Sumber: IRF
Kali ini Abduh Study Group, sebuah unit think-tank, IRF (Pemangkin Kebangkitan Islam, NGO forum profesional Malaysia) yang menonjolkan seorang tokoh sosiologi Iran yang bernama Prof Dr Asef Bayat yang mengemukakan sebuah teori baru dunia politik Islam yang dikenali dengan teori Pasca Islamisme (post-Islamism). Maka saya rasa terpanggil untuk mengkaji sedikit teori Pasca Islamisme ni kerana agak baru dan ingin melihat kemana hendak dibawa teori ini ke dalam dunia Islam.
Pertama: Siapakah Dr Asef Bayat?
Dr Asef Bayat, 58 tahun adalah seorang syi`ah, kelahiran Tehran dan merupakan murid kpd Dr Ali Syari`ati, tokoh syi`ah terpenting dibelakang revolusi Khomeini, meninggal 1975. PhD Kent (UK) 1984 dan pernah berkhidmat di Pusat Kajian Orientalis, Belanda. Sekarang mengajar di Pusat Kajian Timur Tengah di Univ Illinois di Urbana Champaign, Illinois, USA.
Kedua: Apakah itu Islamisme?
Menurut Asef Bayat, Islamisme ialah muslim atau khususnya mereka yg terlibat dalam gerakan Islam, bangkit dari penjajahan untuk mengIslamkan semula wilayah2 Islam yang baru merdeka, yang mewarisi pelbagai isme dari penjajah seperti nasionalisme, Liberalisme, sekulerisme dan demokrasi dengan kembali sepenuhnya kepada idealisme asal Islam sebagaimana ajaran asal dalam al-Qur'an dan as-Sunnah. Beliau membahagikan Islamisme kepada pra-Islamisme dan pasca Islamisme. TBC
No comments:
Post a Comment