Jizan City, 30 Apr
Aku merasa amat sunyi dan bosan menginap di Resort al-Jory. Masalah utama di Resort adalah masalah internet yang selalu meragam. Keduanya, masalah makan/minum, kerana saya kena naik teksi untuk ke pekan mencari makanan. Akhirnya keluarga Dr SA dan Dr Asmah mempelawa saya menetap bersama mereka buat sementara waktu di apartment mereka di Abdullah Tobeigi..
|
Apartmen Abdullah Tobeigi Hayya Mathaar |
Apartment Dr SA adalah di tingkat dua dan ia adalah 4 bilik. Biliknya besar dan selesa, cuma bilik saya tiada aircond, maka ia agak panas, namun saya tidak kesunyian lagi. Hari-hari dah boleh makan nasi, ikan dan sayur...
|
Kawasan sekitar Apartment A. Tobeigi |
Setiap pagi saya akan menaiki kereta yang disewa khas ke Universiti, cajnya SR10. Manakala pulang, saya naik teksi dari Universiti sebab kat sana banyak teksi, tambang adalah standard SR 10. Waktu kerja di Jazan U ialah 8:00 pagi- 2 ptg, hari minggu ialah Khamis dan Jumaat.
|
Driver sewa khas |
Drebar yg menghantar saya setiap bagi ialah Ir Muhammad yang berasal dari Egypt. Dia asalnya kerja dgn STC (Saudi Telecom company) tapi baru2 ni dia kena pecat tanpa sebab. Maka untuk menyara kehidupannya buat sementara dia membawa kereta tambang. Seronok saya naik kereta bersamanya kerana saya dapat bersembang dalam bahasa arab.
|
Bersama Dr Mahmud Syed Solah di sebuah restoren Arab |
Dr Mahmud Syed adalah teman se pejabat saya, dia berasal juga dari Egypt, dari Bandaraya Iskandariah dan mendapat phD dari Kansas USA. Saya sudah akrab dengan beliau dan merupakan sparing saya dalam arabic.
No comments:
Post a Comment