إنِّها إرادةُ الإيمانِ، وقوةُ اليقينِ، وسلطانُ التوحيدِ. هذهِ الإرادةُ هي التي أوحتْ إلى سحرةِ فرعون وقدْ آمنوا باللهِ ربِّ العالمين في لحظةِ الصراعِ العالميِّ بين موسى وفرعون، قالوا لفرعون
Terj: (Orang yg bertekad waja) adalah suatu tuntutan iman, kekuatan keyakinan dan pengaruh tawhid. Tekad inilah yang menjadi pendorong kepada tukang sihir kepada Fir'aun. Mereka terketuk untuk beriman kepada Allah, Tuhan semesta alam ketika mereka terperangkap dalam pertarungan antara Musa (kebenaran) dan Fir'aun (kebatilan). (Akhirnya) mereka (bulatkan tekad) utk berkata kpd Fira'un:قَالُوا لَن نُّؤْثِرَكَ عَلَى مَا جَاءنَا مِنَ الْبَيِّنَاتِ وَالَّذِي فَطَرَنَا فَاقْضِ مَا أَنتَ قَاضٍ
AQS Thaha, 20:72 [Mereka berkata: "Kami sekali-kali tidak akan mengutamakan kamu daripada bukti-bukti yang nyata (mukjizat), yang telah datang kepada kami dan daripada Tuhan yang telah menciptakan kami; maka putuskanlah apa yang hendak kamu putuskan]
وهو التحدّي الذي ما سُمع بمثلِهِ ، وأصبح عليهمْ أنْ يؤدُّوا هذه الرسالة في هذه اللحظةِ ، وأنْ يبلِّغوا الكلمة الصادقة القوية إلى هذا الملحدِ الجبارِ
Terj: Ini suatu pertembungan yang jarang-jarang didengari. (ini kerana menentang Firaun bermakna maut padahnya). Ketika itu mereka (tukang2 sihir) merasa terpanggil utk menyampaikan Risalah, kalimah yang benar lagi padu (Kalimah tawhid) kepada Penguasa Ateis dan Diktator (spt Fir'aun).
Nota: Jika anda memiliki peluang untuk menyampai agama dalam bentuk tazkirah di pejabat anda, maka perkuatkan semangat untuk menyampaikan sesuatu dari agama Allah. Ini kerana ada orang yang sanggup mati jika mereka dapat menyatakan yang hak, sedangkan anda belum pun sampai ke tahap itu.
Nota: Jika anda memiliki peluang untuk menyampai agama dalam bentuk tazkirah di pejabat anda, maka perkuatkan semangat untuk menyampaikan sesuatu dari agama Allah. Ini kerana ada orang yang sanggup mati jika mereka dapat menyatakan yang hak, sedangkan anda belum pun sampai ke tahap itu.
No comments:
Post a Comment