Saturday, April 21, 2012

Hijrah ke KSA 14: Pertemuan dengan tiga famili Melayu Jazan

Jam 5:00 petang waktu Jazan, Jumaat. Lokasi al-Rasheed Mall, Jazan city.
Tiga keluarga Melayu yang bekerja di Jazan bertemu untuk meraikan ketibaanku di Jazan. Saya pergi ke al-Rashid Mall menggunakan teksi awam, dari al-Safa hotel ke al-Rashid Mall tambangnya SR5.00.  al-Rashid Mall agak besar juga, sama kelas dengan berjaya Times Square di KL, kerana lengkap dengan taman tema (theme park). Kira hebat jugalah penduduk Jazan ni memiliki Mall yang agak canggih. Harga pakaiannya saya nampak lebih kurang harga di Malaysia dan mereka juga pandai meletak tanda SALE dan super discount dalam bahasa Inggeris.
thtl, Dr SA dan Ghafiri di al-Rasheed Mall
Tiga famili Melayu yang bertugas di Jazan U (JU) ialah Prof Madya Dr SA (beliau merupakan anak saudara kepada Tun Sharifah Rodziah, isteri mantan Perdana menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abd Rahman), isteri beliau juga bekerja di JU. Dr SA merupakan sahabat sejati saya dan kami bersahabat sejak dibangku sekolah menengah lagi di Seremban. Kemudian Prof Madya Dr Asmah yang mengajar Matematik. Suaminya ialah Ghafiri yang berasal dari Mali.Keluarga ketiga, mereka tiba lewat, selepas Maghrib, ialah keluarga Prof Madya Dr Naz, pensyarah Marketing di fakulti Business Administration, JU dan suaminya Azmi berserta 4 orang cahaya mata mereka. Seronok dapat jumpa warga Melayu jazan. 
Pada jam 6:30 ptg, masuk waktu Maghrib, maka memang ajaib di Arab Saudi, semua aktiviti berhenti bila azan Musalla Mall melaungkan azan, semua orang berpusu-pusu untuk solat, kedai semua tutup. Bila musalla tidak muat, maka org ramai solat melimpah ruah di dalam Mall. Memang hebat bila solat rakyat terjaga walaupun di sebuah Mall yang begitu besar, pemerintah arab Saudi masih menguatkuasakan solat kepada rakyatnya.
Aktiviti utama kami pada malam itu ialah makan-makan, satay pun ada, satay Jazan ni nampaknya lebih kurang je dengan satay Malaysia, cuma dagingnya lebih besar dari satay Kajang (cuma nasi himpit dan kuah kacang tak adalaa). Tapi kebanyakan menu di Mall ini ialah makanan Barat dan Mexico (taco bell).
Kami bersurau pada jam 9:45 malam.

1 comment:

yat said...

part ni best: