Jumaat 11 May//20 J'Akhir
|
Mesjid al-Falah, Jazan |
Hari ni solat di mesjid al-Falah (teringat Mesjid al-Falah, USJ9) lebih kurang 2 KM dari apartment. Pergi dgn teksi. Uniknya teksi di Jazan, kalau ke mesjid hari Jumaat semuanya free of charge. Drebar teksi pun nak buat pahala juga. Kalau di Malaysia, ada disediakan pisang tapi di mesjid al-Falah disediakan air mineral dalam botol bersaiz 0.33 liter di belakang mesjid dalam beg plastik. Khutbah hari ni pasal amanah dan ayat yg dikupas ialah dari surah al-Anfal
AQ 8:27 [Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui]
|
Suasana dalam mesjid al-Falah |
Sebelah pagi Khamis (semalam) melawat kawasan bersejarah di Jazan
|
sampel rumah tradisional kaum badui Jazan |
Rumah kaum badui Jazan yang diperbuat dari bongkah batu, cuma satu bilik sahaja.
|
Sebuah Jeti lama di pantai Jazan dikekalkan sbg sejarah |
|
Kota Lama di tepi lereng bukit di Jazan semasa empayar Islam |
|
suasana sebuah wadi di pinggir Jazan sbg tempat tourism |
No comments:
Post a Comment