Wednesday, May 23, 2012

Lapuran dari Timur Tengah

Berita paling hot di Timur Tengah ialah PRU Presiden Egypt.
 القاهرة - أحمد عثمان احتشد آلاف المصريين صباح اليوم الأربعاء أمام مراكز الاقتراع للإدلاء بأصواتهم في مختلف أنحاء الجمهورية لاختيار رئيس للجمهورية الثانية في حدث تاريخي غير مسبوق في الحياة السياسية المصرية.

وفتحت مراكز الاقتراع أبوابها في تمام الثامنة صباحاً بتوقيت مصر أمام نحو 51 مليون مصري لاختيار رئيسهم الجديد، فيما تأخر فتح لجان الاقتراع في مركز الحوامدية بمحافظة الجيزة، بسبب تأخر وصول مشرفي اللجان
.

Terj: Ribuan rakyat Egypt berbaris panjang untuk memilih presiden baru yang amat bersejarah dalam sejarah masa depan Egypt. Pusat2 mengundi di buka tepat jam 8:00 pagi waktu Egypt dan 51 juta pengundi berdaftar akan menunaikan hak mereka memilih presiden yg baru. (al-Arabiya Online news)


Inilah barisan calon Presiden Egypt Era Baru pasca Mubarak:

M.Mursi, Abd Muna'im, Amir Muusa, Ahmad Shafiq dan Hamdeen Sabbahi

5 Calon bertanding yang menemukan antara aliran Islamis vs Sekuler. Calon favourite ialah dari Ikhwan Muslimun, Dr Muhammad Mursi, PhD dari USA, manakala saingan terkuat ialah dari Dr Abdul Muna`im Abu Futuh adalah doktor perubatan, asalnya anggota Ikhwan tapi memilih untuk menjadi calon bebas. ia mendapat sokongan dari jentera Salafis di mesir. Manakala dua lagi adalah dari aliran sekuler yang dikatakan ada kaitan dgn regim sebelum ini. Amir Muusa adalah veteran dalam politik Mesir, mantan Presiden Liga Arab dan mantan Menteri Luar Mesir. Ahmad Syafiq adalah mantan Perdana Menteri Mesir semasa perlucutan kuasa Mubarak dan ia graduan dari Akademi Militeri Egypt dan dikatakan masih ada kaitan dengan regim Mubarak. Calon terakhir ialah Hamdeen Sabbahi, dari aliran Kiri atau Sosialis Nasseriyah yang tidak diberi harapan kuat utk menang.


M_Mursi dari Ikhwan menggunakan lambang BN..hehehe
calon Ikhwan, Mohammad Mursi dianggap calon favourite kerana rangkaian jentera pilihanraya Ikhwan yang berdisiplin dan bekerja dengan keras sekali.


Mudah-mudahan dengan revolusi Mesir yang bermula 15 bulan dulu dan hampir melumpuhkan ekonomi Egypt akan dapat di tamatkan dengan pemilihan Presiden yg baru dan menamatkan kuasa tentera di Mesir.

1 comment:

Ummuyaser said...

Salam, Sheikh, nak tergelak tengok lambang BN tuu....