Thursday, May 3, 2012

Hijrah ke KSA 21: Workshop di Hyat Jazan

 02 May 2012, Gizan City, KSA

Tajuk Workshop di Hyat Hotel Jazan
 Hari merupakan hari bersejarah kerana saya mengendalikan bengkel Akreditasi pertama utk kakitangan JU. Workshop " Faculty Evaluation and Business Process in Institutes of Higher Education: an NCAAA perpective" ia merupakan persiapan awal JU ke arah mendapat akreditasi dari NCAAA (suruhanjaya Arab Saudi yang mengawal selia mutu pendidikan tinggi seluruh IPTA di KSA).

Dekan saya, Dr Ibrahim Aqeel
Majlis diresmikan oleh boss saya atau Dekan Akademic Development, Dr Mohamed Ibrahim Aqeel, anak jati Jizan dan mendapat phD dari Australia. Dr Mohd memperkenalkan saya kepada staff Jazan.
Presenter:


 Pengendali Bengkel ini ialah Dr Declan Persam (dari Canada) utk sesi pagi dan thtl utk sesi petang.

suasana peserta:

Giliran saya mengerndalikan Bengkel, nak kasi nampak ciri profesional Malaysia, maka saya berbusana business suit.

Sedang membuat ujian suara dan peralatan audio-visual
Makan tengahari dilewatkan ke jam 3 petang sebab depa kasi makanan berat ketika break jam 10:30 pagi. Bersurai jam 4 ptg. Alhamdulillah lega sebab peserta nampak excited dengan kehadiran saya untuk membantu JU mendapat akreditasi dari NCAAA.
* minta maaf kerana foto agak malap. Ini disebabkan suasana dewan banquet dimalapkan utk keberkesanan projection.

No comments: