Musim Fall/Autum di Des Moines (sebutan DeMoi) sudah hampir berakhir, aku akan menempuh musim Salji pertama di Iowa. Dikhabarkan, Iowa adalah antara tempat paling sejuk di USA ketika musim salji (winter).
Ketebalan salji di Iowa ketika winter |
Berita menggemparkan sudah tiba..tunangku, ukhti A sudah mendapat jawapan dari MARA bahawa pinjaman beliau telah diluluskan untuk program MBA di Drake University bermula semester Winter ini. Ini bermakna aku akan dapat berkahwin di USA dan kemudian kami berdua akan menjadi hos Tamrin dan Muktamar jamaah terbesar pada tahun ini. Ini adalah detik bersejarah kerana IM Malaysia akan mengirim Naib Mursyid al-Aam, Dr AS.
Aku mengutus surat kepada bakal mertuaku, memohon izin dan restu serta memohon beliau menyediakan dua dokumen penting (yang akan dibawa oleh Ukhti A), yakni dokumen watikah Izin Wali kepada Jurunikah di Iowa dan surat perkahwinan di luar Mukim (sebenarnya perkahwinan di luar Kelantan dan di sebenarang laut) dari pejabat qadhi Kelantan. Aku segera menelefon bakal bapak mertuaku, dia begitu sebak sekali dan agak sukar mengawal emosinya, dan bakal emak mertuaku enggan bercakap kerana amat marah dan kecewa. Tapi akhirnya beliau (dgn berat hati) sanggup melepaskan anak dara suntinya dan akan mengusahakan surat izin wali dan surat pernikahan di luar qariah tsb.
Aku sujud syukur serta merta kerana akhirnya Allah telah mengirim seorang isteri dari langit. Mana ada ibubapa dalam dunia ini yang sanggup melepaskan anak perempuannya kepada lelaki yang tidak pernah dilihat secara zahir? Aku merasa keajaibannya, dapat merasa kekuasan Allah melembutkan hati manusia. Hati manusia cair dengan doa. Aku juga kagum dengan kekuatan semangat dan peribadi tunangku, kerana mampu berdepan dengan ibunya dan sanak keluarganya yang agak menentang rancangan kami untuk bernikah di USA.
Aku segera membuat persiapan rapi, pertama membuat permohonan dengan penajaku, JPA dan kemudian UiTM (kerana aku adalah pemegang biasiswa Tenaga Pensyarah Muda UiTM). Kemudian, aku juga perlu mengisi borang permohonan dengan kedutaan Malaysia di New York dan mengisi borang dengan Jabatan Penuntut Malaysia di Washington DC. Dalam dua minggu kesemuanya (UiTM, JPA, Jabatan Penuntut Malaysia dan Kedutaan Malaysia) semuanya meluluskan permohonan ku. Lagi sekali aku amat bersyukur kerana semua jalan ke arah perkahwinan bersejarah kami di amerika berjalan lancar sekali. Berita gembira seterusnya, majlis syura jamaah meluluskan bahawa majlis Walimah al-Urs thtl akan di adakan sempena Tamrin dan Muktamar thanawi dgn tajaan jamaah sepenuhnya. Akhirnya, tunangku sudah mendapat Visa, dan tiket penerbangan pun sudah dapat, KL Subang, Via Narita Japan, Los Angeles ke Chicago Ohare International ke Des Moines International airport.
ketibaan sebuah pesawat di DSM airport yg akan merubah segalanya |
Aku mula membaca kitab Fiqh Sunnah jilid 6-8 (Kitabun Nikah) sebagai persiapan ke arah dunia perkahwinan.
No comments:
Post a Comment