Semalam, 16 April, aku ambil half-day kerja untuk menziarahi sahabat setiaku, Dr SA dan isterinya, di salah sebuah pangsapuri Jazan. Dr SA adalah sahabat setiaku. Kami berkawan sejak era belajar di SDAR Jalan Sikamat Seremban, kemudian sama-sama menuntut di USA, kemudian bekerja bersama-sama di Univ Telekom dan kemudian TM. Hinggalah beliau berhijrah ke Saudi, kemudian Yaman dan sekarang kembali ke Saudi di Jazan City. Pendekkata beliau sudah agak lama berada di Middle East, khususnya Saudi dan Yaman. Beliaulah yang mengusahakan penghijrahan saya ke Jazan. Dua minggu sebelum penerbangan saya ke Jazan, beliau mungkin terlalu gembira, telah mendapat sedikit musibah berupa, diserang minor stroke atau angin ahmar yg kecil dan terlantar di hospital Jazan selama dua minggu. Sehari sebelum saya sampai ke Jazan, beliau telahpun discharge dan berehat di pangsapurinya.
Semalam, saya datang menziarahinya dihantar oleh drebar universiti ke pansapuri beliau (di tingkat 4) dan bila saya "dingdong" pintunya , dia agak lama untuk menjawab. Risau juga, akhirnya isterinya, ukhti FJ membuka pintu dan Dr SA tidak kelihatan. Beberapa ketika, barulah Dr SA muncul dan dia baru bangun dari tidur. Kami bersalaman erat dan beliau kelihatan agak berubah secara fizikal, mungkin kejutan dari stroke tersebut dan kelihatan masih lemah. Saya amat terharu melihat keadaannya kerana ia berlaku jauh dari kampung halaman, terpikir juga apa jadi kalau berlaku kepada diriku. Isteriku tiada di sisi. Risau juga dibuatnya. beliau mendapat cuti satu bulan setengah dan ada kemungkinan beliau akan pulang ke Malaysia lebih awal jika beliau tidak ada banyak perubahan. Beliau sedang menunggu ketibaan anak lelakinya yg akan datang dari Malaysia dan sedang menunggu Visa dari kedutaan Kuala Lumpur.
Keadaan Dr SA sekarang adalah suatu tamparan hebat buat diriku kerana aku mengharapkan beliau untuk mempercepatkan proses aku mengenali budaya Jazan memandangkan beliau sudah 7 bulan berada di sini. Namun, semuanya berkecai dan aku perlu mempelajarinya dari sifar. Ini suatu cabaran baru buatku kerana menuruit Prof Dr Ali al-Kamli (boss saya), semua kerja-kerja Dr SA akan diserahkan kepadaku dan ia suatu tambahan KPI yang amat berat. Apapun aku mengharapkan Dr SA cepat sembuh, jika sekiranya kesihatannya tidak mengizinkan, beliau mungkin terpaksa menamatkan kontrak dgn Jazan. Satu lagi tamparan hebat buat diriku.
Hari ni aku akan dihantar ke Hospital Jazan untuk menjalani ujian pemeriksaan kesihatan sekali lagi. Inilah karenah Saudi yang amat membebankan, mereka tidak mempercayai lapuran kesihatan dr Malaysia, sedangkan Panel klinik di Malaysia sudah pun diiktiraf oleh kedutaan mereka sendiri.
No comments:
Post a Comment