Jazan City, 10 May, 2012// 19 J'Akhir 1433
Hujung Minggu di KSA ialah Khamis dan Jumaat.
Petang khamis selepas asar, saya dan family Dr SA meronda-ronda ke down town (bandar lama Jazan), yg dinamakan
Suuq Dakhili (Bazaar Downtown)
|
Pemandangan dalam Suq Dakhili |
Bazar lama ni sama dengan Chow Kit la. Barangan banyak juga dari Malaysia dan Indonesia, tapi Made in China mmg paling banyak. Madu Yaman juga ada dijual pada harga SR300 sekilo.
|
Deretan kedai emas di Suuq Dakhili |
Deretan Kedai Emas. Emas agak murah di Jazan dan saya perhatikan kesemua kedai emas di sini tidak ada 'security guard' menjaganya. Begitulah amannya Jazan dari perompak. Kemungkinan hukuman potong tangan secara bersilang terhadap perompak, menyebabkan tiada perompak di sini.Waktu siang bazaar lama ni tidak berapa aktif tapi selepas Maghrib ia akan sesak dengan orang ramai..sebabnya waktu siang panas dan malam ia lebih dingin suhunya.
|
Pemandangan luar suq |
|
|
|
|
Teksi Jizan, Dr SA sedang bayar tambang |
Dari Old town saya bergerak ke
Kadi Mall, utk dinner dan groceris di Superstore Farms menggunakan teksi. Kebanyakan teksi di Jizan menggunakan model Korea jenis Hyundai Elantra. Drebar teksi yg membawa kami ialah Akram dari India. Baik orangnya; dikatakan pemandu teksi Jazan yang paling bagus ialah dari India berbanding drebar Bangla dan Pakistani.
|
Farms Superstore dalam Kadi Mall, Jizan |
Inilah Kadi Mall, antara tiga Mall yang ada di Jazan. Farms Superstore adalah sebesar Giants di Malaysia. Kami dinner dgn makan roti tempayan Yaman dan Ayam sizzling in tomato soup.
|
Musalla dalam Kadi Mall begitu besar.. |
Selepas dinner, azan maghrib bergema di Mall. Polis amar makruf nahy mungkar membuart rondaan di pasar raya dan kawasan food court mengarahkan semua kedai ditutup, begitulah strict (ketatnya) undang2 penguatkuasaan solat di KSA.
No comments:
Post a Comment