Wednesday, April 11, 2012

Hadis-hadis Dha'if seputar Seks 14 (21SX)

No. 20: Setiap adegan seks akan dilimpahi Pahala
Matan:
وما من رجل يأخذ بيد امرأته يراودها إلا كتب الله له عشر حسنات ، فإذا عانقها فعشرون ، فإذا قبلها فعشرون ومائة فإذا جامعها واغتسل باهى الله به الملائكة وغفر له
Dari jalur Anas bin Malik: Nabi saw bersabda,” Tidak ada seorang lelaki yang menyentuh lengan isterinya untuk bercumbu melainkan ditulis kepadanya 10 hasanah (pahala kebaikan), jika ia merangkulnya mendapat 20 hasanah, jika mencium pula dapat 120 hasanah dan jika ia menyetubuhi dan kemudian mandi junub, Allah akan membanggakan dia di hadapan Malaikat dan mengampuninya.” 
Tahqiq:
الراوي: +%D9%85%D9%88%D9%82%D8%B9+%D8%A7%D9%84%D8%AF%D8%B1%D8%B1+%D8%A7%D9%84%D8%B3%D9%86%D9%8A%D8%A9+-+%D8%A7%D9%84%D9%85%D9%88%D8%B3%D9%88%D8%B9%D8%A9+%D8%A7%D9%84%D8%AD%D8%AF%D9%8A%D8%AB%D9%8A%D8%A9+-+%D9%85%D9%86+%D8%AD%D8%AF%D9%8A%D8%AB+%D8%A3%D9%86%D8%B3 أنس المحدث: الذهبي - المصدر: ترتيب الموضوعات - الصفحة أو الرقم: 203
خلاصة حكم المحدث: فيه صباح بن سهل – واه – عن زياد بن ميمون كذبه يزيد بن هارون
terj: Al-Hafiz al-Zahabi dalam Tartib al-Maudhu`aat (203) hadis palsu kerana dua perawi bermasalah Shabah bin Sahl dan Ziyad bin Maimun. Ihsan dorar.net

No 21: Keceriaan wanita pada kemaluannya
matan:

وفي حديث نبوي عن أنس ابن مالك قال رسول الله (ص) "أرضوهن فإن رضاهن في فروجهن
terj: Hadis Anas, sabda Rasulullah saw, "Ceriakanlah isteri kamu, keceriaan mereka terletak pada kemaluannya." dikatakan ia dikeluarkan oleh Abu Ya`la dalam Musnadnya. Saya mencari dalam edisi Musnad Abu Ya'la, edisi e-book dan edisi syameela, namun tidak menemui hadis ini. Juga ditemui dalam kitab seks sufi, Qurratun Uyun oleh Ibn Yamun, terjemahan pustaka e-Sastra Ent. 2010. Ianya tanpa takhrij dan sanad.
Tapi ia banyak dalam kitab2 hadis syiah, antaranya:
ورواه في ( العلل ) و ( الأمالي ) عن علي بن أحمد بن عبدالله ، عن أبيه ، عن جدّه أحمد بن أبي عبدالله ، عن أبيه ، عن محمد بن أبي عمير ، عن غير واحد ، عن الصادق ( عليه السلام ) ، عن أمير المؤمنين ( عليه السلام )
terj: ia hanya kata-kata Ali bin Abi Thalib yang diriwayatkan oleh Imam Jaafar Sadiq. Ia ada dalam kitab Ilal dan al-Amali, dua kitab syiah.

No comments: