Monday, April 16, 2012

Hijrah ke KSA 10: Hari pertama di Jazan U

di pejabat sementara, Jazan U
Hari ni (Isnin,16 Apr), saya mula bertugas secara resmi di Jazan University. Semalam tak jadi sebab mereka memberi saya off satu hari untuk berehat. Jam 9:30 pagi (waktu Jazan) drebar Universiti datang ambil di hotel al-Safa dan perjalanan ke University dalam 20 KM cuma mengambil masa 15 minit sahaja.
Nota: Pakaian kerja, expatriate digalakkan memakai pakaian ala Barat. Mereka tidak berapa suka kalau foreigner pakai pakaian kebangsaan arab saudi. Ini macam nak bezakan mana satu rakyat saudi dan mana satu rakyat asing. Mmm..macam ada diskriminasi la pulak..
Saya dibawa berjumpa dengan Naib Presiden (Pembangunan dan Kualiti), Prof Dr Ali al-Kamli di bangunan:
bangunan Pembangunan Akademik, JU
Ini adalah kampus sementara. Kampus tetap sedang dalam pembinaan, beberapa fakulti sudahpun beroperasi di kampus tetap, di pinggir laut Merah. Namun ia dijangka siap sepenuhnya dalam 3-4 tahun lagi.
Boss saya ialah Dr Ali al-Kamli dan saya tidak akan mengajar pada tahun ini melainkan akan menumpukan kpd Pembangunan Universiti, saya akan melihat keseluruhan program pengajian, baik dari segi korikulum, kualiti pendidikan, proses operasi universiti dan program latihan berterusan untuk kakitangan. Universiti Jazan akan menggunapakai sistem standard yang ditetapkan oleh NCAAA (National Commission for Assessment and Academic Accreditation) atau Suruhanjaya Kebangsaan untuk Penilaian dan Akreditasi Akademik, Kingdom of Saudi Arabia bersamaan dengan sistem MQA (Malaysian Qualification agency) yang memberi akreditasi kepada semua universiti di Malaysia. Sedih jugalah sebab tak boleh mengajar...
Nampak bidang kerja agak mencabar dan assignment pertama saya ialah mengendalikan seminar Evaluasi Kualiti Pendidikan berdasarkan NCAAA di hotel Hyat Jazan pada 2 May 2012 nanti untuk kakitangan jazan U. Saya belum lagi meneliti sistem dan keperluan NCAAA arab saudi.

InsyaAllah Universiti akan cuti musim panas pada 16 Jun 2012 dan saya akan pulang ke Malaysia selama 2 bulan. Belum apa-apa dah pikir nak balik..hehehe

8 comments:

Doc said...

Selamat bertugas Syeikh!

THTL said...

Doc mana ni?

Doc said...

Sg. Buloh mari :)

THTL said...

Oh ya ingat, ingat..hehehe

Addien said...

Selamat bertugas, moga Allah mudahkan urusan di sana, barakallahufik :)

yat said...

haha....biasa la nak pikir balik...sebelum balik singgah la haramain dulu syaikh...dah dekat tu

THTL said...

yat,
ke Mekah, Jazan sediakan bas xpress free setiap petang Khamis, subuh sampai Mekah..untuk solat Jumaat di Haram. tapi ana dok tanya, lecturer semua tak ikut trip tu, ia untuk staff yg muda2 dan students...org berusia tak digalakkan..sakit urat. Naik plane...staff sini ada pergi sebulan sekali...round trip saudia dapatlah SR 300.

Doc said...

patutlah hari jumaat melimpah ruah jemaah kat masjidil haram.