لا تحزنْ على تأخُّر الرِّزقِ ، فإنِّه بأجلٍ مسمّىً
Terj: Jangan Bersedih kerana ditangguhkan rezki, Ini kerana bila tiba masanya anda akan dapat juga (jika sudah tertulis buat anda)
الذي يستعجلُ نصيبه من الرِّزقِ ، ويبادرُ الزمن ، ويقلقُ منْ تأخُّرِ رغباتِه ، كالذي يسابقُ الإمام في الصلاةِ ، ويعلُم أنَّه لا يسلِّمُ إلا بعْد الإمام! فالأمورُ والأرزاقُ مقدَّرةٌ ، فُرِغ منها قبل خلْقِ الخليقةِ ، بخمسين ألف سنةٍ
terj: Orang yang tergesa-gesa menunggu ketibaan rezkinya, keluh kesah kerana kesenangannya tidak kunjung tiba; adalah seumpama makmum yang mendahului Imamnya dalam solat (berjama`ah); padahal dia tahu yang dia tidak boleh mendahului imam memberi salam terlebih dahulu. Seluruh urusan manusia dan rezki sudah ditakdirkan 50,000 tahun sebelum terjadinya penciptaan itu sendiri.أَتَى أَمْرُ اللّهِ فَلاَ تَسْتَعْجِلُوهُ
AQS an-Nahl, 16:01[Telah pasti datangnya ketetapan Allah maka janganlah kamu meminta agar disegerakan (datang)nya]
وَإِن يُرِدْكَ بِخَيْرٍ فَلاَ رَآدَّ لِفَضْلِهِ
AQS Yunus,10:107 [Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tak ada yang dapat menolak kurniaNya]
Nota: La Tahzan kali ni fokus kepada mereka yang bersedih kerana rezki yang sempit, kehidupan yang susah, peluang-peluang yang tertutup dan mereka sudah merasa kecewa untuk meminta dari Tuhan lagi. Mereka merasa hairan dengan mudahnya para jutawan dan hartawan meluncur dengan kereta mewah mereka dan memiliki beberapa isteri, melancung ke seluruh dunia dan mengerjakan umrah saban tahun, tapi kenapa aku begini susah, kenapa aku harus merantau jauh utk mencari rezki? Jawapannya: Allah telah menyusun takdirnya begitu, namun anda janganlah merasa putus asa untuk terus berusaha dan berdoa tanpa jemu.
*La Tahzan e-book, ms 257 (upload Ali Nayef al-Syuhood, saaid.net)
5 comments:
Jazakallahukhair terhadap peringatan ini, kena tepat pada masanya, sebak daku membacanya
TQ COO...terimakasih kpd Dr Aidh al-Qarni...sedang menanti peluang nak jumpa dia, pesta buku Riyadh bulan Jun ni...
saya pun sebak juga bila duk type...nak cari rezki Allah hingga travel 10,000 KM dari Malaysia..huhuhu, tinggal anak bini...gitulah bila Allah dah tulis 50,000 tahun yg lalu...
Allahu Akbar...syukran jazilan Sheikh, kebetulan saya sedang risau mengenangkan sahabat baik yang sekian lama terputus sumber pendapatan. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul....semoga Allah permudahkan lah rezki sahabat ku itu...ameen
Semoga Allah merahmati THTL kerana memanjangkan pesanan ini buat orang-orang diluar sana.
tak sangka juga ada yg tersentuh dengan coretan Dr Aidh al-Qarni pasal susahnya nak dapat rezki bagi sebahagian dari kita...
Post a Comment