Thursday, May 10, 2012

Jem teruk di Jazan

Jazan, 10 May 2012//19 J'Akhir 1433

Semalam selepas waktu tamat pejabat, saya dan sahabat saya Dr Solah Mahmud dari Egypt menaiki teksi utk pulang. Sebaik saja berlepas dari kampus, jalan sudah sesak atau jem teruk. Semenjak sampai di Jizan, tak pernah saya alami sebarang jenis trafik jem spt di KL. Biasanya perjalanan ke rumah hanya dalam 20-30 minit sahaja, tapi disegenap trafik ada penutupan jalan, polis dan tentera ada di mana-mana saja. Ia mendatangkan sedikit ketakutan kpd saya kerana Jazan adalah bersempadan dengan Yemen. Drebar teksi, brerbangsa Pakistan memberi tahu, sekarang ialah ketibaan menteri pertahanan Saudi Arabia yang dalam rangka lawatan resmi ke Jazan untuk meninjau aspek keselamatan di sempadan Yaman. Nasib baik kecekapan drebar teksi yg pandai mencari jalan pintas, maka saya sampai ke apartment 1 jam 30 minit kemudian.
Bila saya buka akhbar hari ini mmg sah, Jazan semalam mmg jem teruk kerana penutupan banyak jalan kerana lawatan Prince Salman.

Ketibaan Prince Salman ben Abdel Aziz ke Jazan


prince salman dalam upacara militeri di Jizan
Lapuran akhbar al-Bilad:
زار صاحب السمو الملكي الأمير سلمان بن عبدالعزيز وزير الدفاع أمس القوات المسلحة في الخوبة بمنطقة جازان.
وكان في استقبال سموه لدى وصوله ميدان العرض العسكري معالي رئيس هيئة الأركان العامة الفريق أول ركن حسين القبيل وقائد المنطقة الجنوبية اللواء ركن عبدالله العمري، وقائد قوة جازان اللواء ركن حسين معلوي.
وفور وصول سموه استقل عربة مكشوفة حيث استعرض تشكيلا من وحدات قوة جازان
.

terj:
Prince Salman ben Abdul Aziz, Menteri pertahanan KSA  dalam lawatan ke al-Khobah di Jazan. Ketibaan beliau disambut oleh Panglima angkatan tentera Saudi, Chief of Staff, Husin al-Qubail, Panglima Kawasan Selatan, Maj Gen. Abdullah al-`Amri dan Panglina tentera Jazan, Maj Gen Husin Ma`alawi. Sebaik sahaja tiba beliau telah memeriksa kor kehormat pasukan keselamatan Jazan. Kemudian, beliau diraikan dgn jamuan makan tengahari oleh Gabenur Jazan, Prince Muhammad bin Nasser al-Saud. sebelum berlepas pulang ke Riyadh.

No comments: