Saturday, May 26, 2012

Hijrah ke KSA 29: solat Jumaat di Mesjid al-Malik Fahd Jizan

Jazan City, 25 May//4 Rajab

Hari bersolat Jumaat di Mesjid baru dan antara terbesar di Jazan, mesjid Raja al-Malik Fahd bin Abdul Aziz ala-Saud di Jazan.
Mesjid King Fahd di Jazan
Tajuk khutbah hari ni best seputar Bid`ah bulan Rejab. Khatib menjelaskan maksud bid'ah dan kemudian menyenaraikan beberapa bid`ah Rejab yang masih ada saki baki di saudi.
antaranya:
  • Puasa 1 Rejab
  • Puasa Khamis minggu pertama bulan nRejab
  • Puasa Nisfu Rejab
  • Puasa 27 Rejab
  • Solat Raghaib, pada malam Jumaat minggu pertama Rejab
  • Solat malam 27 Rejab
  • Umrah Rejab
  • Sembelihan bulan Rejab
Khatib menyeru supaya saki amalan tersebut di tinggalkan kerana puasa bulan Rejab boleh aje dilakukan spt mana bulan2 lain spt puasa Isnin-Khamis, puasa bulan putih dan puasa Daud. Bacaan dalam solat ialah surah al-Bayyinah yang bahagi dua dan lahjah bacaan Imam ada sikit seperti Imam al-Sudais di mesjidil Haram. Selepas solat ada solat Janazah.

Bersama Dr SA, foto tak clear kerana terlalu panas, 44 C
Mesjid King Fahad baru sebulan di buka dan diresmikan oleh Gabnur Jazan, prince Nasser al-Saud.

No comments: