Tuesday, May 8, 2012

Poligami: Masih tak clear Hukum Asal perkahwinan ka (PN: Xifu N)

Hukum asal perkahwinan:

Kata Doc Fathi al-Sakandari:

Maka, jika seseorang bertanya kepada saya apakah hukum asal nikah? maka saya katakan: ulama berbeza pendapat dalam hal ini, tetapi mereka sepakat bahawa poligami itu harus, dan mereka juga sepakat bahawa poligami itu hanya bagi lelaki-lelaki yang mampu.
komen terbaru Xifu N:
 Saya paling suka komen di atas ini. TEPAT SEKALI. Cuba tanya diri anda mana yang lebih baik: 1) orang islam yang kaya atau orang islam yang miskin? 2] orang islam yang kuat atau orang islam yang lemah 3] orang islam yang MAMPU BERPOLIGAMI utk menolong dan meramaikan wanita2 yang nak menjadi ibu atau orang islam yang TIDAK MAMPU berpoligami yang terpaksa membiar lebih wanita2 hidup keseorangan tanpa zuriat?

USAH CITE hukum 'asal' secara teori sahaja dgn highlight isu 'keadilan'. cuba lihat gambaran yang lebih luas dan global krn islam itu adalah ad-din, bukan sekadar 'agama' yang terpisah dari kehidupan2 social yang lain.
  Radd:

1. Thread tu isu asalnya ada mamat tanya, apakah hukum asal Pernikahan?

Doc Fathi jawab, ulama' berkhilaf. Kita nak tanya balik, sejauh mana khilafnya?
Doc Fathi belum kawin. Xifu dah merasa 3-4 kali kawin dan cerai. Maka jika Dr Fathi nak kawin, apakah Fathi akan kawin 3-4 serentak? Xifu dulu kawin satu dulu atau kawin 2 serentak?
Jika khilaf, yg kata kata hukum asal perkahwinan adalah poligami adalah tiga orang je..ben Baz, ben Othaimin dan saleh al-Munajjid. manakala ulama lain semua kata monogami adalah asas perkahwinan.
Ini apa punya kaedah dalam berkhilaf...?
hakikat yg sebenar, di saudi pun, semua org kat sini, asalnya kawin satu dulu..mana ada org kawin 2 atau 3 serentak. Itu mmg kerja tak masuk akal.

2. Xifu bawa kes, bila seseorang muslim itu kemudiannya menjadi kaya atau gajinya semakin besar, dari gaji RM5K sebulan, menjadi RM50K sebulan.
Maka barulah apa yg xifu maksudkan make sense.
Namun xifu, di Malaysia, semakin kaya seseorang, kalau ikut culture di Malaysia, golongan kaya ini tidak berpoligami. contohnya, Raja2 Melayu semuanya monogamis. Menteri2 termasuk PM dan TPM tidak berpoligami, juga MB Kelantan dan MB kedah yg islamis. jadi hujah xifu bahawa org kaya malaysia patut berpoligami adalah tidak berasas. Drebar bas xpress, lori trelar dan teksi yg lebih banyak berpoligami di Kelantan. Tapi orahg kaya Malaysia memilih utk monogami. Kenapa xifu tak tanya..WHY WHY?

3. Statistik keseimbangan gender masih menunjukkan bilangan lelaki dan wanita masih seimbang di Malaysia.

No comments: