Santai di Pantai Jazan, jam 6:15 ptg waktu Jazan |
Hari Khamis dan Jumaat adalah weekend di Jazan City dan KSA. dan Pantai Jazan adalah antara lokasi utama penduduk Jazan bersantai. Aku menemani keluarga Prof Madya Asmah dan suaminya Ghifari (dia berasal dari Trinidad & Tobago, bukan Mali) dan anak tunggal mereka, Hanum, 8 tahun. Hanum ni wajahnya sebiji macam anak arab Jazan. Antara fakta menarik di pantai Jazan, bila masuk waktu maghrib, ada yg azan, mereka yg berada di pantai akan solat berjamaah di tanah lapang di tepi pantai. Menakjubkan, mereka amat menjaga solat 5 waktu dan semuanya secara berjamaah.
Bersama Hanum bte Ghifari |
tiba-tiba aku teringatkan Musa AS
dan Bani Israil
Fir'aun yang mengejarnya bersama balatentera yang besar
aku cuba bayangkan saat-saat ketika Musa dan kaumnya
sampai ke pinggir air Laut Merah....
Oh Laut Merah
amat menggerunkan ombak yg menggulung
se gah namanya yang kemerah-merahan kerana rumpai merahnya
aku cuba bayangkan perasaan Musa
perasan kaumnya yang amat cemas
Fir'aun di belakang
Laut Merah di hadapan, semuanya adalah maut
namun dgn izin Tuhan, maut dan merah itu membinasakan
kaum yang zalim
No comments:
Post a Comment