المسألة الأولى وهي هل تعرف الأموات زيارة الأحياء وسلامهم أم لا
Masalah #1.0: Apakah orang Mati mengetahui Ziarah orang hidup dan Salam mereka ataupun Tidak? Bah3
Dalil #5: Mayat berkomunikasi dengan penziarah kuburnya
قال أبو بكر عبد الله بن محمد بن عبيد بن أبى الدنيا في كتاب القبور باب معرفة الموتى بزيارة الأحياء حدثنا محمد بن عون حدثنا يحيى بن يمان عن عبد الله بن سمعان عن زيد بن أسلم عن عائشة رضى الله تعالى عنها قالت قال رسول الله ما من رجل يزور قبر أخيه ويجلس عنده إلا استأنس به ورد عليه حتى يقوم
terj: Berkata Abu Bakar Abdullah atau Ibn Abi Dunya (w. 281H, Baghdad) dalam kitabnya "al-Qubur, Bab: Tahunya si mati dari penziarah yang hidup, beliau meriwayatkan sebuah hadith dengan sanad: dari Muhammad bin `Aun, dari Yahya bin Yaman, dari Abdullah bin Sam`an, dari Zaid bin Aslam dari Aisyah ra, bahawa RasuluLlah saw bersabda," setiap orang yang datang menziarahi kubur saudaranya, kemudian dia duduk di sisi (pusaranya), melainkan mayat (saudaranya) akan merasa senang kepadanya, menjawab segala tutur katanya sehingga dia kembali."
Tahqiq: Hadith mungkar, kerana perawi mungkar Muhammad bin Aun, Yahya bin Yaman. Abdullah bin Sam`aan juga dhaif (Dr Bassam Ali, pentahqiq kitab ar-Ruh, ms 169)
Dalil #6: mayat boleh jawab salam dari dalam kuburnya
حدثنا محمد بن قدامة الجوهرى حدثنا معن بن عيسى القزاز أخبرنا هشام بن سعد حدثنا زيد بن أسلم عن أبى هريرة رضى الله تعالى عنه قال إذا مر الرجل بقبر أخيه يعرفه فسلم عليه رد عليه السلام وعرفه وإذا مر بقبر لا يعرفه فسلم عليه رد عليه السلامterj: Dari Muhamad bin Qudamah al-Jauhari, dari Ma`an bin `Isa al-Qazzaz dari Hisham bin Sa`ad dari Zaid bin Aslam, dari Abu Hurairah ra, katanya:
"Jika seseorang mengunjungi kubur saudaranya yang dikenalinya, lalu memberi salam kepadanya, melainkan dia membalas salamnya dan mayit itu mengenalinya juga. Jika dia mengunjungi kubur seseorang yang tidak dikenali penghuninya, lalu dia memberi salam, niscaya salamnya akan dijawab (oleh penghuni kubur itu)."
Tahqiq:
Kata Dr Bassam Ali (pentahqiq kitab ar-Ruh): dha`if kerana perawi dha`if Hisham bin Sa`ad menurut Imam Ahmad dan an-Nasa`iy (Tahzibu Tahzib, 11:39). lagipun ia bukan hadith, cuma atsar Abu Hurairah.
No comments:
Post a Comment