Sharing a nice quote in FB as a reminder/reflection to us…
Ia dikirim oleh isteri saya dalam e-mail hariannya kepadaku:
1. ‘A woman’s loyalty is tested when her man has nothing. A man’s loyalty is tested when he has everything’.
2. ‘Whenever you’re alone, remind yourself that Allah has sent everybody else away. So that there is only you and Him….’
Terj:
1. Kesetiaan wanita diuji bila suaminya tidak memiliki apa pun; kesetiaan lelaki teruji bila dia memiliki segalanya.
Ulasan: memang benar ini adalah ultimate test (ujian kemuncak) cinta antara suami dan isteri. Satu lagi pepatah melayu ialah "sayangkan isteri, tinggal-tinggalkan..."
Kata-kata di atas, berlaku kpd Nabi kita Muhammad saw. Cinta Khadijah mmg teruji kerana ketika dia menjadi isteri Muhammad, Nabi saw tidak memiliki apa-apa, baik harta atau kedudukan, seorang yatim dan membesar di rumah bapak saudaranya sahaja. Wanita kaya Quraish jatuh cinta kpd seorang leaki yg tidak ada apa-apa. Ini suatu ujian cinta yang amat agung. Kemudian giliran Nabi pulak diuji, bila baginda memiliki segalanya, selepas dilantik menjadi pesuruh Tuhan akhir zaman, Nabi berada di kemuncak dgn mukjizat yang paling besar, yakni AQ, namun cintanya tetap kepada Khadijah.
2. Apabila anda kesaorangan (terutama di perantauan), peringati dirimu bahwa Allah telah memisahkan setiap orang (yang anda kasihi) jauh dari anda, supaya yang tinggal hanyalah anda dan Dia.
Memang betul, aku masih memikirkan kenapa aku bersendirian di padang pasir Jizan, 10,000 KM dari bandar USJ, kota kosmopolitan yang ada segala-galanya...? Rupanya, Dia telah memanggilku utk dekat kepada-Nya sebelum aku dipanggil buat selama-lamanya. kemungkinan aku dulunya kurang solat malam, maka sekarang aku lebih giat lagi bersolat malam, dulu hanya dua mukasurat sehari yang sempat ku baca akan AQ, sekarang sudah banyak mukasurat dalam sehari...dulu aku belum cukup merasa nikmat berada di bawah "fi Dzilal al-Qur'an" (naungan al-Qur'an) sekarang, aku merasa nikmat berada di bawah naungan al-Qur'an. Benarlah kata syaikhul Islam Ibn Taymiyah ketika dia dibawa ke penjara, dia membaca ayat ini:
AQS al-Hadid, 57:13 [Lalu diadakan di antara mereka dinding yang mempunyai pintu. Di sebelah dalamnya ada rahmat dan di sebelah luarnya dari situ ada siksa].
Maksud Ibn Taymiyah, kekadang walaupun kehidupan penjara itu mengerikan bagi kita, namun bagi dia, kemungkinan ia suatu rahmat dan di luar penjara adalah siksaan buatnya.
Memang saya menghadapi banyak ujian ketika berada di Jazan, namun saya sentiasa ingat bahawa Bumi Hijaz (arab saudi) adalah tempat ujian, kebanyakan orang yang datang mengerjakan Haji pun mereka terkesan dengan ujian-ujian yg mereka hadapi berbanding dengan keseronokan yang mereka alami (ketika berada di Tanah Haram). Bahkan para sahabat dan Nabi saw sendiri menerima sebesar-besar ujian. Sekarang aku merasai cebisan dari ujian itu. Maka aku bersyukur kerana Allah mengambilku buat sementara untuk menguji kekuatan mental dan jiwaku...di bahang padang pasir Jazan.
No comments:
Post a Comment