah bumi Hijaz (saudi sekarang) akan mengalami kehijauan semula, yakni ia akan bertukar dari padang pasir kepada kehijauan pokok-pokok kerana mungkin taburan hujan yang semakin meningkat di Saudi. Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment