منْ يعلمْ أنَّ هذا بقضاءٍ وقدرٍ ، يهدِ قلبه للرضا والتسليمِ أو نحو ذلك
terj: Orang yang menyedari semua ini (apa yang berlaku ke atas diri kita) berlaku berdasarkan ketentuan Qadha' dan Qadar, maka Allah akan menunjukkan hatinya untuk redha dan taslim (berserah diri)
Firman Allah:
وَيَضَعُ عَنْهُمْ إِصْرَهُمْ وَالأَغْلاَلَ الَّتِي كَانَتْ عَلَيْهِمْ
AQS al-A'raaf, 07:157 [dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka]
Sebuah syair Arab:
وأعلمُ أني لم تُصِبْني مصيبةٌ مِن الله إلا قدْ أصابتْ فتىً قبلي
Ku sedari bahawa tiada suatu musibah pun dari Allah yang menimpa diriku
melainkan musibah itu telah menimpa orang lain sebelumku
Nota: apa jua musibah, ia bukan benda baru. Jika kita kena acccident, accident juga pernah menimpa kawan kita sebelum ini, jiran kita pun pernah mengalaminya. Ada sebahagian manusia terkena tsunami, sudah ada manusia yang pernah terkena tsunami sebelumnya. Begitulah berulangnya takdir Allah atas manusia.
No comments:
Post a Comment