Saturday, April 28, 2012

La Tahzan 164: dan Akhirnya Mereka Akur jua, وأخيراً اعترفُوا

Sanggahan terhadap kaum Atheis:
( سخروف ) عالمٌ روسيٌ ، نُفِي إلى جزيرةِ سيبيريا ، لأفكارِه المخالفةٍ للإلحادِ ، والكفرِ باللهِ ، فكان يُنادي أنَّ هناك قوةً فاعلةً مؤثرةً في العالمِ خلاف ما يقولُه الشيوعيُّون : لا إله ، والحياةُ مادةٌ . ومعنى هذا : أنَّ النفوس مفطورةٌ على التوحيدِ

terj: Sakharov (Andrei, m.1989, pakar nuklear Russia) yang dibuang daerah ke Siberia lantaran kritikan-kritikan beliau  terhadap pemikiran ateisme/komunisme. Dia menyatakan ujudnya suatu Kuasa Aktif yang mentadbir alam semesta (Tuhan). Kenyataan beliau itu jelas bertentangan dengan akidah kaum Komunis yg mendokong ateisme: "Tiada tuhan, kehidupan adalah material". Kenyataan Sakharov itu membuktikan jiwa manusia diciptakan untuk bertauhid.
فِطْرَةَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا

AQS ar-Rum, 30: 30 (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu.
 إنَّ الملحد لا مكان له هنا وهناك ؛ لأنه منكوسُ الفِطْرةِ ، خاوي الضميرِ مبتورُ الإرادةِ ، مخالفٌ لمنهجِ اللهِ في الأرضِ

terj: Kaum mulhid (ateis) tidak memiliki kedudukan baik di mana-mana pun kerana dia menyalahi fitrah dan menyalahi manhaj Allah di muka bumi ini. Fiman Allah:
وَنُقَلِّبُ أَفْئِدَتَهُمْ وَأَبْصَارَهُمْ كَمَا لَمْ يُؤْمِنُواْ بِهِ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَنَذَرُهُمْ فِي طُغْيَانِهِمْ يَعْمَهُونَ

AQS al-An'am 06:110 [Dan (begitu pula) Kami memalingkan hati dan penglihatan mereka seperti mereka belum pernah beriman kepadanya (Al Quraan) pada permulaannya, dan Kami biarkan mereka bergelimang dalam kesesatannya yang sangat].

Nota: Walapun Komunis telah berkubur tapi ajaran Ateisme masih kuat di atas mukabumi ini.

No comments: