Seminar pertama untuk Jazan U |
Tidak banyak yang berlaku di Jazan. Namun assignment pertama saya sudah bermula iaitu mengendalikan workshop NCAAA (National Commission for Academic Accreditation & Assessment, KSA) untuk kakitangan JU.
Ini kerana Jazan U belum lagi mendapat akreditasi dari Suruhanjaya Kebangsaan untuk Akreditasi dan Penilaian Akademik). Kehadiran adalah dijangka 90 peserta seluruh universiti yang terlibat dalam projek dan proses JU mendapat akreditasi dari NCAAA, KSA. Rasa berdebar pun ada kerana saya sedang bertungkus lumus membaca dan memahami kriteria-kriteria dan keperluan NCAAA kerana ia lebih kurang saja dengan MQA di Malaysia yakni Malaysian Qualification Agency yang bertanggungjawab mengawal kualiti pendidikan IPT di Malaysia. Oleh kerana peserta dari pelbagai bangsa (Arab, Turki, India, Pakistan, Indonesia, USA, Canada, Mesir, Sudan, Jordan, dll), maka bahasa utama seminar adalah English.
Apa yg saya akan fokus dalam seminar ini ialah menyusun sistem pengumpulan dan analisa data dalam JU yg dikehendaki oleh NCAAA, antaranya proses mengumpul dan menganalisa data-data yang strategik untuk sebuah IPTA, bagaimana setiap fakulti perlu menganalisa data-data tersebut dan juga sistem maklumbalas antara pelajar, fakulti dan pentadbiran. Pengalaman 12 tahun di Jabatan Kualiti dan Produktiviti TM amat membantu saya dalam menyiapkan kerangka kertas kerja workshop ini.
NCAAA=Suruhanjaya Akreditasi Kebangsaan Arab Saudi untuk semua IPT di KSA
No comments:
Post a Comment