Thursday, April 26, 2012

Hijrah ke KSA 16: Al-Jory Resort

Dari Jazan City, KSA (26 April 2012)

Pekarangan pejabat di JU

Dari hotel al-Safa (saya menginap di hotel selama 11 hari), saya dipindahkan ke Resort al-Jory, milik penuh Jazan U. Tapi sebelum berpindah ke Resort saya tidor satu malam di apartmen Dr SA dan isterinya kak FJ. Mereka menyewa sebuah apartment di tingkat dua apartment Abdullah Torbegi. Aprtment tu 4 bilik dan mereka berkongsi dengan Prof Madya Dr Asmah (prof Matematik) dan suaminya Ghafiri. Dr SA amat gembira menyambut ketibaanku dan isterinya menyediakan makan malam. Sudah beberapa tahun saya tidak duduk makan malam bersama Dr SA. Dr SA mengalami masalah kesihatan dan JU memberi cuti selama 1 bulan setengah berehat. Namun pada 2 Jun beliau akan pulang ke Malaysia untuk mendapat rawatan lanjutan. kemungkinan masalah darah tinggi dan kolestrol. Masalah kesihatan adalah masalah utama di Jazan, kerana kat sini makanannya jenis berdaging (terutama kambing) dan kurang exercise kerana cuacanya yang panas. Kami tidur awal kerana nak jaga kesihatan Dr SA. Keesokannya, pihak JU menghantar saya ke Resort hotel al-Jory.

di resort al-Jory, menghadapi laut Merah

Resort al-Jory, Laut Merah
Akhirnya saya sampai juga ke pinggir laut Merah, laut yang  pernah dibelah dua oleh mukjizat Nabi Musa AS ketika di kejar Fir'aun. Resort al-Jory ialah untuk penginapan sementara kakitangan asing yang akan berkhidmat di JU. Tapi selalunya ia penuh, maka saya bertuah kerana mendapat satu unit di resort ini. Ia memang selesa dan cantik pemandangannya.


berada di tepi Laut Merah, Jazan
Saya tidak tahu bila akan mendapat jumpa apartment kerana masalah utama di Jazan city ialah tiada banyak kediaman untuk disewa. Hartanah di sini khususnya perumahan amat kritikal dan ini masalah utama kalau sesiapa ingin datang bekerja di JU. Sewanya amat mahal, boleh mengalahkan Kuala Lumpur. satu bilik studio di jazan sewa bulannya iaalah SR1800 (RM1700) ! Masalah kedua ialah pengangkutan, Jazan hanya ada satu public transport sahaja yakni teksi dan cara mereka memandu di jalanraya amat merbahaya. Namun tambang teksi agak berpatutan dan kena tanya dulu sebelum naik, sebab mereka tak pakai meter. kebanyakan driver adalah Egypt, Yemeni, pakistani dan bangla. Kereta sapu juga berleluasa dan ia bukan kesalahan di Jazan
ada kapal berlabuh

3 comments:

pendekartua said...

Macam mana kalau nak melabur dalam bidang hartanah di Jazan seperti projek-projek perumahan?

THTL said...

arab susah nak bisnes dgn depa...kalau jazan ni lagila susah, tak makan saman..buktinya, semua driver kat sini cakap dgn henfon tanpa henti ketika memandu.

THTL said...

jarang driver pakai seatbelts