في مذكّراتِ (جولدا مائير) اليهوديةِ، بعنوان (الحقد): فإذا هي في مرحلةٍ منْ مراحلِ حياتِها تعملُ ستَّ عشرة ساعةً بلا انقطاعٍ، في خدمةِ مبادئِها الضّالَّةِ وأفكارِها المنحرفةِ، حتى أوجدتْ مع (بن جوريون) دولةً، ومنْ شاء فلينظُرْ كتابها
terj: Dalam Biografinya (muzakirat), mantan PM Yahudi, Golda Meir (m.1978, PM Israel dari 1969-1974) yang bertajuk "My Life" memaparkan satu tahap dalam kehidupannya, di mana beliau pernah bekerja 16 jam tanpa rehat memperjuangkan ideologi sesatnya (Zionisme) sehingga beliau berjaya mendirikan negara (haram) Israel bersama dengan David Ben Gurion (m. 1973, PM pertama Israel)
ورأيتُ ألوفاً منْ أبناءِ المسلمين لا يعملون ولو ساعةً واحدةً ، إنما همْ في لهو وأكلٍ وشُربٍ ونومٍ وضياعٍ
terj: Lantas saya melihat ribuan umat Islam yang enggan bekerja walaupun 1 jam sehari (untuk agama mereka). Mereka asyik bermain, makan, minum, tidur dan menghabiskan waktu dengan sia-sia.
Nota: Saya melihat pekerja2 di JU, waktu bekerja di sini dari 8:00 pagi-2 ptg, namun hakikat sebenar mereka bekerja mungkin 1-2 jam sahaja sehari. Bandingkan bangsa yahudi seperti Golda Meir yang bekerja keras 16 jam sehari untuk memperjuangkan zionisme, atau umat Jepun dan Korea yang bekerja sampai ke malam dan bandingkan dengan jumlah jam kerja kita..maka di situlah punca kekalahan kita dengan musuh kita. Hakikatnya, mereka bekerja jauh lebih kuat dari kita.
مَا لَكُمْ إِذَا قِيلَ لَكُمُ انفِرُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ اثَّاقَلْتُمْ إِلَى الأَرْضِ
AQS at-Tawbah,09: 38 [apakah sebabnya bila dikatakan kepadamu: "Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah" kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu]
1 comment:
Betul 3x.
Bila ana tengok video dokumentari perang Arab -Israel 1967 (Six Day War), memang kelebihan rakyat israel depa ni tekun, dedikasi & inovatif. Lawan pulak pak arab yg cakap gegar2 tapi tidak mempunyai perancangan yang mantop, memang hancus.
Betul lah maksud kata Rasulullah s.a.w, kita bagaikan hidangan yang dilahap/kerumun.
Post a Comment