Saya dikehendaki membuat Pemeriksaan kesihatan sekali lagi sebelum menandatangani kontrek kerja dengan Jazan Univ (JU). Saya dibawa ke Jazan GH lebih kurang 20KM dari JU. Hospital agak sesak dengan orang ramai. Tapi oleh kerana saya urusan kerajaan, maka laluannya agak mudah dan lancar. Saya menemui dua doktor, seorang doktor perempuan berniqob yang agak berusia dan setelah meneliti paspot saya, dia terkejut melihat fizikal saya dan usia kerana katanya, nampak masih fit dan muda. Mereka mengambil sampel air kencing dan darah. keputusan akan diketahui dalam 7-10 hari. Bila melihat keadaan di GH Jazan, saya dapati ramai pak arab ni kurang sihat, kemungkinan diet mereka yang sukakan makanan seperti burger, pizza dan Nasi mandi, menyebabkan ramai yang kena darah tinggi dan diabetes.
Pada hari Sabtu (21 April) saya dibawa melawat kampus baru Jazan U, ditepi laut Merah. Sayang saya tak bawa kamera kerana tak sangka boss saya ingin membawa saya ke kampus baru pada hari itu sebaik saya balik dari medical test.
Kampus Baru JU, 40% siap |
Bangunan Matrikulasi, JU |
Maka bila siap kampus induk ni rasanya, barulah sesuai pensyarah dari Malaysia datang ke Jazan City kerana ia menyediakan pakej lengkap untuk pensyarah termasuk apartment di tepi Laut Merah.
Di Kolej Matrikulasi saya menemui beberapa pensyarah asing, antaranya yg sempat saya borak-borak ialah Dr Declan yang berasal dari Canada. Dia yang menegur saya ketika terserempak dengan dia di lobby, lalu dia mengajak saya ke biliknya. Dia pernah belajar di kampus East Langsing, dekat dengan Kalamazoo di Michigan, USA dulu. Dia merasa seeonok bila tahu saya pernah belajar di Kalamazoo. Dia menceritakan rasa tertekan dengan budaya kerja arab saudi yang tidak seproduktif negara2 maju spt Barat. Saya sempat melihat senarai pensyarah di Kolej matrikulasi dan subhanaLlah, semua pensyarahnya adalah phD, kebanyakannya dari negara asing, Turki, Mesir, Kanada, USA, India, Pakistan, Sudan, Tunisia, dsbnya. Maka akan datang, hanya pensyarah phD saja yang boleh datang ke JU.
2 comments:
syeikh, apa amalan harian sampai boleh awet muda? reguler exercise dengan balanced diet ke? ada amik supplement apa2 ke?
exercise mmg kena, dalam seminggu at least dua kali...paling ringan "brisk walking" around taman.
diet, saya banyak makan ulaman (green vegetables) raw.. dan buah2an.
supplement pun ambil, antaranya omega 3, vitamin E, vit C, garlic pills, utk org berusia, Ginko Biloba, dan liver tonic.
Post a Comment