Jazan University, 2015 Main Campus, sekarang 50% siap |
Tidak banyak updates dari JU sebab semua fakulti sedang menghadapi peperiksaan akhir semester dari 20 Mei-10 Jun 2012. Cuti semester di Jazan U bermula pada 13 Jun dan semester baru akan bermula pada 1 September 2012. Peperiksaan akhir cuma 50% sahaja dan 50% lagi adalah kerja kursus (assignments, test dan kajian semester). Pengajian di Jazan adalah percuma untuk warga Saudi dan setiap pelajar menerima elaun sarahidup sebanyak SR1,500 sebulan (udahlah yuran free, dapat elaun lagi). Jumlah pelajar sekarang ialah 57,000. dengan 13 fakulti. JU tidak ada fakulti pengajian Islam dan bahasa sebab ia sudah berlebihan di Saudi, ia cuma menumpukan kepada pendidikan, bisnes, keusahawanan, ICT, perubatan, farmasi, perakaunan, dan engineering. JU turut menawarkan pendidikan peringkat Community College dan matrikulasi. Bila ia siap sepenuhnya, ia akan membuka peluang pekerjaan yang amat besar kepada pensyarah Malaysia terutama pensyarah perempuan. Maka siapa yang ingin merasa kehidupan di KSA sebagai pensyarah, anda kena miliki phD mulai sekarang. Kelayakan minima pensyarah asing ialah phD sahaja.
Bangunan Chancellory dan pentadbiran utama JU, dalam pembinaan |
Bandaraya Jazan, dgn penduduk berjumlah 1.2 juta baru dibangunkan pada tahun 2005. Asalnya sebahagian dari wilayah Yaman, tapi selepas persempadanan semula, Jazan di serahkan kepada arab Saudi oleh Yaman. Bandar baru Jazan sepenuhnya dibangunkan di atas tanah yang ditebus guna dari laut Merah dan buat masa ini seluruh bandar Jizan sedang pesat dibangunkan sebagai sebuah bandar baru satelit di selatan KSA. Cuaca panas nyaman sepanjang tahun dan cuma amat panas pada bulan Jun dan Julai disertai ribut pasir yang agak kuat dan kerap. Buruh asing terbesar di Jazan ialah Bangladesh, Pakistan, India, Filipina dan Indonesia (namun buruh Filipina lebih ramai dari Indonesia). Pengangkutan utama di Jazan hanya teksi sahaja dan buat masa ini bekalan rumah, apartment dan flat amatlah terhad, mahal dan dijangka beransur mencukupi pada tahun 2013-2015.
Bekalan air percuma dibekalkan kerumah (mandi dan membasuh sahaja), namun bekalan air minuman hendaklah dibeli pada SR 2.00 seliter. Letrik cuma SR 20 sebulan, unlimited usage. Petrol ialah 50 sen seliter dan setangki penuh kereta 1.6 hanyalah SR 15.00 shj. Gaji di KSA adalah bersih tanpa cukai pendapatan dan potongan EPF atau socso. Harga barangan keperluan di supermarket hampir sama dengan Malaysia, cuma beras agak mahal sebab di sini beras hanyalah Basmathi sahaja. Minyak masak juga mahal sebab mereka menggunakan minyak zaitun dan minyak sunflower.
Bekalan air percuma dibekalkan kerumah (mandi dan membasuh sahaja), namun bekalan air minuman hendaklah dibeli pada SR 2.00 seliter. Letrik cuma SR 20 sebulan, unlimited usage. Petrol ialah 50 sen seliter dan setangki penuh kereta 1.6 hanyalah SR 15.00 shj. Gaji di KSA adalah bersih tanpa cukai pendapatan dan potongan EPF atau socso. Harga barangan keperluan di supermarket hampir sama dengan Malaysia, cuma beras agak mahal sebab di sini beras hanyalah Basmathi sahaja. Minyak masak juga mahal sebab mereka menggunakan minyak zaitun dan minyak sunflower.
5 comments:
travelog begini mengingatkan saya kenangan sangat manis ketika di kampus Univ Al-Imam Muhammad Ibnu Saud Riyard biarpun hanya sebulan tapi dipenuhi dengan majlis ilmu dan ziarah ke institusi(ojt)....duk di apartment,dengan makan pakai yang terjaga..masjid kampus hanya 20 meter sahaja..belajarnya percuma..dapat elaun lagi..
Teringat..rektor Univ turun baca khutbah dan mengimami solat jumaat..seusai solat terus berucap dan dalam ucapan..ada kuiz..siapa boleh sebutkan semula matan hadis yang di baca?ayat quran..dll..sapa dapat jawab penuh 1k SR,separuh 500SR..heheeh,hari tu ada 20 soalan semuanya dapat dijawab penuh...
TQ Tuan Tamar jalis,
Rektor JU ni amat warak orangnya dan lemah lembut, dia amat perihatin dengan segala permalasahan saya nak sesuaikan diri di Jazan, dia sendiri yg approve saya dok hotel 11 hari dan kemudian benarkan saya duduk kat Resort al-Jori, tanpa had...boleh dok sampai saya dapat apartment utk di sewa...
permalasahan sepatutnya "permasalahan" typo
Assalamualaikum tuan,
Saya sangat berminat untuk mengajar di arab saudi. Saya lepasan phd in parasitology dari salford university,UK.agak payah nak apply mana2 university di sana.tidak tahu protokol yang sebenar kerana permohonan melalui email atau online juga tiada balasan. Harap tuan dapat membantu. Terima kasih. rosilah_abaziz@yahoo.com
Wsm,
mintak maaf, saya lama offline di blog selama 4 bulan...sibuk cuti summer. harap dapat hantar CV kpd saya...
thtl08@gmail.com
sila browse jazan univ website dan lihat faculty mana yg u suka dan sesuai...
www.jazanu.edu.sa
Post a Comment