retaining wall, Pusat e-Learning JU |
Tidak banyak perkembangan kerana hari ni baru medical report (ujian kesihatan) saya siap dari Jazan General Hospital. Alhamdulillah, lapuran kesihatan saya lulus 100%, malah lebih baik dari lapuran medical dari Selangor Specialist Centre. Ini menunjukkan cuaca panas Jazan telah membakar lemak-lemak dalam badan saya. Kat sini kita akan cepat lapar dan dahaga kerana suhu panas dan kering. Oleh kerana medical sudah siap, esok saya akan menandatangani kontrak kerja dengan JU secara resmi pada sebelah pagi. Saya meminta kontrak percubaan dulu dari bulan April - Ogos 2012. Kontrak fasa kedua pula dari September 2012- June 2013 jika saya merasa selesa bekerja di JU.
Inilah cara kerja di KSA, bayangkan saya sudah hampir sebulan bekerja, kontrak kerja belum sign, kad Iqamah belum ada, gaji belum tahu bila depa nak bayar. Inilah budaya kerja KSA dan kita kena banyak bersabar dgn karenah mereka.
Saya akan bekerja sampai awal Ramadhan dan dijangka akan pulang bercuti untuk puasa dan Raya ke Malaysia. Ada ura-ura saya mungkin akan dihantar ke USA dalam bulan Jun atau kursus NCAAA di Bandaraya Riyadh juga, belum pasti yang mana satu. Saya juga merancang membuat umrah bersama family Melayu di Jizan pada 16 Mei ini, InsyaAllah jika MyKad Saudi saya siap nanti. Tanpa MYkad Saudi, saya tidak boleh mengembara ke seluruh KSA dgn bebas. MYKad Saudi ialah Kad Iqamah atau Kad Expatriate (pekerja asing) yg valid untuk 2 tahun di KSA. Jika Kad Iqamah saya tidak siap, maka saya akan mengerjakan umrah pada hujung Mei. Ini kerana pada bulan Jun, Mekah sudah amat panas kerana musim summer sudah bermula.
Pemandangan sekitar Jazan:
Padang bola di jazan semuanya pasir |
Korma tubuh subur tapi tak berbuah |
Pokok korma boleh hidup di Jazan, tapi kerana cuacanya yg panas dan tiada hujan langsung dan ditepi laut pulak, maka ia tidak berbuah. Maka terpaksalah makan korma dari daerah yg berdekatan. Jumpa lagi...
No comments:
Post a Comment