Foto Hiasan
Dalam memilih tajuk khutbah sulongku di KIC*, aku menggunakan metodologi Mursyid Hasan al-Banna. al-Banna mengajar Ikhwannya, antara metod penyampaian khutbah atau ta`alim yang berkesan dan menarik hati audien ialah jadikan ia bersiri dan hentikan khutbah atau kuliah tersebut secara tergantung, di mana ia membangkitkan ghairah audien untuk datang lagi minggu depan untuk mendapat jawapannya. Imam Hasan melakukan dengan berkesan metod tsb ketika dia berceramah di atas kereta api, dalam kopitiam sekitar Cairo, di mana dia akan menyampaikan sesuatu tapi dia biarkan tergantung. Ini membuatkan audien akan mencari beliau untuk mendapat jawapannya. Untuk Khutbah pertamaku, aku memilih satu topik yang dikatakan berasal dari seorang ahli sufi terkenal, Ibrahim Adham, yang bertajuk 10 perkara yang menyebabkan doa anda tidak dikabulkan oleh Allah SWT. Dalam bahasa Inggeris, "10 reasons why your prayers are not answered by God"Jumaat yang ditunggukan sudah tiba, aku pakai blazer dan melilit di pundakku kain serban shemagh warna petak merah ala Palestine (kombinasi pakaian Barat dan arabic la konon). Sebaik saja aku naik mimbar, aku lihat sidang Jumaat nampak terkezut kerana mereka tertanya-tanya, sapa mamat ni? khatib jemputan ke? Khutbah dalam bahasa Inggeris diselang seli dgn arabic..
Inilah teks muqaddimah khutbah yg saya bacakan:
قال شقيق بن إبراهيم : مر إبراهيم بن أدهم في أسواق البصرة فاجتمع الناس إليه فقالوا له : يا أبا إسحاق, إن الله تعالى يقول في كتابه:
( ادعوني أستجب لكم ) – غافر 60- ونحن ندعوه منذ دهر فلا يستجيب لنا . فقال إبراهيم : يا أهل البصرة ماتت قلوبكم في عشرة أشياء .
أولاها: عرفتم الله ولم تؤدوا حقه.
والثاني: قرأتم كتاب الله ولم تعملوا به
pada hari ini aku ingin mengimbau kembali suatu peristiwa di Kota Basrah (selatan Iraq), di mana Syaikh Ibrahim Adham (w.165H), seorang ahli ibadat dan paling zuhud di Iraq, melewati Mall (pasar) Basrah, lalu orang ramai mengerumuninya dan mengajukan soalan. Mereka berkata , wahai Abu Ishaq (Ibrahim Adham), Allah menyatakan dalam Kitab-Nya, "berdoalah kepada-Ku, niscaya Aku akan kabulkan" (Ghafir/Mukmin: 60), kami semua sentiasa berdoa tanpa henti, tapi doa2 kami nampaknya tidak dimakbulkan Tuhan. Apakah sebabnya, duhai syaikh."
Ibrahim berkata, "duhai penduduk Basrah, 10 perkara telah mati dalam hati kamu..10 perkara tersebut ialah:
- Kamu memang (mendakwa) mengenali Allah, tapi kamu semua tidak menunaikan hak-hak-Nya;
- kamu membaca al-Qur'an tapi kamu tidak beramal dengan ajarannya... (aku saja tidak sebut kesemuanya)
Yang pertama: anda mendakwa mengenali Tuhan, anda semua mengaji Ilmu tawhid, tapi apakah anda semua melaksanakan Hak-hak Allah SWT. Khutbah saya hari ni saya akan jelaskan apakah hak-hak Allah, ada 10 semuanya. Kalau tuan-tuan perhatikan dalam kehidupan manusia, yg selalu diperjuangkan ialah hak asasi manusia, apakah ada yang pernah menyoal, apakah hak-hak asasi Tuhan ke atas manusia?? aku sampaikan pendek saja dalam 15 minit, kerana pesan Nabi saw supaya khutbah tu short and sweet (ringkas dan padat saja). aku akhiri dengan suatu perangkap al-Banna: "dan kalau saya diberi peluang lagi untuk menyampaikan khutbah di KIC, saya akan habiskan 9 lagi perkara yang dinyatakan oleh syaikh Ibrahim Adham."
Kemudian saya akhiri Khutbah dan mengImami solat dengan membaca surah al-Jumu'ah.
Itulah metodologi Hasan al-Banna dalam ceramah dan khutbahnya, beliau lakukan secara bersiri dan endingnya dibiarkan tergantung..oleh kerana aku dah biasa jadi Imam ketika di Perlis, maka ia bukan suatu yg kekok buatku.
Memang sahih, sebaik saja aku selesai solat, ramai sidang Jumaat yang mengerumuniku, memberi pujian dan tahniah.yang paling gembira ialah arab brothers, brothers Melayu masih tergamam kerana mereka tidak sangka ada melayu yg tidak dikenali yang boleh berkhutbah.. ada yg berkata, ini adalah antara khutbah terbaik yg pernah mereka dengar dalam waktu yg agak lama. Yang bestnya, khatib yg akan berkhutbah pada minggu depan berkata," ya akhi, please take my turn, I want u to finish off that series" ( sedara, ambillah giliranku pada minggu depan kerana aku mahu anda habiskan siri tersebut, ramai sidang Jumaat yg ingin tahu semua sepuluh perkara yang menyebabkan doa2 kita tidak makbul.." dalam hatiku, aku berkata, memang bijak metod Hasan al-Banna ni...hehehe. ia sudah mengena.
-----------------------------------------
*KIC=Kalamazoo Islamic Center
2 comments:
Assalamu'alikum Tuan Hassan, boleh kongsikan petikan penuh khutbah?
Fairul, nota-nota khutbah tsb sudah hilang. sebab saya banyak sangat pindah randah...apa yg saya tulis ni berdasarkan memory saja, maka nak recall sepenuhnya memang tak dapat. jadi tak dapat nak tunaikan permintaan anda.
Post a Comment