Saturday, April 21, 2012

La Tahzan 163-9: OKU boleh menjadi Hebat, مُرَكَّبُ النقْصِ قد يكونُ مُرَكَّبَ كمالٍ

Bila anda tidak ada upaya merubah fitnah:
فإذا حصلتِ الفتنُ كان الأسلمُ للعبدِ الفرار منها ، كما فعل ابنُ عُمرَ وأسامةُ بنُ زيدٍ ومحمدُ بنُ مسلمة لما قُتِل عثمانُ

terj: Dikala meletusnya fitnah (sengketa sesama Muslim), langkah terbaik yang boleh diambil oleh seseorang hamba ialah melarikan diri (dari terlibat) dengannya. Itulah langkah yang diambil oleh Ibn `Umar, Usamah bin Zaid dan Muhammad bin Maslamah tatkala terbunuhnya (Khalifah) Uthman (al-Affan) ra.
Nota: Fiqh Ibn Umar inilah banyak dipegang oleh manhaj salafiyah bila berlakunya fitnah antara dua kem kaum Muslimin. Jika mereka keliru, tiada maklumat yang sahih dan sebarang penglibatan akan menyulitkan keadaan, maka langkah terbaik ialah berkecuali.

Punca kesengsaraan manusia:
عَرفْتُ أناساً ما أصابهمُ الفقْرُ والكدرُ وضيِقُ الصَّدْرِ إلا بسببِ بُعْدِهم عنِ اللهِ عزَّ وجلَّ ، فتجدُ أحدهم كان غنيّاً ورزقُهُ واسعاً ، وهو في عافيةٍ منْ ربِّه ، وفي خيرٍ منْ مولاه ، فأعرض عنْ طاعِة اللهِ ، وتهاون بالصلاةِ ، واقترف كبائر الذنوبِ ، فسلبَه ربُّه عافية بدنِه ، وَسَعَةَ رِزْقِهِ ، وابتلاهُ بالفقْرِ والهمِّ والغمِّ ، فأصبح منْ نكدٍ إلى نَكَدٍ ، ومنْ بلاءٍ إلى بلاءٍ
ringkasan:
Manusia yang jatuh miskin, kesengsaraan dan kesedihan adalah disebabkan mereka jauh dari Allah SWT. Ada di antara mereka yang kaya raya, sihat wal afiat dan sejahtera adanya, tapi sebaik saja dia mula meninggalkan ketaatan kepada Allah, meninggalkan solat dan mula melakukan dosa-dosa besar, maka Allah mengambil kekayaan dan kenikmatannya dan menggantikan bala demi bala ke atasnya. Firman Allah SWT:
وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكاً

AQS Thaha, 20:124 [Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit]

 ذَلِكَ بِأَنَّ اللّهَ لَمْ يَكُ مُغَيِّراً نِّعْمَةً أَنْعَمَهَا عَلَى قَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِهِمْ

AQS al-Anfaal, 08:53 [(Siksaan) yang demikian itu adalah karena sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan merubah sesuatu nikmat yang telah dianugerahkan-Nya kepada suatu kaum, hingga kaum itu merubah apa-apa yang ada pada diri mereka sendiri]

وَمَا أَصَابَكُم مِّن مُّصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَن كَثِير

AQS asy-Syuura, 42:30 [Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu)]

وَأَن أَلَّوِ اسْتَقَامُوا عَلَى الطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَاهُم مَّاء غَدَقاً

AQS al-Jinn, 72:16 [Dan bahwasanya: jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)]
Nota: Jadilah anda orang yang banyak harta, sihat dan sejahtera yang sentiasa beribadah dan bersyukur kepada Allah.
(La Tahzan e-book, ms 248)

No comments: