Wednesday, April 18, 2012

La Tahzan 163-7: OKU boleh menjadi Hebat, مُرَكَّبُ النقْصِ قد يكونُ مُرَكَّبَ كمالٍ

قال أحدُهم : ركبتُ مع صاحبِ سيارةٍ من المطارِ ، متوجّهاً إلى مدينةٍ من المدنِ ، فرأيتُ هذا السائق مسروراً جذِلاً ، حامداً للهِ وشاكراً ، وذاكراً لمولاهُ ، فسألُه عن أهلِه فأخبرني أنَّ عنده أسرتين ، وأكثر منْ عشرةِ أبناءٍ ، ودخلُهُ في الشهرِ ثمانمائةِ ريالٍ فَحَسْبُ ، وعنده غُرفٌ قديمةٌ يسكنُها هو وأهلُه ، وهو مرتاح البالِ ، لأنهُ راضٍ بما قَسَمَ اللهُ لهُ

terj: Ia mengenai kisah yang diceritakan kepada Dr. al-Qarni mengenai seorang yang menaiki teksi di sebuah lapangan terbang di Saudi (mungkin Jeddah, Riyadh atau Madinah atau Jazan) menuju ke pusat bandar. Si fulan tadi mendapati drebar teksi tersebut dalam keadaan ceria, riang dan banyak memuji serta bersyukur kepada Allah. Lalu beliau bertanyakan drebar tersebut mengenai keluarganya dan dia menceritakan dia memiliki dua orang isteri, pendapatan sekitar SR800 sebulan dan menetap dalam kediaman yang amat sederhana. tapi dia merasa tenang dan ridha terhadap apa jua ketetapan Allah atasnya.
قال : فعجبتُ حينما قارنتُ بين هذا وبين أناسٍ يملكونُ ملياراتٍ من الأموالِ والقصورِ والدورِ ، وهمْ يعيشون ضنْكاً من المعيشةِ ، فعرفتُ أن السعادة ليستْ في المالِ

terj: Lelaki penumpang teksi tadi meneruskan kisahnya: aku takjub dengan drebar teksi ini dan bila aku bandingkan dengan para jutawanyang memiliki harta melimpah ruah, villa dan deretan kereta mewahnya, namun mereka hidup dalam tertekan dan sempit dada. Lalu aku simpulkan kebahagiaan bukan terletak kepada (banyaknya) harta.
عرفتُ خَبَرَ تاجرٍ كبيرٍ ، وثريٍّ شهيرٍ عندهُ آلافُ الملايين وعشراتُ القصورِ والدورِ ، وكانَ ضيِّق الخُلُقِ ، شرس التعاملِ ثائر الطبع ، كاسف البالِ ، مات في غربةٍ عنْ أهلِه ، لأنهُ لم يَرْضَ بما أعطاهُ اللهُ إياه

terj: lelaki itu meneruskan ceritanya: aku mengenali jutawan tersohor dengan memiliki ratusan juta dan sejumlah hartanah. Tapi dia jelik, tidak mempedulikan hubungan dengan manusia, panas baran, kehidupan yang tertekan dan akhirnya mati dalam keadaan dijauhi oleh keluarganya lantaran dia tidak puas dengan apa yang Allah telah limpahkan ke atasnya. Firman Allah SWT:
 
{ثُمَّ يَطْمَعُ أَنْ أَزِيدَ {15} كَلَّا إِنَّهُ كَانَ لِآيَاتِنَا عَنِيداً {16}
 
AQS al-Muddatsir, 74:15-16 [Kemudian dia ingin sekali supaya Aku menambahnya.
Sekali-kali tidak (akan Aku tambah), karena sesungguhnya dia menentang ayat-ayat Kami (Al Quraan)]
 Nota: Sejak saya menetap di Bandar Jazan, KSA, memang saya setiap hari menggunakan teksi dan dapat merasakan kebenaran kisah ini. Rata-rata penduduk Jazan adalah orang arab yang bertaraf sederhana, tetapi saya dapat nampak simpel dan tenangnya kehidupan mereka walaupun bandar Jazan yang tidak sehebat bandar Riyadh atau Madinah dari segi kekayaan dan taraf hidup.Di Jazan, selepas  Asar, semua aktiviti ekonomi terhenti dan mereka semua berada di rumah bersama famili mereka dan bandar melabuhkan tirainya berbanding Kuala Lumpur yang terus hiruk pikuk selama 24/7. Pendekkata tak ada nampak stress dalam kehidupan penduduk di Jazan.

No comments: