Mei 16 2012//24 J'Akhir 1433, Hotel Hayat, Jizan City
Mesyuarat antara Fakulti Pendidikan Jazan bersama wakil NCAAA (National Commission for Academic Accreditation and Assessment, atau Suruhanjaya kebangsaan Akreditasi dan Penilaian Akademik ( الهيئة الوطنية للتقويم والاعتماد الأكاديمي - "al-Hai'ah al-Wathaniah liTaqwim wa I`timaad al-Akademi') yang beribu pejabat di Riyadh, KSA. Ia merupakan badan yang mengawal selia urusan akreditasi dan mutu pendidikan di seluruh KSA.
NCAAA diwakili oleh juruperundingnya Prof Dr Scott Jackson Dantley, yang dipinjamkan dari Maryland USA. Mesyuarat kali ini adalah fokus kepada satu Fakulti sahaja iaitu Akreditasi Fakulti Pendidikan Jazan Universiti yang dihadiri oleh Rektor Universiti, Prof Dr Hayazi, Dekan Pembangunan Akademik,. Prof Dr Mohd Aqeel, Dekan Fakulti Pendidikan, Prof Dr Mohd Abu Razin, dan Profesor2 kanan fakulti Pendidikan juga termasuk beberapa profesor wanita mereka telah berlangsung pada 15 Mei di Hotel Hayat Jizan. Saya hadir sebagai staff Akademic Development bertujuan memahami proses akreditasi NCAAA.
|
Prof Dr Scott dari NCAAA |
Dr Scott menyampai kriteria-kriteria yang dikehendaki NCAAA yang mesti diikuti oleh fakulti Pendidikan Jazan U.
|
Dekan Fakulti Pendidikan, Rektor JU dan Dekan Akademik Development |
Majlis mesyuarat diresmikan oleh Rektor Prof Dr. Mohamed al-Hayazi (tengah) diapit oleh Prof Dr Mohamed Abu Razin (Dekan Fakulti Pendidikan) dan Prof Dr Mohd Aqeel (dekan Akademik Development) kiri, Boss saya.
|
Profesor dan dekan sedang berbincang dengan Dr Scott (NCAAA) |
|
Makan tengahari, menu seafood special 5 course |
|
Thtl tali leher merah bersama Dr Mahmood (Egypt) |
5 course lunch, antaranya roti nan Jazan bersama humus, kemudian nasi, udang cheese dan ikan Merah Jazan. Bab makan, budaya arab memang lavish sekali.
|
Thtl bersama Dr Scott, juga Rektor JU, Dr Mohd Ali Hayazi |
Dr Scott Jackson Dentley amat seronok kerana mengetahui saya graduan dari USA. Dia bertambah seronok kerana saya dah pernah melawat bandar Maryland utk makan ketam. Ini kerana bandar Maryland di USA adalah terkenal kerana banyaknya ketam.
No comments:
Post a Comment