Saturday, April 14, 2012

Offline: thtl dijangka berlepas ke jazan city dalam 24 jam

 Bon voyage!

 Blog ini akan sunyi dalam beberapa ketika untuk memberi laluan kpd perjalanan saya dari KLIA ke Jeddah dan ke Jazan city. Penerbangan KLIA-Jeddah mengambil masa 8 jam 30 minit dan dari Jeddah ke Jazan city pula, 1 jam 20 minit.

Saya akan update travelog KSA bila keadaan kembali stabil selepas menyelesaikan beberapa isu penting, antaranya penempatan, tugasan kerja, pengangkutan dan keujudan sistem komunikasi broadband di Jazan.

[Saya akan menjawat jawatan pensyarah di Fakulti Pengurusan Perniagaan di Jazan University, Jazan, Arab Saudi, Bandaraya Jazan, di selatan arab saudi, penduduk 1.2 juta adalah merupakan bandar pelabuhan di pinggir laut Merah bersempadan dgn Yaman. Jarak Jazan-Mekah adalah 550KM dgn lebuhraya Jazan-Mecca, manakala penerbangan, dari Jazan airport ke Jeddah (1 jam 20 minit) dan bas ke Mekah selama 2 jam]

Kemaafan di pinta dari semua pihak baik di blog thtl dan juga afn 2.0 yg selalu saya "kacau"...hehehe mudah-mudahan dengan kesibukan saya di Jazan, semua benda di sana akan kembali tenang dan gembira hendaknya.

Terimakasih kepada kawan2 yang sentiasa mendoakan saya.

Hingga berjumpa lagi, InsyaAllah.

1 comment:

ayus said...

Semoga dipermudahkan segala urusan.