سمعتُ هيئة الإذاعةِ البريطانيةِ تُخبرُ حين احتلَّ العراقُ الكويت: أن تاتشر رئيسة الوزراءِ البريطانية السابقة كانت في ولايةِ كلورادو الأمريكيةِ، فلما سمعتِ الخبر هُرِعتْ إلى الكنيسةِ وسجدتْ!
terj: Saya (al-Qarni) mendengar siaran radio BBC yang melapurkan ketika Iraq memasuki Kuwait (perang Iraq-Kuwait, tahun 1990), Margaret Thatcher, PM British ketika (Thatcher, 87 tahun adalah PM British dari 1979-1990) sedang bercuti di Colorado , USA. Sebaik saja mendengar lapuran itu, beliau terus bergegas ke gereja untuk bersembahyang.
ولا أفسرُ هذه الظاهرة إلا باستيقاظِ الفطرةِ عند مِثْلِ هؤلاءِ إلى فاطرِها عزَّ وجلَّ، مع كفرِهم وضلالِهم، لأنَّ النفوس مفطورةٌ على الإيمانِ بهِ تعالى
terj: apa yg saya dapat tafsirkan akan fenomena ini ialah bangunnya fitrah yang tersembunyi dalam diri mereka untuk kembali kepada Allah walaupun mereka sebenarnya berada dalam kekufuran dan kesesatan. Ini kerana jiwa-jiwa manusia memang diciptakan untuk beriman kepada Allah.Nota: Golongan cendekiawan Barat menamakan fenomena ini sebagai Spiritual Quotient (kepintaran spiritual oleh Prof. Danah Zohar dan Ian Marshal, Harvard dan Oxford), sebagaimana sabda Nabi saw:
al-Hadis Abu Hurairah ra:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ , أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , قَالَ : " كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ , فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ وَيُنَصِّرَانِهِ وَيُمَجِّسَانِهِ "
"Tidak ada seorang anak pun yang terlahir kecuali dia dilahirkan dalam keadaan fithrah. Maka kemudian kedua orang tuanyalah yang akan menjadikan anak itu menjadi Yahudi, Nashrani atau Majusi" (HR Bukhari no 1270 dan Muslim, no. 4803, kod Lidwa,Ina)
No comments:
Post a Comment