Seluruh dunia merasa perit dengan peningkatan kos bahan bakar (petrol dan gas), namun di Saudi dan Jazan, mereka tidak mengerti itu semua..lihat saja kereta orang Jazan....
|
Toyota Camry Avalon 3.5l, V6 |
|
Ford Expedition SUV 5.4l, V8 |
|
GMC Yukon, 5.3l, V8 |
|
Ford Edge SUV 3.7l, V6 |
|
Chevy Camaro Coupe 3.6l, 323BHP |
|
Ford Taurus 3.5l Twin Turbo, V6 |
Dengan harga petrol bersubsidi bawah 60 sen seliter, mereka tidak tahu seluruh dunia mengalami krisis bahanapi dan kesan rumah hijau ke atas planet bumi. Bukan kereta sahaja, bahkan semua peralatan elektrik, spt aircond, kipas dan lampu, org saudi masih menggunakan aircond jenis lama, kipas biasa dan lampu kalimantan bukannya jenis super power save atau teknologi inverter spt di Malaysia. Nampaknya warga saudi tidak didedahkan lagi kepada penjagaan alam sekitar dan penggunaan kuasa alternatif kepada gas atau teknologi hijau. Kereta Hybrid langsung tidak kelihatan.
Mengenai stail pemanduan di Jazan dan saudi, anda merasa bersyukur jika selamat sampai dan kembali kerana mereka memandu tanpa mempedulikan peraturan lalulintas, tiada siapa yang peduli dgn talipinggang keledar dan hampir kesemua pemandu bersembang dgn henfon semasa memandu dan potong que adalah aktiviti yg paling menyeronokkan bagi warga saudi. pendek kata hampir semua pemandu memandu macam rally driver atau F1. Bunyi hon kenderaaan tidak berhenti terutama di traffic light, sebaik sahaja lampu hijau, hampir kesemua kereta membunyikan Hon supaya kereta di hadapan bergerak sepantas kilat. Boleh kata hampir pasti di setiap trafik light di Jazan, akan ada kemalangan kerana mereka meredah ketika lampu kuning. Anda akan berfikir lima kali samada nak membeli kereta dan memandu di jalanraya Jizan....baru saya mengerti kenapa fatwa saudi mengharamkan wanita memandu di jalanraya saudi...anda mesti lihat cara mereka memandu....
5 comments:
mak aih, teruk jugak attitude memandu depa ni..takdak penguatkuasaan ka apa?
Kalau dah beli kereta kat sana, susah tak nak bawa balik ke Malaysia?
yat,
depa tak ada JPJ...Polis trafik pun macam buat dek je...
pendekar,
nak beli mmg murah, tapi panduan sebelah kiri daa, macam USA. lagipun CC kereta depa semuanya besau, jenuh nak bayar roadtax, kat saudi tak ada roadtax
kalau di Riyadh..pemandu agak berhati2..banyak camera dan saman serta merta ..tapi soal gaya pemanduan..mana2 negara arab camtu le,cairo lagi hebat..
syukran syaikh,mungkin status Riyadh sebagai Ibukota dan kalau gitu ia suatu benchmark yg baik utk warga saudi, mudah-mudahan ia akan sampai ke Jazan..sini mmg badui betul, no Law.
ana akan di hantar ke Jeddah dan Riyadh tak lama lagi utk kursus. nanti ana akan komen lanjut, tapi kalau kat Mekkah, cara memandu dan kelakuan drebarnya mmg sama dgn Jazan...
Post a Comment