Thursday, May 31, 2012

Dua kata2 hikmah dari dunia FB

Sharing a nice quote in FB as a reminder/reflection to us…
 Ia dikirim oleh isteri saya dalam e-mail hariannya kepadaku:
 1.       ‘A woman’s loyalty is tested when her man has nothing. A man’s loyalty is tested when he has everything’.
 2.       ‘Whenever you’re alone, remind yourself that Allah has sent everybody else away. So that there is only you and Him….’
 Terj:
 1. Kesetiaan wanita diuji bila suaminya tidak memiliki apa pun; kesetiaan lelaki teruji bila dia memiliki segalanya.
 Ulasan:  memang benar ini adalah ultimate test (ujian kemuncak) cinta antara suami dan isteri. Satu lagi pepatah melayu ialah "sayangkan isteri, tinggal-tinggalkan..."
Kata-kata di atas, berlaku kpd Nabi kita Muhammad saw.  Cinta Khadijah mmg teruji kerana ketika dia menjadi isteri Muhammad, Nabi saw tidak memiliki apa-apa, baik harta atau kedudukan, seorang yatim dan membesar di rumah bapak saudaranya sahaja. Wanita kaya Quraish jatuh cinta kpd seorang leaki yg tidak ada apa-apa. Ini suatu ujian cinta yang amat agung. Kemudian giliran Nabi pulak diuji, bila baginda memiliki segalanya, selepas dilantik menjadi pesuruh Tuhan akhir zaman, Nabi berada di kemuncak dgn mukjizat yang paling besar, yakni AQ, namun cintanya tetap kepada Khadijah.

2. Apabila anda kesaorangan (terutama di perantauan), peringati dirimu bahwa Allah telah memisahkan setiap orang (yang anda kasihi) jauh dari anda, supaya yang tinggal hanyalah anda dan Dia.
Memang betul, aku masih memikirkan kenapa aku bersendirian di padang pasir Jizan, 10,000 KM dari bandar USJ, kota kosmopolitan yang ada segala-galanya...?  Rupanya, Dia telah memanggilku utk dekat kepada-Nya sebelum aku dipanggil buat selama-lamanya.  kemungkinan aku dulunya kurang solat malam, maka sekarang aku lebih giat lagi bersolat malam, dulu hanya dua mukasurat sehari yang sempat ku baca akan AQ, sekarang sudah banyak mukasurat dalam sehari...dulu aku belum cukup merasa nikmat berada di bawah "fi Dzilal al-Qur'an" (naungan al-Qur'an) sekarang, aku merasa nikmat berada di bawah naungan al-Qur'an. Benarlah kata syaikhul Islam Ibn Taymiyah ketika dia dibawa ke penjara, dia membaca ayat ini:
 AQS al-Hadid, 57:13 [Lalu diadakan di antara mereka dinding yang mempunyai pintu. Di sebelah dalamnya ada rahmat dan di sebelah luarnya dari situ ada siksa].
 Maksud Ibn Taymiyah, kekadang walaupun kehidupan penjara itu mengerikan bagi kita, namun bagi dia, kemungkinan ia suatu rahmat dan di luar penjara adalah siksaan buatnya.
 Memang saya menghadapi banyak ujian ketika berada di Jazan, namun saya sentiasa ingat bahawa Bumi Hijaz (arab saudi) adalah tempat ujian, kebanyakan orang yang datang mengerjakan Haji pun mereka terkesan dengan ujian-ujian yg mereka hadapi berbanding dengan keseronokan yang mereka alami (ketika berada di Tanah Haram). Bahkan para sahabat dan Nabi saw sendiri menerima sebesar-besar ujian. Sekarang aku merasai cebisan dari ujian itu. Maka aku bersyukur kerana Allah mengambilku buat sementara untuk menguji kekuatan mental dan jiwaku...di bahang padang pasir Jazan.

Tuesday, May 29, 2012

La Tahzan 170-3: Jom Buat Kerja yg Berguna, انغمسْ في العملِ النافعِ

كان عمرُ دؤوباً في عمله ليلاً ونهاراً، قليل النوم. فقال أهلُه: ألا تنامُ ؟ قال: لو نمتُ في اللّيلِ ضاعتْ نفْسِي، ولو نمتُ في النهارِ ضاعتْ رعيَّتِي

terj: Khalifah Umar al-Khattab ra adalah workaholic (giat bekerja siang dan malam), bahkan sedikit sekali waktu tidurnya. Lantas keluarganya menegur beliau: "apakah amir al-mukminin tidak tidur?" Umar menjawab:" jika aku tidur di malam hari, aku telah mensia-siakan diriku dan jika aku tidur di siang hari pulak, aku telah mensia-siakan rakyatku."
Nota: Begitulah kuatnya budaya kerja Umar Faruq. Jadi budaya kerja kuat yg sinonim dengan bangsa Jepun dan Korea ni adalah tidak betul, tetapi sudah ada dalam budaya kaum salaf dan Umar telah menunjukkan contohnya hingga dia dikatakan tidak ada waktu tidur.
في مذكراتِ الهالكِ ( موشى ديان ) بعنوان ( السيفُ والحكمُ ) : كان يطيرُ من دولةٍ إلى دولةٍ ، ومنْ مدينةٍ إلى مدينةٍ ، نهاراً وليلاً ، سرّاً وجهراً ، ويحضرُ الاجتماعاتِ ، ويعقدُ المؤتمراتِ ، وينسِّقُ الصَّفقاتِ ، والمعاهدات ، ويكتبُ المذكّراتِ . فقلتُ : واحسرتاهُ ، هذا جَلَدُ إخوانِ القردةِ والخنازيرِ ، وذاك عَجْزُ كثيرٍ من المسلمين ، ولكنْ هذا جلدُ الفاجرِ وعَجْزُ الثقةِ
terj: Gen Moshe Dayan (panglima Angkatan tentera Israel, m. 1981) dalam bukunya, Shall the Sword Devour Forever (Jerusalem: Edanim, 1981) mencatat kegigihan beliau bekerja tanpa mengira tempat, malam atau siang, rahsia dan terang-terangan, menghadiri pelbagai mesyuarat, persidangan, perundingan, mengatur pelbagai MOU dan perjanjian serta masih mampu menulis biografinya. Sayang seribu kali sayang, musuh Islam dapat menunjukkan contoh kegigihan sedangkan kebanyakan kaum muslimin (khususnya umat Arab di sekitar Israel) menunjukkan kemalasan mereka. Ini satu lagi maksud kenyataan Umar, kegigihan si durjana dan kelemahan orang yang kita percayai.

Sunday, May 27, 2012

La Tahzan 170-2: Jom Buat Kerja yg Berguna, انغمسْ في العملِ النافعِ

في مذكّراتِ (جولدا مائير) اليهوديةِ، بعنوان (الحقد): فإذا هي في مرحلةٍ منْ مراحلِ حياتِها تعملُ ستَّ عشرة ساعةً بلا انقطاعٍ، في خدمةِ مبادئِها الضّالَّةِ وأفكارِها المنحرفةِ، حتى أوجدتْ مع (بن جوريون) دولةً، ومنْ شاء فلينظُرْ كتابها

terj: Dalam Biografinya (muzakirat), mantan PM Yahudi, Golda Meir (m.1978, PM Israel dari 1969-1974) yang bertajuk "My Life" memaparkan satu tahap dalam kehidupannya, di mana beliau pernah bekerja 16 jam tanpa rehat memperjuangkan ideologi sesatnya (Zionisme) sehingga beliau berjaya mendirikan negara (haram) Israel bersama dengan David Ben Gurion (m. 1973, PM pertama Israel)
ورأيتُ ألوفاً منْ أبناءِ المسلمين لا يعملون ولو ساعةً واحدةً ، إنما همْ في لهو وأكلٍ وشُربٍ ونومٍ وضياعٍ

terj: Lantas saya melihat ribuan umat Islam yang enggan bekerja walaupun 1 jam sehari (untuk agama mereka). Mereka asyik bermain, makan, minum, tidur dan menghabiskan waktu dengan sia-sia.
Nota: Saya melihat pekerja2 di JU, waktu bekerja di sini dari 8:00 pagi-2 ptg, namun hakikat sebenar mereka bekerja mungkin 1-2 jam sahaja sehari. Bandingkan bangsa yahudi seperti Golda Meir yang bekerja keras 16 jam sehari untuk memperjuangkan zionisme, atau umat Jepun dan Korea yang bekerja sampai ke malam dan bandingkan dengan jumlah jam kerja kita..maka di situlah punca kekalahan kita dengan musuh kita. Hakikatnya, mereka bekerja jauh lebih kuat dari kita.

 مَا لَكُمْ إِذَا قِيلَ لَكُمُ انفِرُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ اثَّاقَلْتُمْ إِلَى الأَرْضِ
AQS at-Tawbah,09: 38 [apakah sebabnya bila dikatakan kepadamu: "Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah" kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu]

Saturday, May 26, 2012

Hijrah ke KSA 29: solat Jumaat di Mesjid al-Malik Fahd Jizan

Jazan City, 25 May//4 Rajab

Hari bersolat Jumaat di Mesjid baru dan antara terbesar di Jazan, mesjid Raja al-Malik Fahd bin Abdul Aziz ala-Saud di Jazan.
Mesjid King Fahd di Jazan
Tajuk khutbah hari ni best seputar Bid`ah bulan Rejab. Khatib menjelaskan maksud bid'ah dan kemudian menyenaraikan beberapa bid`ah Rejab yang masih ada saki baki di saudi.
antaranya:
  • Puasa 1 Rejab
  • Puasa Khamis minggu pertama bulan nRejab
  • Puasa Nisfu Rejab
  • Puasa 27 Rejab
  • Solat Raghaib, pada malam Jumaat minggu pertama Rejab
  • Solat malam 27 Rejab
  • Umrah Rejab
  • Sembelihan bulan Rejab
Khatib menyeru supaya saki amalan tersebut di tinggalkan kerana puasa bulan Rejab boleh aje dilakukan spt mana bulan2 lain spt puasa Isnin-Khamis, puasa bulan putih dan puasa Daud. Bacaan dalam solat ialah surah al-Bayyinah yang bahagi dua dan lahjah bacaan Imam ada sikit seperti Imam al-Sudais di mesjidil Haram. Selepas solat ada solat Janazah.

Bersama Dr SA, foto tak clear kerana terlalu panas, 44 C
Mesjid King Fahad baru sebulan di buka dan diresmikan oleh Gabnur Jazan, prince Nasser al-Saud.

Friday, May 25, 2012

La Tahzan 170-1: Jom Buat kerja yang Berguna, انغمسْ في العملِ النافعِ

أنَّ الوليد بن المغيرةِ وأُمية بن خَلَفٍ والعاص بن وائل أنفقوا أموالهم في محاربةِ الرسالةِ ومجابهةِ الحقِ
terj: Bahawa al-Waleed bin al-Mughirah, Umayyah bin Khalaf dan al-`Ash bin Wa'il telah sanggup membelanjakan hartanya (dgn jumlah yang besar) utk memerangi Islam dan menghalang tersibarnya kebenaran. (Allah menempelak mereka):
فَسَيُنفِقُونَهَا ثُمَّ تَكُونُ عَلَيْهِمْ حَسْرَةً ثُمَّ يُغْلَبُونَ
AQS al-Anfaal, 08: 36 [Mereka akan menafkahkan harta itu, kemudian menjadi sesalan bagi mereka, dan mereka akan dikalahkan]
ولكنَّ كثيراً من المسلمين يبخلون بأموالِهمْ، لئلاَّ يُشاد بها منارُ الفضيلةِ، ويُبنى بها صرحُ الإيمانِ
terj: (Senario sebaliknya) akan tetapi kebanyakan umat Islam pula bersifat bakhil (kikir) dengan harta mereka, meminggirkan diri (dari membantu agama Allah) lalu mereka tidak dapat cahaya keutamaan yang akan memperkukuh bangunan iman mereka. (Allah mencela mereka ini):
وَمَن يَبْخَلْ فَإِنَّمَا يَبْخَلُ عَن نَّفْسِهِ 
AQS Muhammad, 47:38 [Maka di antara kamu ada yang kikir, dan siapa yang kikir sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap dirinya sendiri]
 وهذا جَلَدُ الفاجِر وعجْزُ الثقةِ
terj: Inilah (maksud) kuatnya dayausaha si durjana dan lemahnya orang-orang kepercayaan (yg dimaksudkan oleh doa Khalifah Umar al-Khattab, Ya Allah aku berlindung dari dayausaha si durjana dan kelemahan orang-orang yg aku percayai.
Nota: itulah gambaran realiti yang anih: orang kafir yang begitu pemurah untuk menghalang kebenaran, manakala umat Islam pula begitu kedekut utk membantu agamanya sendiri.

Thursday, May 24, 2012

La Tahzan 169-2/akhir: Kerana Ditangguhkan Rezki, على تأخُّر الرِّزقِ

يقولُ عمرُ : « اللَّهمَّ إني أعوذُ بك من جلدِ الفاجرِ ، وعجزِ الثقةِ » . وهذهِ كلمةٌ عظيمةٌ صادقةٌ . فلقدْ طُفْتُ بفكري في التاريخِ ، فوجدتُ كثيراً منْ أعداءِ اللهِ عزَّ وجلَّ ، عندهمْ منْ الدَّأبِ والجلدِ والمثابرةِ والطُّموحِ : العَجَبَ العُجابَ . ووجدتُ كثيراً من المسلمين عندهمْ من الكسلِ والفتورِ والتَّواكُلِ والتَّخاذُلِ : ما اللهُ به عليمٌ ، فأدركتُ عُمْق كلمةِ عُمَرَ - رضي اللهُ عنه -
terj: Khalifah Umar al-Khattab dalam satu doanya," Ya Allah aku berlindung dengan-Mu dari orang fajir/si durjana (ahli maksiat dan kufur) yang bermotivasi dan teman kepercayaan yang lemah." (dari kitab al-Muntalaq oleh Muhammad Ahmad ar-Rashid, ms 273)
Ini sebuah ungkapan yang hebat dan murni sekali. Jika kita meneliti peristiwa-peristiwa besar dalam sejarah, kita akan dapati kebanyakan musuh2 Allah memiliki kesungguhan, kesabaran, sikap, dan wawasan yg amat tinggi.Realiti sebaliknya, aku dapati orang Islam pula bersikap malas, lemah, tawaakul (pasrah tanpa usaha) dan sentiasa berfikiran subsidi. Mereka merasakan mereka telah meletakkan harapan kepada Allah padahal itu cuma angan-angan mereka sahaja. itulah mendalamnya maksud kata-kata Khalifah.
Nota: Inilah rahsia kenapa kita mundur dan musuh kita maju dalam kebendaan atau rezki. mereka walaupun fajir (kufur dan ahli maksiat) tapi menguasai ekonomi, kita umat Islam hanya mndapat sisa-sisa sahaja. Ia terdapat dalam kata hikmat Umar al-Khattab, bahawa mereka ada tenaga luar biasa, ada semangat menguasai segala-galanya, tapi kita umat Islam tidak ada daya dan motivsi tersebut kerana sikap kita sendiri.

Wednesday, May 23, 2012

Lapuran dari Timur Tengah

Berita paling hot di Timur Tengah ialah PRU Presiden Egypt.
 القاهرة - أحمد عثمان احتشد آلاف المصريين صباح اليوم الأربعاء أمام مراكز الاقتراع للإدلاء بأصواتهم في مختلف أنحاء الجمهورية لاختيار رئيس للجمهورية الثانية في حدث تاريخي غير مسبوق في الحياة السياسية المصرية.

وفتحت مراكز الاقتراع أبوابها في تمام الثامنة صباحاً بتوقيت مصر أمام نحو 51 مليون مصري لاختيار رئيسهم الجديد، فيما تأخر فتح لجان الاقتراع في مركز الحوامدية بمحافظة الجيزة، بسبب تأخر وصول مشرفي اللجان
.

Terj: Ribuan rakyat Egypt berbaris panjang untuk memilih presiden baru yang amat bersejarah dalam sejarah masa depan Egypt. Pusat2 mengundi di buka tepat jam 8:00 pagi waktu Egypt dan 51 juta pengundi berdaftar akan menunaikan hak mereka memilih presiden yg baru. (al-Arabiya Online news)


Inilah barisan calon Presiden Egypt Era Baru pasca Mubarak:

M.Mursi, Abd Muna'im, Amir Muusa, Ahmad Shafiq dan Hamdeen Sabbahi

5 Calon bertanding yang menemukan antara aliran Islamis vs Sekuler. Calon favourite ialah dari Ikhwan Muslimun, Dr Muhammad Mursi, PhD dari USA, manakala saingan terkuat ialah dari Dr Abdul Muna`im Abu Futuh adalah doktor perubatan, asalnya anggota Ikhwan tapi memilih untuk menjadi calon bebas. ia mendapat sokongan dari jentera Salafis di mesir. Manakala dua lagi adalah dari aliran sekuler yang dikatakan ada kaitan dgn regim sebelum ini. Amir Muusa adalah veteran dalam politik Mesir, mantan Presiden Liga Arab dan mantan Menteri Luar Mesir. Ahmad Syafiq adalah mantan Perdana Menteri Mesir semasa perlucutan kuasa Mubarak dan ia graduan dari Akademi Militeri Egypt dan dikatakan masih ada kaitan dengan regim Mubarak. Calon terakhir ialah Hamdeen Sabbahi, dari aliran Kiri atau Sosialis Nasseriyah yang tidak diberi harapan kuat utk menang.


M_Mursi dari Ikhwan menggunakan lambang BN..hehehe
calon Ikhwan, Mohammad Mursi dianggap calon favourite kerana rangkaian jentera pilihanraya Ikhwan yang berdisiplin dan bekerja dengan keras sekali.


Mudah-mudahan dengan revolusi Mesir yang bermula 15 bulan dulu dan hampir melumpuhkan ekonomi Egypt akan dapat di tamatkan dengan pemilihan Presiden yg baru dan menamatkan kuasa tentera di Mesir.

Tuesday, May 22, 2012

La Tahzan 169-1: Kerana diTangguhkan Rezki, على تأخُّر الرِّزقِ

لا تحزنْ على تأخُّر الرِّزقِ ، فإنِّه بأجلٍ مسمّىً

Terj: Jangan Bersedih kerana ditangguhkan rezki, Ini kerana bila tiba masanya anda akan dapat juga (jika sudah tertulis buat anda)

الذي يستعجلُ نصيبه من الرِّزقِ ، ويبادرُ الزمن ، ويقلقُ منْ تأخُّرِ رغباتِه ، كالذي يسابقُ الإمام في الصلاةِ ، ويعلُم أنَّه لا يسلِّمُ إلا بعْد الإمام! فالأمورُ والأرزاقُ مقدَّرةٌ ، فُرِغ منها قبل خلْقِ الخليقةِ ، بخمسين ألف سنةٍ
terj: Orang yang tergesa-gesa menunggu ketibaan rezkinya, keluh kesah kerana kesenangannya tidak kunjung tiba; adalah seumpama makmum yang mendahului Imamnya dalam solat (berjama`ah); padahal dia tahu yang dia tidak boleh mendahului imam memberi salam terlebih dahulu. Seluruh urusan manusia dan rezki  sudah ditakdirkan 50,000 tahun sebelum terjadinya penciptaan itu sendiri.
أَتَى أَمْرُ اللّهِ فَلاَ تَسْتَعْجِلُوهُ

AQS an-Nahl, 16:01[Telah pasti datangnya ketetapan Allah  maka janganlah kamu meminta agar disegerakan (datang)nya]
وَإِن يُرِدْكَ بِخَيْرٍ فَلاَ رَآدَّ لِفَضْلِهِ

AQS Yunus,10:107 [Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tak ada yang dapat menolak kurniaNya]
Nota: La Tahzan kali ni fokus kepada mereka yang bersedih kerana rezki yang sempit, kehidupan yang susah, peluang-peluang yang tertutup dan mereka sudah merasa kecewa untuk meminta dari Tuhan lagi. Mereka merasa hairan dengan mudahnya para jutawan dan hartawan meluncur dengan kereta mewah mereka dan memiliki beberapa isteri, melancung ke seluruh dunia dan mengerjakan umrah saban tahun, tapi kenapa aku begini susah, kenapa aku harus merantau jauh utk mencari rezki? Jawapannya: Allah telah menyusun takdirnya begitu, namun anda janganlah merasa putus asa untuk terus berusaha dan berdoa tanpa jemu.

*La Tahzan e-book, ms 257 (upload Ali Nayef al-Syuhood, saaid.net)

La Tahzan 168-3/akhir: Fitrah Allah, (SQ) فطرة اللهِ

سمعتُ هيئة الإذاعةِ البريطانيةِ تُخبرُ حين احتلَّ العراقُ الكويت: أن تاتشر رئيسة الوزراءِ البريطانية السابقة كانت في ولايةِ كلورادو الأمريكيةِ، فلما سمعتِ الخبر هُرِعتْ إلى الكنيسةِ وسجدتْ!

terj: Saya (al-Qarni) mendengar siaran radio BBC yang melapurkan ketika Iraq memasuki Kuwait (perang Iraq-Kuwait, tahun 1990), Margaret Thatcher, PM British ketika (Thatcher, 87 tahun adalah PM British dari 1979-1990) sedang bercuti di Colorado , USA. Sebaik saja mendengar lapuran itu, beliau terus bergegas ke gereja untuk bersembahyang.
ولا أفسرُ هذه الظاهرة إلا باستيقاظِ الفطرةِ عند مِثْلِ هؤلاءِ إلى فاطرِها عزَّ وجلَّ، مع كفرِهم وضلالِهم، لأنَّ النفوس مفطورةٌ على الإيمانِ بهِ تعالى
terj: apa yg saya dapat tafsirkan akan fenomena ini ialah bangunnya fitrah yang tersembunyi dalam diri mereka untuk kembali kepada Allah walaupun mereka sebenarnya berada dalam kekufuran dan kesesatan. Ini kerana jiwa-jiwa manusia memang diciptakan untuk beriman kepada Allah.
Nota: Golongan cendekiawan Barat menamakan fenomena ini sebagai Spiritual Quotient (kepintaran spiritual oleh Prof. Danah Zohar dan Ian Marshal, Harvard dan Oxford), sebagaimana sabda Nabi saw:
al-Hadis Abu Hurairah ra:

 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ , أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , قَالَ : " كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ , فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ وَيُنَصِّرَانِهِ وَيُمَجِّسَانِهِ  "
"Tidak ada seorang anak pun yang terlahir kecuali dia dilahirkan dalam keadaan fithrah. Maka kemudian kedua orang tuanyalah yang akan menjadikan anak itu menjadi Yahudi, Nashrani atau Majusi" (HR Bukhari no 1270 dan Muslim, no. 4803, kod Lidwa,Ina)

Monday, May 21, 2012

Exam week di JU

Jazan University, 2015 Main Campus, sekarang 50% siap
Tidak banyak updates dari JU sebab semua fakulti sedang menghadapi peperiksaan akhir semester dari 20 Mei-10 Jun 2012. Cuti semester di Jazan U bermula pada 13 Jun dan semester baru akan bermula pada 1 September 2012. Peperiksaan akhir cuma 50% sahaja dan 50% lagi adalah kerja kursus (assignments, test dan kajian semester). Pengajian di Jazan adalah percuma untuk warga Saudi dan setiap pelajar menerima elaun sarahidup sebanyak SR1,500 sebulan (udahlah yuran free, dapat elaun lagi). Jumlah pelajar sekarang ialah 57,000. dengan 13 fakulti. JU tidak ada fakulti pengajian Islam dan bahasa sebab ia sudah berlebihan di Saudi, ia cuma menumpukan kepada pendidikan, bisnes, keusahawanan, ICT, perubatan, farmasi, perakaunan, dan engineering. JU turut menawarkan pendidikan peringkat Community College dan matrikulasi. Bila ia siap sepenuhnya, ia akan membuka peluang pekerjaan yang amat besar kepada pensyarah Malaysia terutama pensyarah perempuan. Maka siapa yang ingin merasa kehidupan di KSA sebagai pensyarah, anda kena miliki phD mulai sekarang. Kelayakan minima pensyarah asing ialah phD sahaja.

Bangunan Chancellory dan pentadbiran utama JU, dalam pembinaan

Bandaraya Jazan, dgn penduduk berjumlah 1.2 juta baru dibangunkan pada tahun 2005. Asalnya sebahagian dari wilayah Yaman, tapi selepas persempadanan semula, Jazan di serahkan kepada arab Saudi oleh Yaman. Bandar baru Jazan sepenuhnya dibangunkan di atas tanah yang ditebus guna dari laut Merah dan buat masa ini seluruh bandar Jizan sedang pesat dibangunkan sebagai sebuah bandar baru satelit di selatan KSA. Cuaca panas nyaman sepanjang tahun dan cuma amat panas pada bulan Jun dan Julai disertai ribut pasir yang agak kuat dan kerap. Buruh asing terbesar di Jazan ialah Bangladesh, Pakistan, India, Filipina dan Indonesia (namun buruh Filipina lebih ramai dari Indonesia). Pengangkutan utama di Jazan hanya teksi sahaja dan buat masa ini bekalan rumah, apartment dan flat amatlah terhad, mahal dan dijangka beransur mencukupi pada tahun 2013-2015.
Bekalan air percuma dibekalkan kerumah (mandi dan membasuh sahaja), namun bekalan air minuman hendaklah dibeli pada SR 2.00 seliter. Letrik cuma SR 20 sebulan, unlimited usage. Petrol ialah 50 sen seliter dan setangki penuh kereta 1.6 hanyalah SR 15.00 shj. Gaji di KSA adalah bersih tanpa cukai pendapatan dan potongan EPF atau socso. Harga barangan keperluan di supermarket hampir sama dengan Malaysia, cuma beras agak mahal sebab di sini beras hanyalah Basmathi sahaja. Minyak masak juga mahal sebab mereka menggunakan minyak zaitun dan minyak sunflower.

La Tahzan 168-2: Fitrah Allah, (SQ) فطرة اللهِ

إنَّ الكثير يسألُ الله وقت حاجتِه وهو متضرِّعٌ إلى ربِّه ، فإذا تحقَّق مطلبُه أعرض ونأى بجانبِه ، واللهُ عزَّ وجلَّ لا يُلعبُ عليه كما يُلعبُ على الولدانِ ، ولا يُخادعُ كما يُخادعُ الطفلُ

terj: Secara umumnya, orang memohon kepada Allah ketika dia terdesak, lalu dia memohon dengan penuh hina dina kepada Tuhannya. Apabila hajatnya dah tercapai, lantas dia pun berpaling dan menjauhi akan Dia. Akan tetapi Allah tidak boleh dipermainkan sebagaimana kita permainkan  bayi atau tidak boleh menipu sebagaimana budak kecil ditipu..

يُخَادِعُونَ اللّهَ وَهُوَ خَادِعُهُمْ
AQS an-Nisaa', 4:142 [(mereka bermaksud) menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka]
Nota: amalan berhajatkan Allah hanya ketika dilanda musibah, adalah amalan yang merosakkan fitrah manusia itu sendiri..

 إنَّ الذين يلتجئون إلى اللهِ في وقتِ الصَّنائعِ ما همْ إلا تلاميذٌ لذاك الضالِّ المنحرفِ فرعون ، الذي قيل لهُ بعد فواتِ الأوانِ

terj: Sesungguhnya orang-orang yg berpaling kepada Allah pada waktu susah tidak ubah seperti anak murid si sesat lagi penderhaka, sang Fir`aun, di saat kematiannya, Allah berfirman kepadanya:
 آلآنَ وَقَدْ عَصَيْتَ قَبْلُ وَكُنتَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ
 
AQS Yunus,10:91 [Apakah sekarang (baru kamu percaya), padahal sesungguhnya kamu telah durhaka sejak dahulu, dan kamu termasuk orang-orang yang berbuat kerusakan].

Sunday, May 20, 2012

Shoutbox Blog digantung seketika

Oleh kerana Lanun peliharaan kembali mengganggu Chatbox dengan komen-komen spam dan sarkastik/character assassination, maka ruangan Chatbox digantung seketika. Sesiapa yang ingin menghubungi Penulis boleh gunakan Forum Bicara di sebelah.
 

fibox

 Mintak jasa baik Admin utk mencari shoutbox yang boleh moderate dan BAN lanun dan intruders...

La Tahzan 168-1: Fitrah Allah, (SQ) فطرة اللهِ

إذا اشتدَّ الظلامُ وزمجر الرَّعْدُ وقصفتِ الريحُ، استيقظتِ الفطرةُ

terj: (Penanda aras ujudnya fitrah (yang diciptakan Allah) dalam diri manusia atau potensi mereka untuk beriman atau spiritual quotient (SQ) ialah bila kegelapan malam semakin pekat, petir sabung menyabung, dan ribut taufan melanda, maka bangkitlah fitrah, sebagaimana diberitahu dalam al-Qur'an:

جَاءتْهَا رِيحٌ عَاصِفٌ وَجَاءهُمُ الْمَوْجُ مِن كُلِّ مَكَانٍ وَظَنُّواْ أَنَّهُمْ أُحِيطَ بِهِمْ دَعَوُاْ اللّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ
AQS Yunus, 10: 22 [datanglah angin badai, dan (apabila) gelombang dari segenap penjuru menimpanya, dan mereka yakin bahwa mereka telah terkepung (bahaya), maka mereka berdo'a kepada Allah dengan mengikhlaskan keta'atan kepada-Nya semata-mata]
Nota: Walaupun seorang itu adalah ateis (tidak percaya akan keujudan Tuhan), namun bila ia berada di saat kecemasan yang memuncak, misalnya tsunami atau kapalterbang yang sedang menjunam, maka ketika itu fitrah manusia akan memekik menyeru Tuhan. Ini membuktikan fitrah sebenar manusia ialah mereka dibekalkan dengan potensi untuk beriman.
 غَيْرَ أنَّ المسلم يدعو ربَّه في الشدَّةِ والرخاءِ ، والسراءِ والضراءِ
terj: akan tetapi si muslim tentu sekali dia akan berdoa kepada Tuhan-nya dalam apa jua keadaan, ketika bencana dan aman,  dan juga ketika suka dan duka.
فَلَوْلَا أَنَّهُ كَانَ مِنْ الْمُسَبِّحِينَ{143} لَلَبِثَ فِي بَطْنِهِ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ

AQS ash-Shaffaat, 37: 143-144 [Maka kalau sekiranya dia tidak termasuk orang-orang yang banyak mengingat Allah, niscaya ia akan tetap tinggal di perut ikan itu sampai hari berbangkit].
Nota: ia mengenai kisah Nabi Yunus yang ditelan ikan yang  besar. Oleh kerana beliau sentiasa berdoa baik ketika senang atau susah, maka beliau terselamat dari berkubur dalam perut ikan.
 ---------------------------------------
*SQ=spiritual quotient

Saturday, May 19, 2012

Lapuran akhbar Arab (Egypt): syiah dihalang di Egypt

Lapuran akhbar al-Arabiya: 17 Mei 2012

لسلطات المصرية تغلق "حسينية" بعد افتتاحها بأيام

صادرت محتوياتها وأبلغت الموجودين فيها أن قرار الإغلاق نهائي

الخميس 26 جمادى الثانية 1433هـ - 17 مايو 2012م
terjemahnya:
Pihak berkuasa Egypt menutup mesjid Hosseiniyah selepas pembukaannya. Turut di rampas penerbitan, poster dan sibaran di dalamnya dan ia merupakan keputusan muktamad pihak berkuasa.

Ulama syiah Lebanon, Ali al-Koraani di markaz Hosseiniah

ذكرت مصادر موثوقة في القاهرة في اتصال مع "العربية" أن السلطات المصرية أغلقت الحسينية، التي افتتحها مؤخراً عالم الدين اللبناني علي الكوراني، المقيم في قم.
وقالت المصادر إن السلطات صادرت محتويات الحسينية من منشورات وملصقات وتسجيلات، وإنها أبلغت الموجودين فيها أن قرار الإغلاق نهائي.
وأثار افتتاح الحسينية قبل عدة أيام غضب الأزهر وفاعليات سنية اعتبرتها خطوة لنشر التشيع في مصر، فيما رأى القائمون عليها، أنها وسيلة لتعزيز التقريب بين المذاهب، على قاعدة مشتركة وهي حب أهل البيت.
وكان قد اجتمع عدد من الشيعة، بينهم نساء، في هذه الحسينية بالقاهرة، وضربوا على صدورهم ورتلوا قصائد رثاء إحياءً لذكرى مقتل عدد من أهل البيت في مناسبات اعتاد الشيعة، خصوصا في العراق وإيران وأفغانستان وباكستان ولبنان على إقامتها.
وكان الأزهر وعلماؤه وأعضاء مجمع البحوث الإسلامية‏ ووزارة الأوقاف‏ ونقابة الأشراف استنكروا زيارة قام بها إلى مصر رجل الدين الشيعي اللبناني الشيخ علي الكوراني، وعقده ندوات دينية خاصة داخل بيوت عدد من الشيعة بالقاهرة والمحافظات، وإلقاء محاضرات عن أهل البيت بحضور شيعة مصريين.
ورفض الأزهر ونقابة السادة الأشراف هذه الزيارة، واعتبروها تبشيرا بالمذهب الشيعي، و"خطا أحمر غير مقبول".
terj:
ringkasan:
Pihak berkuasa Egypt hari ini menutup mesjid syiah yang dinamakan "Husseiniyah" yang baru diresmikan oleh seorang ulamak syiah Lubnan, Ali al-Korani yang melawat Mesir baru-baru ini.
Turut dirampas ialah risalah, poster dan bahan rakaman dan pihak berkuasa penutupan mesjid itu adalah muktamad.

Tindakan pihak berkuasa mesir menimbulkan sedikit ketegangan dengan komuniti syiah, namun tindakan mereka membuka mesjid tersebut telah menimbulkan kemarahan
pihak al-Azhar kerana ia suatu percubaan mengembangkan ajaran syiah di Mesir, suatu tindakan yang tidak boleh diterima oleh rakyat Mesir.
Komen:
Nampaknya pendirian Egypt terhadap syiah adalah sama dengan Malaysia, yakni syiah tidak boleh dikembangkan di negara tersebut dan ia satu kesalahan di sisi undang2 Mesir.

syabas

Friday, May 18, 2012

Dr Datuk Arif Perkasa MAZA: Tahniah atau Takziah

Petikan Malaysia kini:
Bekas Mufti Negeri Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula ialah penerima tunggal anugerah Dato' Bergelar apabila dikurnai anugerah gelaran Datuk Arif Perkasa.
....majlis penyampaian anugerah dan pingat akan dilakukan secara berperingkat dengan siri pertama akan berlangsung di Istana Arau hari ini.
-- Bernama
www.malaysiakini.com/news/198173
Prof ad-Dr Datuk Arif Perkasa MAZA (hafizahuLlah)
Ulasan:

Terlebih dahulu, diucapkan sekalung tahniah kepada sahabat lama saya, Dr Maza kerana dianugrahkan Datuk Arif Perkasa dari DYMM Raja Perlis. Kekadang kita rasa berbelah bagi antara nak ucap tahniah atau takziah kepada agamawan yang dikurniakan darjah dan bintang kebesaran duniawi. Ini kerana darjah Datukship dan Tan Sriship, ia boleh menjadi madu dan juga racun kepada penerimanya. Madu, kerana datukship membolehkan seorang Da'iy dapat menembusi golongan elit untuk menyampaikan dakwah dan tajdid, maka dengan adanya Prof madya Doktor dan Datukship bersama, maka mudahlah seseorang da'iy memberi ilmu kepada golongan elit negara termasuk istana. Racunnya, gelaran dan anugrah adalah sesuatu yang dibenci oleh kaum salaf dan mereka menjauhinya. Ini kerana ia akan merosakkan hati kerana gelar dan anugrah ini akan sedikit demi sedikit akan merubah perilaku penerimanya kerana persepsi dan panggilan masyarakat ke atas mereka dalam jangka panjang.
Maka saya lebih suka Dr Maza yang lama tanpa datukship. Namun dalam pemerhatian saya kepada dua orang guru saya, Dato' Alim Setia Ahmad Libya Yusof dan Datuk Kaya Bakti Dahlan Mohd Zain, mereka berdua tidak berubah walaupun diberi gelaran Dato' oleh baginda Raja perlis. Mudah-mudahan Datuk Dr Maza juga akan dipelihara Allah walaupun sudah berstatus gelaran feudal malaya. Mabruk.

Lapuran akhbar Saudi (17 Mei)

Khadem Haramain al-Malik Abdullah ben Abdul Aziz al-Saud


Lapuran akhbar al-Jazeerah:
 لمملكة تحتفل اليوم بالذكرى السابعة لبيعة الشعب لمليكه استقرار ورخاء وإنجازات تعم أرجاء الوطن 
 
تعيش المملكة اليوم الخميس فرحة الذكرى السابعة لتولي خادم الحرمين الشريفين الملك عبد الله بن عبد العزيز مقاليد الحكم قائداً للمسيرة وراعياً للنهضة الحضارية المباركة.
فقبل سبع سنوات وفي مثل هذا اليوم من عام 1426هـ بايعَ الشعب السعودي قائده الملك عبد الله بن عبد العزيز وسمو ولي عهده الأمين على الولاء والإخلاص والسمع والطاعة والوقوف صفاً واحداً لبناء وطنهم وحمايته ورعايته وسط مسيرة من الإنجازات الحضارية والإنسانية المميزة.
وإذا كانت ذكرى البيعة هذا العام تمر والعالم من حولنا يموج بمشكلات سياسية واقتصادية تعصف بالكثير من دوله في شرقه وغربه فإن بلادنا - ولله الحمد - زادت رسوخاً واستقراراً سياسياً وازدهاراً اقتصادياً قلَّ أن يجد له العصر الحديث مثيلاً.

 Ringkasan:
Kesemua harian KSA hari ni memberi liputan meluas kepada sambutan upacara mempebaharui bai`ah tahunan sempena ulangtahun ke 7 naik takhta Khadem al-Haramain, King Abdullah ben Abdul Aziz al-Saud yang ditabalkan pada 17 Mei setiap tahun bersamaan 26 Jamadil Akhir.
Antara pencapaian terbesar Khadem Haramain ialah projek pembesaran Kota suci Makkah dan Madinah Tayyibah. Semalam Kota Mekah diisytiharkan projek Intelligent city atau bandaraya pintar (I-city) pertama di KSA

Kota Mekah mengalami pembesaran paling besar di bawah King Abdullah
Menara tertinggi dalam foto di atas ialah Menara Hotel Hilton yg menempatkan jam terbesar di dunia.

Raja Abdullah sedang melihat projek i-City Mekah

Pencapaian 7 tahun Khadem Haramain:
  • membuka lebih banyak peluang kpd wanita Saudi dalam kerjaya
  • membuka 17 IPTA baru di saudi (termasuk Jizan U)
  • menambah peruntukan terbesar utk pendidikan
  • SR 500 bilion utk program sosial dan perumahan