Thursday, May 3, 2012

Travelog ke KSA #22: Itu ini di Jazan/Jizan (Air)

Berharganya se botol air
Jazan City, 03 May 2012// 12 Jamadil Thani 1433
 Berharganya air di Jazan
Setelah dua minggu berada di Jazan, KSA...baru aku benar-benar mengerti kenapa air amat bernilai di Arab Saudi. Air untuk kegunaan di rumah, mandi dan membasuh, memang dibekalkan secara percuma oleh Jabatan Bekalan air Arab Saudi, tetapi air utk minuman dan memasak, pengguna kena beli sendiri. Air lebih mahal dari harga petrol. seliter petrol baru berharga SR 60 sen tapi seliter air ialah SR 2.00. Jika membeli air bersih dari lori yg datang ke kawasan perumahan setiap minggu, lima liter pada harga SR 2.00. Setiap masa ketika musim panas yang kian memanas, kami di sini memerlukan air air dan air...kami perlu meminum air yang banyak setiap hari supaya tidak dehydration atau kehilangan cecair badan. Sekarang baru aku mengerti kenapa Nabi saw amat keras mengajar umat arab akan erti air dan jangan membazir air. Aku dapat rasakan penduduk arab memang amat menghargai air. Mereka jarang mandi dan mereka jarang membasuh kereta di sini. Maka aku lihat kereta-kereta mereka semuanya berdebu. Apabila aku membaca kitab La Tahzan, Dr Aidh al-Qarni menyatakan, kebahagian bagi kaum baduwi ialah bila mendapat segelas air dan sepotong roti, mereka adalah manusia paling bahagia. Ya, memang betul, bila aku dapat sebotol air, maka aku dapat rasakan nikmatnya. Ini kali pertama, aku merasai betul2 nikmat air putih.


Sedekah Jariah paling ketara di Jizan
Di tepi kebanyakan bangunan dan apartment di Jazan akan dibina dispenser air bertapis percuma seperti di atas. Orang kaya Jazan berlumba-lumba membina dispenser air percuma ini kerana mereka sejak turun menurun berlumba-lumba ingin menyediakan tempat air minum percuma kpd manusia. Inilah keistimewaan umat arab. Di sinilah pekerja-pekerja India, Bangla dan pakistani mendapatkan bekalan air bersih percuma tanpa mengeluarkan belanja. Maka berhati-hatlah duhai rakyat Malaysiaku, hargailah sumber air kita...

1 comment:

yat said...

malaysia bazir air gila babeng, nak ambik wuduk bukak dulu bagi mengalir, bukak jam, bukak ketayap, betul2 phone dulu, air dah mengalir banyk, baru ambik wuduk, bukak pulak sekuat alam....