Friday, May 18, 2012

Dr Datuk Arif Perkasa MAZA: Tahniah atau Takziah

Petikan Malaysia kini:
Bekas Mufti Negeri Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula ialah penerima tunggal anugerah Dato' Bergelar apabila dikurnai anugerah gelaran Datuk Arif Perkasa.
....majlis penyampaian anugerah dan pingat akan dilakukan secara berperingkat dengan siri pertama akan berlangsung di Istana Arau hari ini.
-- Bernama
www.malaysiakini.com/news/198173
Prof ad-Dr Datuk Arif Perkasa MAZA (hafizahuLlah)
Ulasan:

Terlebih dahulu, diucapkan sekalung tahniah kepada sahabat lama saya, Dr Maza kerana dianugrahkan Datuk Arif Perkasa dari DYMM Raja Perlis. Kekadang kita rasa berbelah bagi antara nak ucap tahniah atau takziah kepada agamawan yang dikurniakan darjah dan bintang kebesaran duniawi. Ini kerana darjah Datukship dan Tan Sriship, ia boleh menjadi madu dan juga racun kepada penerimanya. Madu, kerana datukship membolehkan seorang Da'iy dapat menembusi golongan elit untuk menyampaikan dakwah dan tajdid, maka dengan adanya Prof madya Doktor dan Datukship bersama, maka mudahlah seseorang da'iy memberi ilmu kepada golongan elit negara termasuk istana. Racunnya, gelaran dan anugrah adalah sesuatu yang dibenci oleh kaum salaf dan mereka menjauhinya. Ini kerana ia akan merosakkan hati kerana gelar dan anugrah ini akan sedikit demi sedikit akan merubah perilaku penerimanya kerana persepsi dan panggilan masyarakat ke atas mereka dalam jangka panjang.
Maka saya lebih suka Dr Maza yang lama tanpa datukship. Namun dalam pemerhatian saya kepada dua orang guru saya, Dato' Alim Setia Ahmad Libya Yusof dan Datuk Kaya Bakti Dahlan Mohd Zain, mereka berdua tidak berubah walaupun diberi gelaran Dato' oleh baginda Raja perlis. Mudah-mudahan Datuk Dr Maza juga akan dipelihara Allah walaupun sudah berstatus gelaran feudal malaya. Mabruk.

1 comment:

THTL said...

Khadem jiran sebelah kata..

nama hang TUAN tu apa cerita, gitu juga nama bapak dia...

Tuan Khadem,

sebagai bukti, cuba cek nama anak-anak saya, semua saya dah hilangkan TUAN tu...nama saya dan nama bapak saya adalah kesilapan org yg terdahulu dan saya dah perbetulkan.

bila saya daftar semua nama anak2 saya tanpa TUAN, ia menimbulkan kemarahan family saya.

utk pengetahuan Tuan Khadem, TUAN pada nama saya tu sama je dgn SAYYID dan SYARIFAH, cuma syed dalam bahasa arab, Tuan dalam bahasa melayu...

nampak gaya semakin berselera nak meneruskan permusuhan...hehehe
we will see