إذا اشتدَّ الظلامُ وزمجر الرَّعْدُ وقصفتِ الريحُ، استيقظتِ الفطرةُ
terj: (Penanda aras ujudnya fitrah (yang diciptakan Allah) dalam diri manusia atau potensi mereka untuk beriman atau spiritual quotient (SQ) ialah bila kegelapan malam semakin pekat, petir sabung menyabung, dan ribut taufan melanda, maka bangkitlah fitrah, sebagaimana diberitahu dalam al-Qur'an:
جَاءتْهَا رِيحٌ عَاصِفٌ وَجَاءهُمُ الْمَوْجُ مِن كُلِّ مَكَانٍ وَظَنُّواْ أَنَّهُمْ أُحِيطَ بِهِمْ دَعَوُاْ اللّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ
AQS Yunus, 10: 22 [datanglah angin badai, dan (apabila) gelombang dari segenap penjuru menimpanya, dan mereka yakin bahwa mereka telah terkepung (bahaya), maka mereka berdo'a kepada Allah dengan mengikhlaskan keta'atan kepada-Nya semata-mata]
Nota: Walaupun seorang itu adalah ateis (tidak percaya akan keujudan Tuhan), namun bila ia berada di saat kecemasan yang memuncak, misalnya tsunami atau kapalterbang yang sedang menjunam, maka ketika itu fitrah manusia akan memekik menyeru Tuhan. Ini membuktikan fitrah sebenar manusia ialah mereka dibekalkan dengan potensi untuk beriman.
غَيْرَ أنَّ المسلم يدعو ربَّه في الشدَّةِ والرخاءِ ، والسراءِ والضراءِ
terj: akan tetapi si muslim tentu sekali dia akan berdoa kepada Tuhan-nya dalam apa jua keadaan, ketika bencana dan aman, dan juga ketika suka dan duka.
فَلَوْلَا أَنَّهُ كَانَ مِنْ الْمُسَبِّحِينَ{143} لَلَبِثَ فِي بَطْنِهِ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ
AQS ash-Shaffaat, 37: 143-144 [Maka kalau sekiranya dia tidak termasuk orang-orang yang banyak mengingat Allah, niscaya ia akan tetap tinggal di perut ikan itu sampai hari berbangkit].
Nota: ia mengenai kisah Nabi Yunus yang ditelan ikan yang besar. Oleh kerana beliau sentiasa berdoa baik ketika senang atau susah, maka beliau terselamat dari berkubur dalam perut ikan.
Nota: ia mengenai kisah Nabi Yunus yang ditelan ikan yang besar. Oleh kerana beliau sentiasa berdoa baik ketika senang atau susah, maka beliau terselamat dari berkubur dalam perut ikan.
*SQ=spiritual quotient
No comments:
Post a Comment